Itulah persoalan-persoalan yang pernah saya dapat apabila bersahabat dengan ramai orang. Menjawapnya bukan sesenang yang kita fikirkan kerana ia bersangkutan dengan hukum hakam agama,cara berdakwah dan berurusan dengan manusia. Diri ini berusaha untuk memberi jawapan dengan memenuhi prinsip hablunminallah dan hablunminnas.
Jika boleh saya analogikan bertudung itu dengan sebatang pokok. Ada akar, batang, dahan,
ranting, daun mahupun buah. Boleh saya samakan persoalan bertudung dengan perumpamaan ranting. Dalam keadaan sedar bahawa diri ini tidak langsung bermaksud meremehkan seruan agama ini tetapi ingin mengajak kita lihat hal ini lebih dari sekadar bertudung. Asas dan akar yang kuat menunjang.
Jika akar itu kuat,bukan sahaja ranting merimbun hijau bahkan bakal menghadiahkan buah yang mekar lazat. Perkemaskan peringat asas ini bukan sahaja mampu menyelesaikan bukan persoalan tudung bahkan masalah negara yang cacarmerba sekarang.
Mengubah Cara Pandang
" Sebenarnya,bertudung itu sudah bagus bahkan cantik sangat tu. Tetapi lebih kuat asasnya jika dibuat kerana Allah,"menjawap dengan jelas tanpa ber"dondang sayang".
Saya sebenarnya cukup bersimpati dan menyokong insan yang ingin berubah secara hakiki disebabkan desakan iman dan hidayah dari Allah s.w.t. Tidak sukar mencari contoh insan yang berubah kerana manusia,dan akhirnya kecewa dengan manusia. Kerana si jejaka dia bertudung,dan kerana kehilangan insan itu juga tudung itu hilang.Ini bertitik tolak dari akar yang tidak kuat.
Niat dan matlamat yang jelas.
Dari Amirul Mu’minin Abu Hafs ‘Umar ibnu Al-Khathab radhiyalallahu ta’ala ’anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Sesungguhnya setiap amalan tergantung niatnya, dan setiap orang akan mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ia nikahi, maka hijrahnya itu menuju yang ia niatkan’” (HR. Bukhari dan Muslim)
Hadiah Terbaik
" Saya sekarang pakai tudung bidang 60,agaknya tidak sama dan sempurna lagikah dengan bertudung bulat?," tanya muslimat pada si penjual kain solat dan tudung...Amad
Diberi pilihan antara pointer 3.7 dengan 4.o,yang mana satu kalian pilih? Saya andaikan kita tiada khilaf soal ini.Semestinya 4.o pilihan kalbu.
Jika kalian selesa dan tenang dengan pakaian yang sedia ada bahkan yakin ia telah memenuhi segala syarat-syarat menutup aurat,itu kejayaan yang besar bagimu,insan bernama wanita. Bagaimana dengan tudung bulat?
Itu lebih baik.Kita adalah hamba,ingin menyembahkan amalan yang terbaik buat Al-Khaliq kita. Bertudung bidang 60 itu cantik,bertudung bulat lagi cantik.Gunalah fatwa hati,kerana kemaksiatan itu hadirkan kegelisahan pada hati.Terasa masih banyak mata memandang dengan penampilan itu,tidak salah memilih untuk baiki penampilan.
Pesanan Buat Para Daie'
" Enti ini gila ke apa! Ada ke patut budak rambut kuning itu dimasukkan dalam usrah," getus seorang teman menyatakan ketidakpuasan hati.
" Betul,lain kali pastikan ia bertudung dulu barulah bawa dia masuk usrah.Nanti orang kata kita apa pulak.Aib tau!," sokong teman sebelah.
" Biar betik,syeikh...anta bergaul dengan mat rempit tu.Tahu di anak buah,jatuh saham tu," nasihat teman.
Melihat gadis tidak bertudung seakan malignant cancer yang perlu di chemotherapy sampai ke sel terakhir. Perlu dibuang tanpa bersisa lantaran bimbang merebak pada sel sihat yang lain. Saya boleh kata ia adalah satu kecelakaan.
Daie' kecelakaan memandu dijalan dakwah
Disaat ada insan yang berminat dan mencari sentuhan iman Illahi,kitalah menjadi sebab mereka terus hanyut ditimpa badai.Bukan tangan dihulur tetapi kejian yang diberi. Mereka membina tembok halangan mengabaikan jambatan hati.Islam mana yang kalian belajar wahai daie? Uslub dakwah mana kalian wahai daie? Hukum Islam mana yang kalian pegang wahai daie?
Dalam berurusan dengan manusia ada dua hukum berjalan serentak. Fiqh Al-Hikam dan Fiqh Dakwah. Fiqh Al-Hikam kita sebagai muslim lagi mukmin perlu taat tanpa bantahan.Ia datang dari TUAN kita,Allah. Dalam pada masa yang sama,kita juga perlu kuasai skill Fiqh Dakwah.
Perlukan perubahan itu sekarang? Disinilah peranan Fiqh Dakwah memain peranan. Seorang
gadis yang berlatar belakang keluarga yang jauh dari Islam,pendidikan yang jauh dari nilai Islam dalam pada masa yang sama kita mahu mereka bertalaqqi kitab,bertudung labuh. Saya tidak mengharap langsung itu berlaku sekarang.
" Jika kemaksiatan itu ana boleh analogikan 100%,dengan kehadiran kita ia berkurang menjadi 92%,sesungguhnya ia adalah kejayaan besar dakwah dan Islam," kata-kata Murabbi yang kuat tersimpan.
Al-Hikam menjernihkan perjalanan yang kusut dengan Dakwah itu berperanan mengatur rentak langkah perjalanan.Memang mengikut hukum,menutup aurat itu wajib,tetapi perlukan perubahan itu sekarang? atau pun secara beransur-ansur? Pada saat ini,fiqh dakwah memain peranan.Itu hal perlu diamati secara bijak oleh para daie'.
" Salam syeikh,saya nak tanya sikit.Sebenarnya saya nak sangat pakai tudung. Tapi untuk terus bertudung,saya seganla. Saya nak mula dengan pakai topi ok tak?," pertanyaan tulus.
" Alhamdulillah,ok dah tu untuk langkah pertama.Teruskan pencarian agama dan berdoalah kekuatan itu cepat hadirnya.Bukan apa,bimbang takut nyawa diambil sebelum sempat berubah," jawap saya menyokong.
" Oh,Insyallah...doakan saya juga," saranan disambut dengan hati terbuka. Disaat insan bertudung labuh ingin singkatkan tudungnya,ada insan yang bergerak kepada seruan Ilahi. Sungguh saya percaya dengan kuasa hidayah Allah.
Si baju ketat,si seluar pendek,si rambut kuning itu adalah MUSUH kita yang wajib perangi tetapi dengan...
" Kita akan perangi manusia dengan senjata kasih sayang!," As-syahid Imam Hassan Al-Banna
Nota 1: Oleh kerana tiada kerja sangat cuti ini,tiga dara pingitan( teruna sebenarnya) memasak nasi ayam.Komennya positif,sedap.Sendiri buat,sendiri puji. Terima kasih buat pemberi resepi. Peringatan: Dilarang Mintak...hehehe
Nota 2: Siapa mahu ikut serta XPDC Pemuda ke Kolam Air Panas,Garut...Pengisian Akh Zaenal dengan tajuk " Peranan Pemuda Dalam Kebangkitan Ummah". Ikut serta? ASAP
Nota 3: Siapa ada buku cerita bahasa Inggeris nak pinjam(ini Nody punya pasal...hahaha)... Udah dipass'in... ahaks
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
13 comments:
Assalamualaikum;
tugas da'i adalah menyampaikan dan juga mengingatkan. Tidak perlu sampai ber"title" da'i baru hendak melaksanakan tuga. Sedangkan tugas menyampaikan, Fazzakir anta muzzakir adalah kepada setiap mukmin yang telah melafazkan syahadah dan membenarkannya dengan hati.
Lihat mad'u itu boleh dari pelbagai perspektif. Lihatlah dari perspektif positif dan potensi mereka. Jangan sesekali beputus harap atau meletakkan persepsi buruk terhadap mereka kerana itu bakal menjadi hijabnya dakwah kita pada mereka.
Saling mengingatkan, untuk diri dan juga yang membaca:)
p/s : futsal memoly bukan sekadar futsal biasa(^_^)Y
Anasolehah- Lupa-lupakanla zaman kegemilangan akak ber"futsal" tu. Lani jalan pun dah semput,muka pun dah berkedut...al-maklum orang tua. hik3. Ke ada jgk berkenan pada pengadil?
mmm.. isu tudung mmg tak asing bgi akhwt..memang itu mahkota kepada mahkota sebnar..ayu dan anggun tu cocok kalau bertudung..kalau di tanya nak pointer tgi.. mesti nak tggikan..
but jgn paksa diri..tudung 60 pun ada gaya pakainya..lepaskn shj pun sudah cukup manis ana kira. ikutla.. segalanya ada temptnya.
kepada yang sedang tanamkn cita2 utk bertudung itu satu noktah bidayah( titik tolak) yang sgt baik~kagum~dan itu hidayah dari Allah ana kira :: teruskan tapi usaha segerakn jga sbb ajal tak kenal usia.. sama2 perbaiki dan perbetul niat kembali..bukan dal isu ini sahaja..byk lagi..
menjaga dan menjadi..satu proses tarbiyah..perubahan itu memakan masa..
teringat satu pesanan..
"Orang muda dengan jiwa mudanya akan berusaha dengan segala upaya untuk memiliki apa yang diidamkan, berjuang dan rela berkorban atas apa sahaja dasar yang mereka imani"
"Gunalah fatwa hati,kerana kemaksiatan itu hadirkan kegelisahan pada hati.Terasa masih banyak mata memandang dengan penampilan itu,tidak salah memilih untuk baiki penampilan"~renungan berguna
buat para daie pula..perangilah teman2 dgn kasih syg.Peringatan yang bgs tu..btw jgn kerana kita mereka jauh dari Islam, islam itu mudah walaupun Islam menggalakkan kesempurnaan dan yang terbaik. tak salah kita beri kelonggaran dalam certain hal tapi berpndukn Al-Quran dan tunjuk ajar org Ariff
btw nice post Dr Amad..teruskan..
ps::mcm sedap je nasi tu ya :) nk jga lah
FIRE!!!!!!
akak maksudkan futsal forsi
(ehem..ehem..yang pasal "tut"..masa dia main "tut":P)
berkenan pada pengadil??
admire macam mana dia bole nampak pada perkara yang daku tak nampak + hairan macam mana dia boleh tak nampak dengan apa yang daku nampak..pengadil tu pun nak kena fire gak:P
Sinar- Tahniah telah membuat ringkasan article diatas.Orang muda ini kadang-kadang memandu laju,jadi orang tua perlu menjadi penekan brek.
Makan garam lebih kata deme.( Patutlah darah tinggi)
Mahu nasi? Sila refer pada nota 1...hehe
Anasolehah- Org si gadis forsi tu.Ingat-ingat...ala rasa kak lagi otai kot dulu...dulu la.sekarang...hehe.
Lani asik fire je...dah tukar jadi Gaban ke?
haih..ape nk komen tah...
bace komen kak aimi n amadnakjadisoleh ni hilang hbs bende nak komen...heh...xphm la komen deme tu..explain sket~huhu
nway..ade btul ape yg ditulis..(ade yg x betul ke?)..tang nasik ayam tu x btull kot...ptut kene hulur sket kt tetangga..he
perubahan..sdh smestinya berperingkat..beri pluang mereka bina kkuatan.da'i x perlu gopoh nak mad'u brubah klu cara sndri x btul..klu prubahan yg cepat tp x bkualiti..apelah gunanya....
golongan yg nta maksudkan..x pernah ana rasa sbagai musuh..huhu
syaitan je ana ngaku musuh ana...
hmm..soal tudung..bidang 60 n tdg bulat?ade beza ek di mata anda..baiklah..kena wat survey ni...=)
mayb blh hijrah lg..
bdang 60>tdung bulat>berniqab..
hehe
Nurul- Dimata ana? Ops,nampak gaya nti terlepas point pertama article ini.Baca yang tu dulu,then baru move perenggan lain.
"Deme2"..huhu.Xpe biar jadi rahsia ana dengan kak aimi je...kak akakz... ahaks.
Nak juga nasi ayam? refer nota 1..sekian=p
huhu~yeke...
ana rasa ana bca dr mula dh..huhu.xpe2
teringat cite sang murabbi~
Duha- Cerita Ali Baba dengan 40 penyamun sedap gak...
" Satu untuk engkau,satu untuk aku"<-- realiti msia
"Mintalah fatwa (keterangan hukum) kepada hati dan jiwamu. Kebajikan ialah apa yang menyebabkan jiwa dan hati tentram kepadanya, sedangkan dosa ialah apa yang merisaukan jiwa dan menyebabkan ganjalan dalam dada walaupun orang-orang meminta atau memberi fatwa kepadamu." HR. Muslim
dr.amad ckp "Gunalah fatwa hati,kerana kemaksiatan itu hadirkan kegelisahan pada hati.Terasa masih banyak mata memandang dengan penampilan itu,tidak salah memilih untuk baiki penampilan" based on this hadith ke? bagus bagus ^_^v
p/s: bersedekah amalan mulia hehehe
Farhana- Owh,tak sangka pulak saya yang Nabi telah menyebut tentang hal itu yang membawa maksud sama...
Syukran berkongsi hadis itu..=)
p/s: Refer nota 1
Post a Comment