Friday, 28 May 2010

Syarah "Trend Mengurangkan Rasa Berdosa"

Satu demi satu siaran ditukar, semuanya tidak berkenan untuk ditatap dan difikirkan. Mungkin dek kerana penangan tinggal di Indonesia dan mengambil course yang sedikit sebanyak tidak memungkinkan saya duduk tercokol didepan kotak segi empat itu.

Menonton bersama teman

Nafsu menonton menurun...

Akhirnya, mata saya terpaku dan fikiran berputar ligat memerhatikan siaran langsung dilayar kaca. Ada satu pasangan seorang lelaki, seorang wanita, terkinjal-kinjal macam (sambung sendiri) didalam satu rancangan realiti TV, Sehati Berdansa.

Suami Isteri, Kebajikan dan Tarian...bercampur!

Saya tertarik dan terkedu. Terkedu bukanlah kerana rancangan begitu adalah asing pada masa sekarang, itu biasa dalam konteks umat akhir zaman. Jadi terkedu itu yang melompat-lompat itu adalah warna kulit saya dengan warna kulit saya, hidung pun kembang semangkuk. Melayu!

Saya tertarik untuk memerhatikan apa yang tersirat dari siaran itu. Pasangan yang dipilih sebagai peserta haruslah suami isteri, dan hadiah kemenangan itu diberikan kepada rumah anak yatim ataupun persatuan kebajikan lain. Suami isteri bermesra, kebajikan itu hal yang mulia, amat dianjurkan oleh agama kita, Islam.

Tetapi siapa antara boleh bersetuju bahkan berhujah bahawa program itu lulus disisi agama, dan mendapat endorsement dari Pencipta Alam dan Seisinya?

Jadi program realiti TV seperti itu dengan dicantik dan di'agama' dengan kebajikan dan ditaut dengan ilahi tanpa sedar adalah perbuatan yang amat keji dan jijik. Mana mungkin yang jelas ditolak oleh agama, boleh disalut dan disolek cantik dengan agama. Ia menghina agama.

Itu bukan hal pertama, bukan hal yang baru, bukan yang terakhir.

Jika dulu, sering benar kita dengar cerita si artis sudah penat melompat sana melompat sini, sudah penat bertepuk tampar antara dua kutub jantina, sudah merasa tebal daki kemaksiatan yang dibuat, mengambil keputusan untuk ke Mekah. Pergi untuk menyucikan jiwa dengan mencium Hajaratul Aswad dan pulang dengan abaya. Tutup penuh, tetapi tidak perlu tunggu lama, untuk abaya itu terbang dengan diganti dengan skirt minim. Itu saya boleh lihat, anda pun sedia maklum.

"Kami nampak saja macam ini, tapi hati baik," alasan yang sering diberikan.

Jika dua contoh diatas disekitar dunia artis, diperingkat golongan Al-Ma'la iaitu pemerintah tetap mengidap barah penyakit yang sama. Contoh mudah yang masih hangat dipasaran iaitu kelulusan lesen judi kepada Berjaya, Vincent Tan. Alasan yang digunakan adalah untuk menyekat judi haram, dan dana itu hanya digunakan untuk sukan. Hal yang jelas dan harga mati yang ditetap oleh Allah, boleh kita fikir, boleh kita pertimbang bahkan boleh kita luluskan. Kebobrokkan apa yang melanda ummat ini, Ya Allah Ya Tuhanku?

Menyekat judi haram? Maksudnya ada judi halal pulak sudah?


Sukan Bagus, Judi?

Tidak berhenti untuk setakat itu, ini diwaris sama oleh golongan pelajar tidak kira dalam negeri mahupun luar negeri. Perhatikanlah rata-rata majlis melibatkan pelajar samaada makan malam, samaada Malam Malaysia, Malam Seni Budaya, perhatikan. Perhatikan bagaimana majlis itu dibuka, sudah semestinya dengan DOA memohon keampunan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Itu diawal majlis, tetapi urusan selepas itu amat berbalik belakang dari doa itu tadi. Percampuran bebas, pakaian yang tidak lulus dimata syarak, tarian yang biru haru, karaoke yang indah sedikit berbanding katak memanggil hujan.

Gambar Hiasan

Adakah semua itu diluluskan oleh Sang Pencipta? Mana mungkin rahmat Dia mahu dicurahkan kedalam majlis seperti ini? Pantaskan kita untuk mendapatkan semua itu? Mohon sayang Allah, tapi perbuatan ingkar. Bahan renungan buat kita, bahan renungan buat pemimpin pelajar, bahan renungan buat insan yang meletakkan Allah didepan sebelum pertimbangan lain. Zikir fikir.

Cukup contoh ini?

Belum, tinggal satu lagi...

"Awak, bangunlah tahajut...kita dah kejut ni. Jom kita tahajut sama-sama ya," Si gadis mengejutkan si arjuna bangkit meninggalkan kasur berangkat solat tahajut sama-sama.

"Ish, mana ada kami couple...couple itu haram...haram. Kami hanya beri mesej-mesej tazkirah saja kot. Ini dakwah la," kata si arjuna. Menisbatkan perbuatan itu dengan dakwah dan Islam. Dan subjek dakwah beliau hanya ukhti itu, ukhti itu dan ukhti itu.

Sekilas ikan diair, ku tahu jantan betinanya, dude!

Masa dibalik mee goreng tiada udang, ye idak yob!

Yang usrah, yang halaqah, yang berkopiah, yang bertudung litup pun ada dihinggap penyakit yang sama. Semuanya menjadi samar, adakah ini agama?

Pencarian Terhenti

Kecelaruan beragama dan kesilapan dalam penentuan prinsip yang konsisten menjadi subjek renungan dan pencarian saya. Kerana, banyak hal yang menyentuh halal dan haram batasnya jelas, hitam dan putihnya jelas terpisah. Lantas apakah semua ini?

Doa bagus, tapi tarian tidak bagus.

Suami isteri mesra bagus, tapi terkinja-kinjal didepan umum tidak bagus.

Dakwah itu bagus, tapi udang disebalik mee itu tidak bagus.

Pembangunan sukan negara bagus, tapi judi itu jelas-jelas tidak bagus.

Pencarian terhenti apabila saya membaca hadis dan huraian hadis di salah satu article pembangun jiwa dari sifu, Ustaz Hasrizal.

Seperti diriwayatkan oleh Huzaifah, Nabi Muhammad s.a.w bersabda Diakhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam dizaman silam adalah Islam dizaman ini adalah samar-samar, berdebu dan kabur. Tidak jelas.

Jika itulah realiti diakhir zaman, kekaburan, berdebu dan kesamaran itu hanya mampu dilihat dengan jernih oleh mata hati. Mati hati yang bersih, yang hanya ada dan dimiliki oleh insan-insan yang mengutamakan pandangan Allah.

Lihatlah dengan mata hati (gambar hiasan)

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hanya membataskan fungsi agama, agama hanya digunakan untuk membuka majlis, sudah berjalan majlis digantung didinding sahaja.

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hanya membatas fungsi agama, agama hanya dilihat dari kopiah jubah, tanpa si pemakai jubah dan si pemakai kopiah menyedari beban agama yang dibawa dengan identiti itu.

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hana membatas fungsi agama, agama hanya untuk dipertandingkan seperti tilawah Al-Quran, diperarakkan seperti maulidil rasul tanpa sedikit pun usaha memastikan apa yang tertulis didalam Al-Quran, yang ditinggalkan oleh Rasulullah dijadikan perlembagaan tertinggi dalam negara.

Agama itu menjadi ritual semata kerana kita hana membatas fungsi agama, agama hanya menjadi alat 'penyucian' zahir seperti menganggap semuanya hilang cukup hanya mengucup batu hitam dipenjuru Baitullah. Pulang dari 'penyucian' itu, terus terjun ke lembah nista.

Kenapa semua itu saya kaitkan dengan Allah s.w.t, dengan Nabi Muhammad s.a.w, dengan Islam, dengan syurga neraka. Semua itu saya sudah sentuh disini.

Cukuplah saya tinggalkan kata peringatan, kata penegasan, kata sayang dari Imam Al-Ghazali

"Membuang rasa berdosa ketika melakukan dosa adalah sebesar-besar dosa!"

Astaqfirullah...Astaqfirullah...Astaqfirullah...

Nota 1 : Ini adalah article 'syarah' dengan disesuaikan keadaan diri penulis dari idea Ustaz Hasrizal Abdul Jamil bagi article Trend Mengurangkan Rasa Berdosa.

Nota 2 : Ini juga article tazkirah untuk CGC Tjiekoeda untuk taalim semalam. Ada miss point mungkin, jadi ini yang full version.

Nota 3
: InsyAllah, saya dengan teman sempena cuti ini akan pergi jalan-jalan cari pasal di Pulau Jawa. Le Tour de Java : Kembara Insan Mencari Illahi. Kemana? Tunggu saja gambar-gambarnya. DSLR harus diasap kemenyan dahulu. =P

Nota 4 : Sedih memikirkan bagaimana mahu update article LifeLine4 Gaza. Mungkin sudah sampai masanya Iphone menjadi milik diri ini...jeng...jeng...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

10 comments:

al_madd said...

bukan tahajut tapi tahajud

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx

Dr Amad said...

Al-Madd- Hehe...nakal! Apa cita Kedah bro? Lama ambe tunggu neh...idak jatuh-jatuh pun...haha

Abu Aiman said...

banyak sangat la program realiti tv kat mesia ni... hiburan hiburan hiburan...

tour mmoleks

Dr Amad said...

Abu Aiman- Selamat pulang ke Msia abe...hehehe.

Dulu mungkin boleh tengok omputih supe gitu, lani boleh tengok perangai supe deme tapi kulit gelap, hidung kembang semangkuk! =)

Abu Aiman said...

orang kita ni yang tak molek memang laju je nak tiru omputih, yang elok2 tak pulak ditiru cepat2. Cthnya arak kat sana tak dijual sewenang2nya, kat sini sapa pun boleh beli dah skang ni, openly.

Dr Amad said...

Abu Aiman- Betul dah tu abe...nak-nak orang yang pernah tinggal diluar dan didalam negara.

Jelas boleh menilai.

Terasa iman lebih sihat diluar negara berbanding di Malaysia.

sinar_islami said...

Realiti akhir zaman begitulah..
Islam kian dagang..

Ramai yang ada sijil agama disibukkan dgn soal cabang, soal akidah terbiar..
Orang agama hanya ditempatkan di tempat2 ibadah, upacara perasmian dan akad nikah..
Maka yang menasihati pemerintah dan org kebykan adalah nafsu dan sekutu syaitan..
Akhirnya yang ada kefahaman islam, yang asalnya hebat berdakwah, tewas dengan sistem yang mencengkam iman..

Sudah kurang sentuhan dari orang yang faham agama,kita pula dihujani lebatnya jahiliah..

Zaman skrg ramai Muslim..tapi macam buih..
Diri kita harus sedar, ajal tak kenal muda atau tua..
Kekadang terharu, ibu2 bapa2 kuat ibadah..tapi anak2 leka..
Yakin ke kita boleh hidup smpi umur ibubapa kita..

Allah, Allah..
Sungguhlah kita perlukan senjata kalis nafsu..
untuk membumikan apa kita tahu dan kita imani..

Jangan satu hari tsunami melanda baru kita duduk ditikar sejadah...
Na'uzubillah..

Anonymous said...

good one!

نور توفيقة ادريس said...

tercokol tu bm standard ke or ganu kite? hehe..
tapi suka nota number 3~
datang Jawa tengah la abg fahmi. dtg kat tempat pqa. hee:) nnt tangkap gambar kat borobudur ke, dieng plateu ke. ade perigi air dia warna warni taw~

Dr Amad said...

Pika- Entoh...ambe pun main tulis...rasanya dah bahasa BM kite kot...

Saya dah pi Jojga, dua kali kot...kali ini pi tempat lain pulop...

Pika ajak la kawan-kawan lain pi tempat kami lawat tu...menarik