Monday 1 December 2008

Qurban Demi CINTA

Bersama Pak Imam,Qurban 07

Istilah rehat untuk dua minggu terakhir ini seakan luput lantaran acara yang saya sendiri sebagai pengarah program.Program qurban oleh anak-anak muslim Malaysia buat saudara tercinta dibumi seberang ini.


Tidurnya tepat masa tetapi semua hal itu terbawa ke dalam mimpi.Mula dari hal haiwan qurban sampailah kepada persiapan qurban.Sejujurnya yang mengganggu saya akhir ini bukan hal yang berkaitan dengan qurban tetapi subjek yang bernama “manusia” yang membuat saya penat.

Penat menahan sabar

Penat meredakan marah didalam jiwa

Penat memikirkan subjek yang bernama “manusia”

Penat bagi sahabat untuk menasihatkan saya untuk terus sabar dan cool


Manusia yang yang berbagai ragam,perangai dan akhlak membuatkan saya penat.Saya tidak pasti dengan berjaya saya tidak sound itu tanda ia adalah tanda kematangan.Saya ada penilaian lain untuk hal seumpama itu.


Sekalung Penghargaan


Entri kali ini saya ingin memberi penghargaan pada tulang belakang majlis qurban kali ini.

1.Zulfahmi aka Gapo sebagai penolong pengarah program.Sumbang saran,idea dan komitmen yang ditunjukkan membuat saya termotivasi sama dan bersemangat untuk acara ini.


2.Nadia Izzaty aka Nimy sebagai sayap kanan saya.Dialah orang yang bertanggunjawap penyiapkan proposal dan surat menyurat sampai demam ke diri.Ketenangan dia dalam tekanan membuatkan saya belajar sama.

“Sian nimy,lepas siap proposal ni rehat la,” ujar saya melihat muka dia pucat.


3.Badihah aka Bad sebagai sayap kiri saya.Dialaha orang yang bertanggunjawap diatas keluar masuk duit untuk majlis ini,bendahari. Cermat dan dedikasi yang ditunjukkan amat saya hargai.

“Loni dah berapo ado duit?,” soalan yang selalu saya tanya pada Bad sampai naik “cemuh”


4.Rubiyatun Adawiyah aka Ada adalah ketua catering untuk majlis kali ini.Dia bukan sahaja berbakat di bidang politik (KUBI) tetapi didapur dialah nakhodanya.Anak murid Fathy barangkali.Untuk kali ini dia dipertanggunjawab untuk memasak untuk 500orang. Jika bosan jadi doctor nanti boleh buka kedai makan.


5.Mohsein adalah orang yang paling tua didalam AJK qurban kali ini.Dia adalah pelajar tahun ke 4 dan untuk qurban kali ini menjawat jawatan dengan terpaksa sebagai biro acara. Dengan pengalaman tahun lepas,saya tidak akan sekali-kali lepaskan dia begitu sahaja walaupun sibuk dengan KKN.Saya peduli apa….hehehe.


6.Farid (maaf tiada kaitan dengan Si Farid arnab saya),dia adalah ketua bahagian potong memotong.Dengan berbekalkan muka yang agak bengis,jawatan itu sesuai dengan dia.

“Nak potong bentuk macamana nanti? Bentuk love boleh tak?,” walaupun muka brutal tetapi hati lembut.


7. Faiz adalah junior saya di sini.Dengan adanya sifat berani mati dalam jiwa dia,saya memilih sebagai AJK Logistik.

“Abisla mung kekgi,kena buli di Kak Ada wat angkat beras,” kata saya sambil melihat mukanya pasrah.


8.Haikal merupakan adik kelas yang terbaru saya.Saya tidak taaruf lebih mendalam lagi.Tetapi melihat kesungguhan beliau,saya yakin tidak salah meletakkannya sebagai AJK Kebersihan.


9.Nurul Aiman ada Emang( dalam bahasa Ganu) adalah biro informasi.Dengan video dan publikasi yang diberikan,sangat mengujakan saya.

“Ni wat aku semangat,” ucap Gapo selepas melihat video yang menarik dihasilkan oleh Emang and The Gang.


Tidak lupa juga saya mengucapkan kepada IMAN,PKPMI dan KUBI diatas sumbangan yang diberikan.Jua pada insan yang membantu secara langsung dan tidak langsung.Semoga diganjarkan pahala oleh Allah pada kalian.


Qurban Demi Cinta


Kanak-kanak disini

Sambil-sambil mengoreng ayam didapur,saya ligat memikir tema apa yang sesuai untuk majlis kali ini.Saya cuba mengali sirah Nabi Ibrahim sampai sanggup untuk sembelih anak kesayangannya.Jika sekarang hal ini terjadi,


“Mung ni gilo ke apa”


Bagi kita mungkin gila,tetapi kenapa Nabi Ibrahim sanggup nekad tanpa soal bertanya itu dan ini. Sambil berfikir,tangan ligat membalikkan ayam didalam kuali…


Ia adalah kerana CINTA.


Itulah kesimpulan yang saya buat bila merenung kembali sirah.Manusia akan menbuat apa sahaja bila cinta itu hadir dalam jiwa.Cinta ibu pada anak,sanggup berlapar asalkan anaknya kenyang.Cinta insane pada sahabat,sanggup menangis dan bersusah bersama.Cinta si makwe,sampai sanggup meredah dan berenang lautan api neraka demi kekasih yang dicintai.


Cinta Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada Allah sampai hal yang semacam itu dibuat secara rela dan penuh sikap penerimaan.Tiada persoalan,tiada syarat,tiada penangguhan masa.Mereka berqurban demi CINTA.


Atas kesedaran itu pada tahun ini saya memilih tema itu sebagai pemangkin semangat,pembakar semangat,penghidup iman dan menyuburkan kembali sikap selayaknya seorang hamba.Buat sahabat umumnya dan khususnya saya,suka saya menyeru untuk kita berhenti sejenak dan merenung kembali tema itu.


Kenapa Di Indonesia?


Satu soalan yang menarik untuk saya kupas.Indonesia adalah antara negara yang mempunyai umat Islam yang teramai.Indonesia juga boleh saya kategorikan sebagai negara ektrim.Kalian boleh menjumpai manusia yang menjadi hamba pada syaitan,hidup penuh maksiat dan mungkar.Kalian jua boleh jumpa insan yang meletakkan Allah sebagai matlamat.Hamba pada Allah.


Jika itu ektrim dari perbandingan iman dan amal,Indonesia jua ektrim dari jurang pendapatan.Kaya itu terlampau kaya,miskin hidup merempat.Terjadi bila mereka meneladani prinsip kapilatalis.


“Menurut kamu,corak ekonomi mana perlu Indonesia pilih untuk terus maju?,”soalan cepumas saya.

“Bagi saya,untuk maju perlu system kapitalis kayak Amerika!,” jawapan yang membuat saya mati kata,diam membatu.


Segar lagi dalam ingatan sambutan hari raya qurban pertama saya disini,pelajar tahun pertama masa itu.Jika lelaki segak dengan berbaju melayu dan bersampin,tatkalamana si gadisnya inda cantik berbaju kurung menyertai solat aiduladha bersama masyarakat setempat.Usai solat kami menunggu-nunggu untuk melihat orang kampung menyembelih lembu.Tetapi keadaan sepi seolah-olah tiada sambut hari raya pada hari itu.Saya terkulat-kulat…tiada aktiviti


“Lembunya mahal asep,orang kampung tidak mampu,kami mengharap merasa daging pun hanya pada raya qurban.Itupun daging seketul tiga jari untuk dikongsi bersama keluarga,”jawapan luhur menjawap segalanya.


Oleh kerana itu,saya bersama sahabat-sahabat mengusahakan peluang buat pelajar-pelajar dan insan dermawan di Malaysia untuk menanam ladang pahala dibumi Indonesia ini.


Buat kalian,jutaan terima kasih dan saya sejujurnya mendoakan agar qurban kalian diterima Allah.


Ranking Lagu


Untuk minggu ini, kumpulan Arrow dengan lagu Sendu Dihati Rindu telah merampas carta lagu “rock kapak” Amad dengan disaingi rapat Bob Marley dengan lagu berhantunya “No women,no cry”


“Apa,Amad pun layan Bob Marley?!!”


“Anta mempunyai kehidupan social yang menarik,”ujar seorang teman…Gulppp!!!



Selamat Hari Raya Aiduladha


“Qurban Demi CINTA”


.:
Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


13 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..kwn2 di Bandung pun korbankan seekor lembu utk pelajar Malaysia dan masyarakat tempatan di sana ya..samala dgn kami di Makassar sini..semoga dgn niat ikhlas bersedekah dan mengeratkan ukhwah,Aidiladha kali ini mrmbawa sejuta pengertian yang penuh makna bg mentarbiyah diri sebagai seorang doktor muslim yang cemerlang kelak;)

'Abid Sakina said...

salam..
emang?x pueh hati nih...=P
nway..syukran jazilan jgk...
all da best smua,,
barakallahufiikum~~

Dr Amad said...

Anonymous- untuk tahun ini alhamdulillah kat sini akan qurbankan 2ekor lembu dan 3ekor domba( kambing)...Ayuh sahabat2 makassar,kita qurban demi CINTA

Emang-comeylah tu panggil cmtu..hik3

Anonymous said...

ikhlaskan niat utk beribadah n sedekah..moge semua berjalan lancar :)

p/s:video kak emang mmg menarik..huhu~

Dr Amad said...

Yup niat itu utama...dengan niat membuatkan "kepenatan" itu beransur-ansur hilang bahkan diganti oleh Allah dengan ketenangan dan muka mampu mengukir senyum....

Anonymous said...

"Ingin benar untuk meraikan saya", akhi,mcm salah taip je nih??

hamboih,kumpul brapa artikel sekali release nih? mesti tulis time b4 tido, kumpul sume, pastu terus publish nih. hehe... ayat dan ejaan mungkin boleh dibetulkan if dibaca untuk kali yg kedua dan ketiga. sekadar berkongsi,jgn marah ye sheikh? hehe.=p

semoga kepenatan ke'bz'an kita itu dibalas dgn syurga, doakan ana jugak! hehe,amiiiiiinnnn.....

Dr Amad said...

dr rasi( Michelle sebut)- sudah diperbetulkan.syurkan...

masa xtentu,tetapi bila dah malas nak semak,release aje..hik3

sinar_islami said...

salam aidiladha...
moga Allah mudahkn segala urusan dan dianugerahkn kesabaran yg tinggi...
sini kami tumbgkn unta..byk juga la..jemput ya
menarik tema kerna cinta qurban diadakan...tak prasan lak tema kami apa.. ^-^

Dr Amad said...

Sinar-wslm...

sabar...itu yang ana belajar dari qurban kali ini.Kat tmpt antum boleh la unta,sini mana nak cekau unta,cik sinar yeeee..

Anonymous said...

salam.
tak pasal2 aku tercapub dalam ko punye blog..aiyak,mau masak utk 500 orang na.pak asep kate x cukup kalo daging 30kg.paling2 dalam 50kg.boleh ke??

Dr Amad said...

wslm...xcukup ek 30kilo?xpe,kita amik skit daging fathy...hahaha. 500org tu,lunyai le kome seme bermasak-masakan..haha

Unknown said...

tambah daging mohseing sikit.huhu

Dr Amad said...

Fathy dan mohsein...ermmm..enak rendangnya