
Melihat beberapa teman dan masalah yang dihadapi umumnya berkaitan perasaan dan hubungan lelaki dan wanita khususnya,menjadikan saya secara tidak langsung banyak berfikir soal ini.Dan juga lebih tepat apabila soal nikah semasa belajar.
Ada dua titik ekstrim yang wujud dikalangan pelajar,mahasiswa khususnya.Di belah pihaknya sana,juga melibatkan hubungan “cinta” tetapi seakan nikah itu belum difikirkan,belum dirancang dan yang ada hanyalah enjoy.Keluar berdating seakan pasangan yang sah nikahnya,menunjuk bahawa merekalah pasangan yang paling ideal,secocok,secubit,sepelempang dan seterajang. Ungkapan sayang itu begitu murah diungkapkan,dari satu pasangan kepada pasangan yang lain.Tetapi bila melihat kembali,itu sesuai dengan mereka, CINTA MURAHAN.
Si lelaki enak memperbodoh si perempuan yang tanpa segan ingin dan tahu sedang diperbodohkan.
Si perempuan enak mempermain si lelaki yang tahu sedang dipermainkan.
Tiada pertimbangan agama,tiada menjaga nama baik keluarga,tiada dan tiada.Yang ada enjoy!
“ So far,pakwe yang aku ada sebanyak 5 orang.Yang paling romatik yang no 2.Dia banyak bagi aku teddy bear yang besar-besar,” bangga menerang si gadis.Di sambut dengan mulut terlopong si teman.
Berbeza
Di pihak sini pula berbeza.Amat berhati-hati dalam berbicara soal hati.Mereka tahu dan faham apabila dalam hal ini bukan sesuatu yang main-main.Sampai ada sahabat yang berazam tidak akan sekali-kali membiarkan perasaan itu hadir.Itu azamnya,tetapi hakikatnya perasaan itu hadir tanpa mampu ditolak dan dipaksa pergi.Itu adalah fitrah setiap insan. Banyak sekali melihat sahabat-sahabat yang begitu terseksa dengan hal ini.Dibuang tidak terdaya,disimpan menyeksakan.
Oleh itu mereka melihat jalan keluar bagi semua itu adalah dengan pernikahan. Walaupun masih sibuk bergelumang dengan tugasan yang bertimbun,tanggungjawap mengislah ummah yang mengunung, kekangan masa yang menghambat.Ini semua sanggup dipikul walaupun sedar ia sememangnya tidak mudah.
Banyak disebabkan dakwah yang dipikul
Banyak disebabkan terprovokasi dengan teman sebelah
Banyak disebabkan termotivasi dengan sahabat yang melangkah laju.
“ Aku yakin,bila dapat sayap kiri ini.Insyallah langkahku akan semakin laju,” dia yakin,saya menggaru kepala.Kenapa? Sabar….

Dihayati dan Difikirkan dengan Waras
Saya mahu spesifikkan untuk membicara soal keadaan yang kedua.Keberadaan blog amadanaksoleh ini banyak menemukan sahabat-sahabat dunia maya.Banyak diantara mereka bagus dan proaktif orangnya.Sering bertukar-tukar pandangan dari sebesar-besar perkara seperti pemerintahan sampailah kepada sekecil-kecilnya,antivirus yang bagus.
“ Syeikh,nak tanya sikit ini.Apa pandangan,jika mendapat isteri yang tidak bertudung?,”
pertanyaan tulus dari teman.
“Ada kawan ni,dia jatuh hati dengan jejaka yang suka tersenyum.Cute katanya.Macamana saya nak nasihatkan dia?,” rasa mahu ketawa dan tepuk dahi pun ada.
“Target aku,apa-apa pun.Sampai je umur 23…nak tak nak,aku kena kawin,” bersungguh azamnya.
Itulah sedikit sebanyak persoalan dan pengalaman yang pernah saya hadapi. Saya akui,perkahwinan itu sunnah dan menjaga perhubungan itu dengan ikatan yang pernikahan,satu tindakan yang mulia.Itu dari satu segi,tetapi bagaimana dengan pernikahan semasa belajar?
Silap langkah,sunnah yang menjanjikan pahala,diganti neraka oleh Allah lantaran silap langkah si hambanya.Teringat perbincangan saya dengan Ustaz Jiwa,Ustaz Cinta…Abu Saif.
“Apa pandangan ustaz dengan bernikah semasa belajar ni?,” soal saya pada satu malam.
“ Bagi ana,mereka yang mahu menikah diusia muda akan menjadikan mereke LEMBAB!,” terkejut saya mendengarnya.Diungkap oleh seorang ustaz,yang berbeza dengan ustaz-ustaz lain.
“ Lembab macamana tu ustaz,” saya seakan masih belum berpuas hati dengan jawapan tergantung itu.
“ Ana bercakap soal reality,sebab sememangnya reality mengalahkan fantasi. Ana sering lihat pelajar semasa bujang cukup mantap dalam langkah dakwah khususnya.Itu semasa dia bujang.Dan apabila dia memilih bernikah semasa belajar,ia seakan terbalik dari dirinya dahulu.Lambat dan lembab!Tetapi idea ini kontroversi la,” panjang lebar ustaz menerangkan.Kalian boleh baca soal ini di article kahwin semasa belajar.
Saya cepat menangkap maksud disebalik apa yang ustaz ungkapkan.Disebabkan kontroversinya masing-masing menyuruh menaqalkan idea ini di blog.Akhirnya ustaz dahulu yang menyentuhnya.Dan itulah yang sering saya nasihatkan kepada teman-teman yang mahu menikah awal.Perlu sedar dan maklum semuanya,dari segi kesan pada gerak kerja dakwah sampailah cara pengurusan keluarga,tarbiah anak isteri,termasuklah makan pakai dan lampin anak-anak.Terlepas pandang hal ini apa awal perbincangan sebelum melangkah,menyebabkan tindakan tepuk dahi yang tidak sudah.
Bujang itu Kesempatan
Ketepikan bicara soal orang yang lembab sebelum nikah,dan nikah pun entah kemana.Saya sering nasihatkan teman-teman,sedang kita laju melangkah semasa bujang,jangan sekali-kali pandang belakang.Nikmatilah hidup sebagai orang bujang.
Gunakan kesempatan yang ada ini,dengan baiknya.
Kaut pengalaman dengan sebanyaknya.
Berdakwah dan menyeru manusia dengan kalimah tauhid dengan semaksimumnya.
Ini kerana,yang akan datang belum menjanjikan keadaan seideal yang kita alami sekarang.Jika mahu juga melangkah ke alam sana,silakan.Tetapi fikirkan,pertimbangankan dengan sebaiknya.Musuh kita,bukan yang menikah awal,bukan yang tidak mahu bernikah awal,tetapi musuh kita insan yang membuat tindakan tanpa berfikir.Kecelakaan pada martabat insan.Ingat bahawa satu masa nanti,kita akan ditanya soalan ini
"Abah,apa beza darah haid,darah nifas,darah istihadhah dan darah fasad," ditanya oleh "anak perempuan" kita.Sudah lengkapkah kita wahai lelaki dengan hal fiqh wanita?
Menjanji Yang Indah
Sebenarnya,ramai juga yang sebelum berkahwinnya laju bahkan bila mendapat “madam” lagi bertambah laju.Jika dahulu bujang “berjoging”,sekarang berkahwin “pecut 100 meter”. Saya sendiri kagum dengan insane seperti ini.
“Hello…Hello,” ringtone telephone saya berbunyi.
“Akh,dimana rumahnya? Ana sekarang dihadapan rumah ijo.Itu rumah anta?,” saya mendapat kunjungan seorang insan yang amat saya sayangi,bekas naqib.Diluar hujan dengan lebat,saya berkejar keluar untuk menjemputnya masuk.Ada urusan yang perlu kami selesaikan.Sambil-sambil itu,kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan.
Orangnya amat sibuk,lantaran Indonesia sekarang sedang demam piliharaya.Dan dia salah seorang calonnya.Mula dari masalah-masalah umat sampailah kepada strategi-strategi berdakwah.Orangnya cukup berpengalaman soal ini.Perbincangan berlarutan sampai satu jam.Sedang bersembang ada panggilan masuk pada telephone dia.
“ Salam,ya ukhti…akang (abang) lagi dirumah akh Amad ni. Biasalah,bila sudah jumpa sama ikhwah,banyak yang mahu dibicarakan.Insyallah nanti akang langsung pulangnya.Ukhti jangan risau,” jawap dia dengan lembut dan ketawa kecil.Saya yang melihatnya,tersenyum.
“ Akh,zaujahnya? Kenapa?,” jawapannya saya sediamaklum tetapi gatal mulut ingin bertanya.
“ Aah,isteri ana.Tadi ana udah nelpon dia sejam yang lepas udah ada disekitar Jatinangor tetapi belum juga sampai ke rumah.Dia bimbang kayaknya,” ujar beliau.
“ Ana mahu nanya,ana lihat akh sibuk dengan tugas-tugas dakwah ini.Gimana keluarganya? Mesti zaujahnya melihat akh selalu tiada dirumah,” ingin mengorek pengalaman dari dia.
“ Anta pernah dengar lagu Nadamurni…Sudah sunnah orang berjuang,mengembara dan berkelana, miskin dan papa jadi tradisi,berenggang dengan anak dan isteri,” dia menyanyikan rangkap nasyid itu sambil tersenyum.Dia berpamitan pulang.Kami saling bersalaman dan
berpelukan,sempat saya berbisik
"Akh,nanti langsung pulangnya,kasian sama teteh( kakak) dirumah tu," senyum saya bermakna
Teringat kata orang tua“ Sayang anak,tangan-tangankan,sayang isteri,tinggal-tinggalkan”

Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda: "Kami tidak melihat jalan bagi dua orang yang saling mencintai,sebagaimana baiknya pernikahan" ( HR Ibnu Majah)
Nota 1: Saya tidak semak article ini,ada kesalahan ejaan boleh dibagitau.
Nota 2: Sekarang dalam keadaan tidak sihat,doakan agar cepat sembuh.
Nota 3: Dengan ada article ini,jangan kata Amad mahu nikah pula.Ini article perkongsian idea dan pengalaman.Sapa kata saya jiwang,saya “Ong Bak” kalian!!!
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.