"Rileks la bai, masa muda ni la kita nak cuba segala benda.Muda ini la nak enjoy...orang tua kata malam masih muda," ungkap orang muda yang menjelaskan keberadaan dia sekarang.
Ruang lingkupnya hanyalah untuk memenuhi tuntutan nafsu.Langkah sehari-hari,langkah yang hanya untuk mengisi kehidupan muda dengan gelak tawa dan berhibur.Inilah corak ukiran belia negara kita.
Pewaris bangsa,penegak agama.
Desawarsa ini, ia lebih membarah pada belia melayu muslim. Tiada nilai adat sopan melayu,terhakis identiti wahyu Ilahi.
Saat Yang Pasti Menjelang
" Ami,nanti kalau dah kerja ada duit,baik pergi buat haji awal-awal sebabnya ibu tengok orang tua buat haji,kesian. Nak pergi melontar orang kena papah,nak saie orang kene pimpin," pengalaman yang dikongsi sama oleh ibu.
Itulah zaman rambut mula memutih,mata sudah tidak seterang dahulu,lutut mula melemah,langkah mula longlai.Ia adalah zaman senja kita,zaman tua.
Dengan pelbagai keuzuran itulah zaman insan yang berusaha mendekati Allah.Si nenek menopause ,baru mahu belajar haid dan nifas.Si pula atok baru tersedar muqqadam tidak lagi khatam.Benar ia masih belum terlambat,tetapi segalanya seakan tidak kena.
Kesihatan,kudrat tenaga,daya ingat,ia menjadi satu penyesalan panjang kemudian hari.
"Dah tua-tua ini,eloklah ke masjid.Rumah pun kata pergi,kubur pun kata mari.Taubat la banyak-banyak," dialog yang sering kita dengar.Ungkapan yang ada benar sekelumit, batilnya sebaldi.
Bagaimana masa muda? Adakah masa muda untuk enjoy? Dapatkan kita pastikan usia kita sampai pada umur 70 tahun,atau pun dipinggir selekoh jalan sana sahaja?
Yang lepas tidak mampu kita dapatkan kembali, Yang akan datang belum tentu milik kita,jadi sekarang adalah milik kita.Untung rugi kita diSana,pangkalnya adalah sekarang.
Kisah Syurga,Kisah Kita
Nabi apabila ditanya oleh seorang wanita tua,bagaimana usia penghuni syurga,Baginda menjawap semua disyurga itu muda dan sihat semuanya.Mereka hidup disana riang dan gembira.
Melihat pola hidup seorang manusia yang awalnya bayi kecil yang perlukan asuhan dan didikan,tumbuh besar sebagai insan yang sihat fizikal dan mental,menurun prestasinya apabila rambut mula memutih,gigi mula hilang satu persatu,mata mula tidak kelihatan garisnya.
Dengan mengandaikan kita tiada khilaf soal ini,sudah semestinya zaman kemuncak dalam hidup seseorang itu adalah di zaman belia.Disaat rambut hitam berkilat,langkahnya kuat dan kencang,ingatannya tajam menusuk.Dizaman inilah kita dapat lihat pemuda itu maju dengan penuh semangat di medan perjuangan,dan dizaman inilah kita lihat minah berani bertenggek diatas motor membuat aksi superman.
Zaman muda adalah kemuncak prestasi seseorang insan.
Prestasi ke syurga,prestasi ke neraka.
Kerugian Yang Fatal
Melihat senario mahasiswa di Malaysia,saya sebenarnya merasa sedih dan kecewa. AUKU diperkenalkan dengan bertujuan memandulkan mahasiswa.Ia terbukti apabila dasar AUKU disalahgunakan untuk menekan mahasiswa melontarkan idea dan melahirkan pandangan masing-masing.Tanpa sedar,penguasa telah membunuh satu ciri penting orang muda iaitu IDEALISME.
"Untuk mewujudkan sebuah negara yang ada integriti tinggi,kita perlukan pimpinan yang bersih,hamba kepada rakyat dan tiada kepentingan pribadi dalam sesuatu tindakan," bersemangat seorang pemimpin muda berucap.
Lihatlah apa sahaja acaranya,yang berlandaskan agama ataupun tidak,tenaga pengeraknya adalah orang muda.Gerak kerja mereka dipandu dengan idealisme yang tinggi. Tidak menafikan sesetengah idealisme itu ada yang salah arah,pada masa ini orang yang berpengalamanlah yang boleh membetulkannya.Biasanya,orang muda memandu laju,orang tua menekan brek.
Jangan disekat,bagilah arah yang perlu mereka tuju.
Iman Dan Idealisme
" Kita perlu mengunakan segala cara untuk menarik orang muda ke konsert kita.Cuba kita bawa artis luar masuk,mesti boom punya," idea bernas tapi salah arah
Idealisme tanpa iman boleh menyebabkan orang muda bergerak merealisasikan idealisme yang songsang.Ibarat kapal yang laju berlayar,tetapi salah arah.
Package seorang pemuda yang mantap adalah yang mempunyai idealisme yang tinggi ditaut rapat oleh keimanan yang mantap.
Setiap langkah,adalah langkah pejuang.
Setiap masa,masa berjihad.
Setiap jalan,jalan menuju Allah.
Setiap helaan nafas,adalah zikir.
Selak kembali sirah Baginda dan para sahabat. Rasulullah itu menerima wahyu pada umur 25 tahun dan membangkitkan izzah Islam pada usia yang muda.Baginda dibantu oleh ramai barisan sahabat-sahabat yang muda belia.Lihatlah pahlawan Uhud, Musab bin Umair. Jejaka yang kaya raya,menjadi kegilaan ramai anak gadis,gugur dimedan Uhud dengan kain yang tidak mencukupi menutup jenazah. Maju meninggal kesenangan dunia lantaran terpesona kesenangan Syurga.Beliau mulia dipandangan Allah,beliau mulia dimata Nabi. Nilai kita?
Berpada-pada
"Abis tu kena selalu duk masjidlah,kene menadah kitab dengan ustaz jela ek, Linkin Park takleh layan,my chemical romance tak leh layan,gossip girl tak leh nengok la ek...hambar ye idup," mulut memuncung 4 inci serta merta terukir.
Ibaratnya bukan sahaja terpaksa membuang baju lama,tetapi baju itu perlu dibakar,abu dibuang ke laut,agar tiada kesan.Jahiliah katanya. Tanpa menafikan orang muda cenderung kepada aktiviti bercorak itu,saya lebih berpandangan "berpada-padalah". Bimbang banyak gelak tawa didunia akan mengakibatkan tangisan panjang di akhirat sana.
Makan 1 biji paracetamol untuk mengubat demam,insyAllah sihat. Makan 10 biji,mati keracunan jawapnya. Mahu berhibur silakan,tetapi perlu letak itu pada tempatnya. Masih memetik gitar kapok saat azan maghrib berkumandang adalah kebodohan.Saya sendiri masih suka mendengar Wings,XPDC, mahupun Amuk.Terasa lagu Akar dan Bumi itu lebih menyentuh hati dari lagu kasih-kekasih.
Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.
Gunalah masa muda ini sebaiknya kerana "Antum ar-Ruhul Jadid fi Jasadiummah"
Mars Kepanduan,Shoutul Harakah
Nota 1: Milik Siapa Gadis Ini? Sudirman dan Amy Search sama-sama best.
Nota 2: Nasyid Indonesia dan Arab lebih menarik hati mengingat Allah dari Nasyid Malaysia.Kenapa?
Nota 3: Gambar adalah sumbangan dari Ustaz Azhar, Digital Mukmin
.: Amad ingatkan just in case terlupa :.
6 comments:
Wahai pemuda, hargai usia remaja..
Lihat sejarah..renungkan isinya
Dulu...kerana potensi yang ada pada orang muda, Musollini di Itali, Hitler di Jerman, bangkit untuk memimpin bangsa.Mereka Memimpin bukan dipimpin.. bahkan warga tua menuruti
Kalau nak dilihat dari sudut kisah2terdahulu, nabi Ibrahim berani memecahkan berhala kaumnya & petah berkata hujah keimanan, Ashabul kahfi lari dari kezaliman Sang Raja kerana percaya keimanan hanya cara yg mampu pandu impian di akhirat sana..
Mereka adalah pemuda...yang mampu mengoncang dunia
Kita??
Ramai tersangkut di pertengahan dan tak kurang juga laju berjalan di medan amal islami..pilihan di tangan kita :)
namun setiap langkah pasti ada ujiannya.. berwaspadalah..
tak dinafikan..remaja memang aset yg penting..
'kekuatan sesebuah negara dilihat pada remajanya'
kalau lemah, makan lemahlaa negara tersebut dan jika kuat, maka kuatlah negara itu..
so,sebagai muda-mudi ni kene ambil peluang untuk menggunakan masa emas kita dengan sebaiknya..kalau dah tua,semuanya terbatas..
teringat pesanan ummi "muda2 ni ambillah pengalaman dan kutiplah ilmu sebanyaknya,kalau dah tua macam ummi sekarang,susah nak buat kerja macam waktu muda2 dlu"
jangan tangguh2 kerja menunggu hari esok,sbb esok mungkin tak akan wujud utk kita..
p/s:Wings,XPDC, dan Amuk?? haha (batu kapak+jiwang karat)
nape tak linkin park je? lg best kot :p
salam amad,
pemikiran yang dimomokkan pada anak muda sekarang sememangnya lebih bersifat duniawi.lepas habis belajar, dapat kerja elok2.lps tu kumpul duit, kahwin, kumpul harta dan duduk dalam rumah senang lenang.apa yg berlaku kat sekeliling tak kisah..yg penting keluarga aku ok belake.semua solat, puasa, bayar zakat, pi haji..
takut bila pemikiran mcm ni mengusai masyarakat sekarang.
ni nak promote skit..ada kuliah online malam esok(pagi ahad waktu Malaysia). tajuknya-Kita Memimpin Malaysia (Generasi Pemuda dan Perubahan).memang kena la ngan posting ko ni amad.maklumat lanjut boleh didapati di
http://misgonline.com/
Sinar- Dihadapan kita wahai para mujahid adalah ladang-ladang pahala yang kita perlu kita tuai untuk kesenangan diSana.
Sejarah bukan sekadar diceritakan dari satu generasi ke satu generasi,bahan penglipur lara.Bercakap tentang semalam sememangnya Indah.
Ayuh buktikan
Kitalah Umar
Kitalah Khadijah
Kitalah Abu Bakr
Kitalah Salahuddin Al-Ayubi
Kitalah Tariq bin Ziad
Kitalah Ahmad Yassin
Gencarkan dunia dengan Islam wahai para mujahid dan mujahidah!!!
Duha- Nafas yang kita hirup skrg dalah hak kita.Nafas seterusnya, belum tentu wahai ukhti.
Dengar,ambil dan peganglah kata-kata umi tu.
Tang mana la jiwang karat ye Wings,XPDC...kalau rock kapak mungkin betul.Segan nak ltk linkin park,kang ada orang kata
"Biar betul,syeikh layan linkin park," jenuh nak menjawap nanti
Farhan- Masyarakat kita dijangkiti hebat oleh penyakit "akutidakpedulisma"... Aku boleh solat,pi haji,puasa dah cukup. Orang lain nak jadi setan ke,nak jadi apa ke...apa aku peduli.
Melihat senario ini,teringat pesanan warisan Nabi,dia menceritakan tentang azab yang akan ditimpa atas satu kaum.Allah memerintahkan azab itu diturun mulai dari orang soleh dahulu. Balasan kerana ada sikap "tidakpedulisma"....
Jom buktikan,kita masyarakat peduli.
Post a Comment