Melihat beberapa teman dan masalah yang dihadapi umumnya berkaitan perasaan dan hubungan lelaki dan wanita khususnya,menjadikan saya secara tidak langsung banyak berfikir soal ini.Dan juga lebih tepat apabila soal nikah semasa belajar.
Ada dua titik ekstrim yang wujud dikalangan pelajar,mahasiswa khususnya.Di belah pihaknya sana,juga melibatkan hubungan “cinta” tetapi seakan nikah itu belum difikirkan,belum dirancang dan yang ada hanyalah enjoy.Keluar berdating seakan pasangan yang sah nikahnya,menunjuk bahawa merekalah pasangan yang paling ideal,secocok,secubit,sepelempang dan seterajang. Ungkapan sayang itu begitu murah diungkapkan,dari satu pasangan kepada pasangan yang lain.Tetapi bila melihat kembali,itu sesuai dengan mereka, CINTA MURAHAN.
Si lelaki enak memperbodoh si perempuan yang tanpa segan ingin dan tahu sedang diperbodohkan.
Si perempuan enak mempermain si lelaki yang tahu sedang dipermainkan.
Tiada pertimbangan agama,tiada menjaga nama baik keluarga,tiada dan tiada.Yang ada enjoy!
“ So far,pakwe yang aku ada sebanyak 5 orang.Yang paling romatik yang no 2.Dia banyak bagi aku teddy bear yang besar-besar,” bangga menerang si gadis.Di sambut dengan mulut terlopong si teman.
Berbeza
Di pihak sini pula berbeza.Amat berhati-hati dalam berbicara soal hati.Mereka tahu dan faham apabila dalam hal ini bukan sesuatu yang main-main.Sampai ada sahabat yang berazam tidak akan sekali-kali membiarkan perasaan itu hadir.Itu azamnya,tetapi hakikatnya perasaan itu hadir tanpa mampu ditolak dan dipaksa pergi.Itu adalah fitrah setiap insan. Banyak sekali melihat sahabat-sahabat yang begitu terseksa dengan hal ini.Dibuang tidak terdaya,disimpan menyeksakan.
Oleh itu mereka melihat jalan keluar bagi semua itu adalah dengan pernikahan. Walaupun masih sibuk bergelumang dengan tugasan yang bertimbun,tanggungjawap mengislah ummah yang mengunung, kekangan masa yang menghambat.Ini semua sanggup dipikul walaupun sedar ia sememangnya tidak mudah.
Banyak disebabkan dakwah yang dipikul
Banyak disebabkan terprovokasi dengan teman sebelah
Banyak disebabkan termotivasi dengan sahabat yang melangkah laju.
“ Aku yakin,bila dapat sayap kiri ini.Insyallah langkahku akan semakin laju,” dia yakin,saya menggaru kepala.Kenapa? Sabar….
Dihayati dan Difikirkan dengan Waras
Saya mahu spesifikkan untuk membicara soal keadaan yang kedua.Keberadaan blog amadanaksoleh ini banyak menemukan sahabat-sahabat dunia maya.Banyak diantara mereka bagus dan proaktif orangnya.Sering bertukar-tukar pandangan dari sebesar-besar perkara seperti pemerintahan sampailah kepada sekecil-kecilnya,antivirus yang bagus.
“ Syeikh,nak tanya sikit ini.Apa pandangan,jika mendapat isteri yang tidak bertudung?,”
pertanyaan tulus dari teman.
“Ada kawan ni,dia jatuh hati dengan jejaka yang suka tersenyum.Cute katanya.Macamana saya nak nasihatkan dia?,” rasa mahu ketawa dan tepuk dahi pun ada.
“Target aku,apa-apa pun.Sampai je umur 23…nak tak nak,aku kena kawin,” bersungguh azamnya.
Itulah sedikit sebanyak persoalan dan pengalaman yang pernah saya hadapi. Saya akui,perkahwinan itu sunnah dan menjaga perhubungan itu dengan ikatan yang pernikahan,satu tindakan yang mulia.Itu dari satu segi,tetapi bagaimana dengan pernikahan semasa belajar?
Silap langkah,sunnah yang menjanjikan pahala,diganti neraka oleh Allah lantaran silap langkah si hambanya.Teringat perbincangan saya dengan Ustaz Jiwa,Ustaz Cinta…Abu Saif.
“Apa pandangan ustaz dengan bernikah semasa belajar ni?,” soal saya pada satu malam.
“ Bagi ana,mereka yang mahu menikah diusia muda akan menjadikan mereke LEMBAB!,” terkejut saya mendengarnya.Diungkap oleh seorang ustaz,yang berbeza dengan ustaz-ustaz lain.
“ Lembab macamana tu ustaz,” saya seakan masih belum berpuas hati dengan jawapan tergantung itu.
“ Ana bercakap soal reality,sebab sememangnya reality mengalahkan fantasi. Ana sering lihat pelajar semasa bujang cukup mantap dalam langkah dakwah khususnya.Itu semasa dia bujang.Dan apabila dia memilih bernikah semasa belajar,ia seakan terbalik dari dirinya dahulu.Lambat dan lembab!Tetapi idea ini kontroversi la,” panjang lebar ustaz menerangkan.Kalian boleh baca soal ini di article kahwin semasa belajar.
Saya cepat menangkap maksud disebalik apa yang ustaz ungkapkan.Disebabkan kontroversinya masing-masing menyuruh menaqalkan idea ini di blog.Akhirnya ustaz dahulu yang menyentuhnya.Dan itulah yang sering saya nasihatkan kepada teman-teman yang mahu menikah awal.Perlu sedar dan maklum semuanya,dari segi kesan pada gerak kerja dakwah sampailah cara pengurusan keluarga,tarbiah anak isteri,termasuklah makan pakai dan lampin anak-anak.Terlepas pandang hal ini apa awal perbincangan sebelum melangkah,menyebabkan tindakan tepuk dahi yang tidak sudah.
Bujang itu Kesempatan
Ketepikan bicara soal orang yang lembab sebelum nikah,dan nikah pun entah kemana.Saya sering nasihatkan teman-teman,sedang kita laju melangkah semasa bujang,jangan sekali-kali pandang belakang.Nikmatilah hidup sebagai orang bujang.
Gunakan kesempatan yang ada ini,dengan baiknya.
Kaut pengalaman dengan sebanyaknya.
Berdakwah dan menyeru manusia dengan kalimah tauhid dengan semaksimumnya.
Ini kerana,yang akan datang belum menjanjikan keadaan seideal yang kita alami sekarang.Jika mahu juga melangkah ke alam sana,silakan.Tetapi fikirkan,pertimbangankan dengan sebaiknya.Musuh kita,bukan yang menikah awal,bukan yang tidak mahu bernikah awal,tetapi musuh kita insan yang membuat tindakan tanpa berfikir.Kecelakaan pada martabat insan.Ingat bahawa satu masa nanti,kita akan ditanya soalan ini
"Abah,apa beza darah haid,darah nifas,darah istihadhah dan darah fasad," ditanya oleh "anak perempuan" kita.Sudah lengkapkah kita wahai lelaki dengan hal fiqh wanita?
Menjanji Yang Indah
Sebenarnya,ramai juga yang sebelum berkahwinnya laju bahkan bila mendapat “madam” lagi bertambah laju.Jika dahulu bujang “berjoging”,sekarang berkahwin “pecut 100 meter”. Saya sendiri kagum dengan insane seperti ini.
“Hello…Hello,” ringtone telephone saya berbunyi.
“Akh,dimana rumahnya? Ana sekarang dihadapan rumah ijo.Itu rumah anta?,” saya mendapat kunjungan seorang insan yang amat saya sayangi,bekas naqib.Diluar hujan dengan lebat,saya berkejar keluar untuk menjemputnya masuk.Ada urusan yang perlu kami selesaikan.Sambil-sambil itu,kami bersembang dan bertukar-tukar pandangan.
Orangnya amat sibuk,lantaran Indonesia sekarang sedang demam piliharaya.Dan dia salah seorang calonnya.Mula dari masalah-masalah umat sampailah kepada strategi-strategi berdakwah.Orangnya cukup berpengalaman soal ini.Perbincangan berlarutan sampai satu jam.Sedang bersembang ada panggilan masuk pada telephone dia.
“ Salam,ya ukhti…akang (abang) lagi dirumah akh Amad ni. Biasalah,bila sudah jumpa sama ikhwah,banyak yang mahu dibicarakan.Insyallah nanti akang langsung pulangnya.Ukhti jangan risau,” jawap dia dengan lembut dan ketawa kecil.Saya yang melihatnya,tersenyum.
“ Akh,zaujahnya? Kenapa?,” jawapannya saya sediamaklum tetapi gatal mulut ingin bertanya.
“ Aah,isteri ana.Tadi ana udah nelpon dia sejam yang lepas udah ada disekitar Jatinangor tetapi belum juga sampai ke rumah.Dia bimbang kayaknya,” ujar beliau.
“ Ana mahu nanya,ana lihat akh sibuk dengan tugas-tugas dakwah ini.Gimana keluarganya? Mesti zaujahnya melihat akh selalu tiada dirumah,” ingin mengorek pengalaman dari dia.
“ Anta pernah dengar lagu Nadamurni…Sudah sunnah orang berjuang,mengembara dan berkelana, miskin dan papa jadi tradisi,berenggang dengan anak dan isteri,” dia menyanyikan rangkap nasyid itu sambil tersenyum.Dia berpamitan pulang.Kami saling bersalaman dan
berpelukan,sempat saya berbisik
"Akh,nanti langsung pulangnya,kasian sama teteh( kakak) dirumah tu," senyum saya bermakna
Teringat kata orang tua“ Sayang anak,tangan-tangankan,sayang isteri,tinggal-tinggalkan”
Dari Ibnu Abbas r.a ia berkata:"Rasulullah s.a.w bersabda: "Kami tidak melihat jalan bagi dua orang yang saling mencintai,sebagaimana baiknya pernikahan" ( HR Ibnu Majah)
Nota 1: Saya tidak semak article ini,ada kesalahan ejaan boleh dibagitau.
Nota 2: Sekarang dalam keadaan tidak sihat,doakan agar cepat sembuh.
Nota 3: Dengan ada article ini,jangan kata Amad mahu nikah pula.Ini article perkongsian idea dan pengalaman.Sapa kata saya jiwang,saya “Ong Bak” kalian!!!
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
33 comments:
"Nikmatilah hidup sebagai orang bujang"
-saya suka ayat ni..
btw, isi kandungannya lbh kurang sama dengan artikel ustaz haz tempoh hari.
Dua kepala itu yang duk bincang sampai larut malam.Jadilah perkongsian main idea dari kedua-dua belah pihak...=)
perkongsian & pandangan yang bernas ana kira..bgs utk dfikir2kan
Aiwah, sokong tanpa bnthn bujang itu satu kesemptn~manfaatkn seadanya
Sinar- Sama-sama.Semoga bermanfaat. Bujang dan perkahwinan,dua medan yang berbeza,jadi manfaatkan kedua-duanya.
Yang berlalu,biar berlalu
Yang akan datang,belum pasti
Sekarang adalah milik kita
setuju2...
nikmaltilah hidup ini selagi kte masih hidup!
alhmdulillah.
sudah sunnah..
erm..tu ah..nak kawin jgn pk cinte je..tanggungjawab jugak..kalau dpt yg tak faham "sayang ditinggal-tinggal"..haa..susah pulok..
hehe..bujang..bujang..manfaatkan waktu sebaiknye..
Khairaummah- Saya pun setuju jugak
Duha- Semakin pandai Duha lani...bagus2.Tapi belum cukup masa nak nikah2 ya...hik3.
"sayang ditinggal-tinggalkan"...erm,nak tahu lebih kena buka kitab baru pulak.Tak boleh skrg,sbb duha kecik lagi...
Ceh selambe guna ayat aku kat atas.huhu..
Xkesah pun..
memecut 100m atau merangkak perlahan2 itu adalah pilihan individu..
Tergantung penuh pada sikap dan perangai individu tersebut..
Yang penting zaman bujang ni,memang kena persiapkan diri mental dan fizikal untuk zaman hidup berdua nanti...
Zulfahmi- Haha...kantoikan diri sendiri.Org baek punya cover...haha( emoticon gelak guling-guling)
Ooo,pandai ek.Dok reti-reti nok persiap ke?hehehe( emoticon ketawa gerak mulut)
Salam..
alahai..UIA baru je habes seminar early marriage..
sampaikan ada speaker yang tny.."..kenapa ye ipta/ipts skrg suka buat talk pasal kahwin..?.."
sy just nak tmbh...papepun tgk pada diri sendiri..
kalau keinginan besar tapi kemahuan kecil...bawa2 la bersabar kan.. :)
btw... kenapa ye ada manusia yg labelkan orang2 yg tulis ttg kahwin sbg jiwang..??
haihhh..sungguh tak fhm...
amek sbg ilmu sudaa...
Ateeqa- Rasenya pasal nikah ni best kot...org kata la,saya sendiri xpenah ada pengalaman...hik3
Amboi,lama xmai singgah teratak saya naa...
silap taip daaa...
*kalau keinginan besar, tapi kemampuan kecil...bawa2 sabar ya..
;)
salam~
huhu kembali men'komen' setelah hampir 2 minggu antenna wireless tenet roboh~
nak nikah awal? bkn hari tu amad ckp............(hikhik..gelak guling2 gak)
kalau anda TAHU dan anda MAMPU apa salahnya anda MAHU
sesetengah yg ada sekarang, kerana "cinta" sanggup menderhaka ke mak ayah..naud'zhubillah..apalah harga cinta & perkahwinan dgn menderhaka kpd org tua. Sampai hati insan2 yang macam ni..
to adik2 08 (IMAN, KUBI, ASSIFA'), ingat kan pesan akk aritu?semoga tersemat dalam hati masing2 insyaAllah
Anasolehah-Owh patut la xda mengomen disini...Ala,bicara soal semalam memang indah...hehe.Tp itu dulu la kak,lani dah sedar.kak dulu pun,masa kecik minum susu Dumex gak.Kang bocor rahsia ni,baru tau...( emoticon pipi merah)
Akak dah Tahu?Dah Mampu? patutla Mahu...sabar2.Xlari gunung dikejar.
Yup,jangan sekali2 belakangkan mak ayah dalam hal ini.Nikah bukan sehari dua,susah nanti.
p/s: sy pun adik2 08 gak tau ( emoticon jelir lidah)
Dr amad leh jadi Dr cinta ni:p
setuju bujang itu kesempatan...
xpayah risau hal anak n suami...
tidak perlu terburu-buru nk nikah..
nnti bile sampai seru jodoh kawinlah kan??
tp sementara tunggu jodoh leh belajar hal umah tangga..
cara nk masak,cara setel kan anak n suami,nk bhgi masa antara umah dan kerja=)
nnti xkelam kabut nnti=)
haha..sebok je..insyaAllah kami ingat kak aimi..
p/s: btul kak aimi..saya tak stuju dgn org yg sanggup ketepikan mak ayah demi perkahwinan..(waa..tetibe rs sedih memuncak --> emoticon nangis mencurah2 (ade ke?) haha..)
"ya Allah, jadikanlah sy seorang anak solehah yg taat padaMU, rasulMu dan kedua ibu bapanya..amiin"
saya masih belajar~
Bila pula akk kata akk dh "mampu"..kan phrase tu guna "anda" maksudnya untuk anda:P
betul2..ada yang pernah tanya akk :
"Bila lah aku nak kawin ni ye?
"Agak-agaknya macam mana muka suami aku nanti eh?
"Berapa hantaran nak minta eh?
"Kau rasa siapa calon suami aku?"
Ya Allah, sekelumit sungguh erti perkahwinan pada pandangan mereka. Hanya indah belaka yang terbayang di minda. Tanggungjawab?Amanah?Penat?Sakit?Duit?
Tak salah membicarakan soal kahwin andai perspektif pelaksanaan tanggungjawab yang diutarakan. Andai soal fiqih dibincangkan. Tapi yang jadi masalah ramai yang ingin kahwin awal sebab "trend" sekarang + nafsu syaitan yang dibualkan terus.
Sayang seribu kali sayang luasnya ilmu tidak digali sedalam-dalamnya, dicari sehabis-habisnya dan dimanfaatkan sebaik-baiknya
amad : 08??dah boley jadi bapak org pun..akk tak boleh minum susu la..nnt diarrhea..so sampai bila2 akk tak ngaku akk minum susu Dumex
duha : Bagus2."Ya Allah, Kau kasihanilah ibubapa kami seperti mana mereka mengasihani kami"
salam,
ye!anasolehah_7 antena wireless dah ada ka?kena kunci kot baru org xleh curi.
maaf amad pinjam tempat komen lak.
ok balik ke entry di atas..yg penting tanya fatwa hati.doa byk2..bersedia dari sekarang(senyum)..mana tau kot2 amad dulu makang nasik minyak kat ganu.Ameen.
assalamualaikum....
dah lame tak join mengomen di sini. maaflah,mula asalnya sebab tak boleh nak komen. try banyak kali tapi tak bole nak send last2 tak komen terus. hehe...
tp now dah ok la...
banyak pengalaman yang nak dikongsi pasal benda ni sebenanya,bole jadi 2,3 entry dibuatnya, tapi takpelah,cukuplah ana menasihati dgn pekataan 'berhati2'. fikirlah sebaiknya...
btw,ni blog isteri sahabat ana. cerita psl suami isteri,sebaya ana je pon,sedang menanti kelahiran anak sulung. suami isteri sama2 ex kisas dulu.enjoy!=)
http://dhuhasakeenah2.blogspot.com/
erm..dhuha sakeenah??..tunggu duha yang ini pula.. :p haha
Kadang2 bercakap dalam minda ilusi,tidak sesenang ketika beraksi di padang realiti...
Teori mungkin semua orang mampu bercakap,perbuatannya kita tunggu dan lihat sahaja...
Sape nak berguru pengalaman,mungkin dr Radzi boleh tolong..Sape nak berguru teori,mungkin semua pun buley...
Dulu pun sama,sampai dah kena cap ape2 ntah..
Bak kata sorang sahabat "Mung nih teori banyak do'oh,lonih time mung praktik pulok"...
Aku tersengih macam kerang busuk.Hahahaha...
Bagi diri ini,hidup bujang ni best.Bleh buat banyak benda untuk agama,bangsa dan negara...
Bagi diri ini,hidup berpasangan itu seronok.Juga boleh buat banyak benda untuk agama,bangsa dan negara...
Jangan terlalu gelojoh dan jangan terlalu takut.Rakus membawa binasa...Takut membawa diri entah ke mana...
Cuma pada setiap diri,haruslah bersedia ke arah itu....
Masa UPSR,kita cuak dengan PMR.Time PMR takut pulak dengan SPM..Habis2 SPM,terfikir pulak bolehke aku jadi doktor??
Dari zaman kita hidung berhingus,minum susu Dumex sehinggalah zaman kita pula yang mengelap sang hidung berhingus yang tengah minum susu Dumex,semuanya itu menunjukkan proses kita seorang manusia,sebuah kehidupan...
kawen...ish3...ASAP
Muniri- Ustazah lupa nak masukkan kek dalam contoh tu sekali..hik3.Jika si perempuan persiap berkaitan hal perempuan,si lelaki perlu sama jgk la.Jangan si perempuan wajib pandai masak,lelaki hampeh tak tahu apa.Orang cmni,amik batu bata,ikat,buang kat laut.
Duha- Dak kecik duk diam-diam.Nah amik botol susu ni,p tido dalam buai tu...(emoticon tiup trompet)
Iman Aisyah- Owh,sokmo je makan nasi minyak...Nak makan,mai la umah.Saya bawa p makan sekali kepok lekor,satar,nasi dagang...hehehe
Radzi- Yup,setiap apa tindakan perlu berhati-hati.Bagi yang memilih TIDAK,dia juga perlu berhati-hati. Bagi yang memilih YA,juga perlu berhati-hati.Ia sifat org Islam lagi mukmin.
Dah nengok blog tu,btw xterprovoke pun dgn mereka tu...Aku kan orang yang sabar...Mung p join gapo..geng2 xsabar...hahaha
Zulfahmi- Geng-geng ilusi ini,yang duk layan lagu Kasih Kekasih Inteam je.Aku layan Amy Search.Bersedia utk semua,bersedia utk hadapi zaman berkeluarga dan tidak lupa juga bersedia utk zaman yang tiada zaman lg selepas tu.Alam Akhirat!
Aku masa kecik,lap sendiri hingus,xnak susah2 ke Ibu...hehe
Mohsein- Mung boleh masuk geng Gapo... Geng2 Tak Sabar..wahaha
Kawen...retorik2...ish3...cubaan...
Sabar itu patut...
Tetapi satu yang xdapat disangkal,orang yang bermatlamatkan agama itu lebih cepat matang...
Matang dalam berfikir dan dalam membuat keputusan..
Terpulang lar,melihat prioriti di mana...
Yang penting kahwin2 ni,kejayaan dan keberhasilannya bukanlah diukur dengan siapa yang paling awal mengucapkan lafaz "Aku terima nikahya...."...
yang penting isi pernikahan tu.Tujuan,matlamat dan sebagainya...
Ibarat nasi.Nasi yang diangkat terlalu awal kemungkinan untuk mentah itu besar.Langsung tidak sedap hendak disantap...
Lebih baik lama masaknya,asalkan enak dimakan
;-)
Zulfahmi- Masak lama,jadi hangit...jgn lupa tu..
huish baling ikat bata buang ke laut..ganas tu...hahaha...
hoho dr amad..zulfahmi orang canggih la ni...msak nasi guna rice cooker jer...xhangit jadi nya..hahaha
Muniri-Opss..lupa kat kelate rupanya dah ada rice cooker.Ingat masak pakai dapur kayu lagi...kita xpe..KL
Sal nikah,sampai 30 komen...erm.
salam. entry yang best! ya, baru terfikir. kalau nak kawin masa belajar pun, dah cukup topup ke ilmu dalam diri kita? tanggungjawab sebagai seorang ayah dan emak. eh, baru tau panggilan abang kat sana 'akang'. 'teteh' itu kakak ya? kat medan sini tak guna akang mahupun teteh. baru tau perkataan tu.. :D
Srikandi- Bagus la.vocab baru...nnti2 boleh panggil cik abang.. "akang"
Post a Comment