Friday, 17 April 2009

Bahaya Aids Al Haraki Dalam IMAN


" Nasib,anta dan sahabat-sahabat lain datang,syeikh.Ana dengan sahabat kita lain mati kutu nak buat kerja dakwah kat sini," luah kelegaan seorang sahabat perjuangan.

Tidak mampu saya untuk tidak menganguk benar kata saudara saya itu. Awal menjejak kaki di bumi Bandung ini,membawa 1000 macam kejutan.

Terkejut dengan masyarakatnya bahkan banyak kali terkejut dengan tradisi dan akhlak songsang pelajar-pelajarnya. Mengeluh tanpa membuat sebarang perubahan adalah sia-sia.Buang masa dan buang air liur. Dengan ikatan iman dan mempunyai kesamaan visi,saya dan sahabat-sahabat lain merapatkan saff.

Awalnya,ia hanya dikenali sebagai biro Agama PKPMI.Sedar bahawa gerakan dakwah perlukan nafas yang segar dan muda,ia telah di "rebranding" kepada IMAN.Saya yang kiranya masih hijau dalam arena ini,banyak termotivasi dengan komitmen sahabat yang lain. Bergerak dengan satu matlamat iaitu membuat perubahan dari tradisi pelajar yang dahulu kepada yang lebih baik.

Sekali lagi,memang indah bicara soal semalam.Jika dahulu ahli IMAN kurang lebih 20 orang sekarang mencapai 60 orang lebih.

"Wah ramainya,bestlah IMAN senang nak wat program," kata teman.

Sememangnya dari kuantiti itu melambung tinggi,tetapi ada beberapa hal yang hadir merunsingkan saya lantaran semakin bertambah usia IMAN disini,semakin banyak hal yang perlu terus kita muhasabah dan baiki.

"Orang tua biasanya banyak penyakit," itu selalu kiaskan bila bicara soal gerakan Islam. Takut melihat,ia dijangkiti sama oleh IMAN yang baru mahu bertatih.Belum sempat berlari,telah tersungkur ke bumi lantaran langkah sumbang semasa menghayun kaki.

Dalam menyemak kembali peringatan demi peringatan yang ditinggalkan oleh ramai ulama haraki,saya cukup tertarik dengan mutiara kata seorang ulama terkenal di bumi Lubnan sana. Fathi Yakan. Cukup fenomenal dengan buku tulisannya Apa Ertinya Aku Menganut Islam? Manis dalam ingatan apabila saya sendiri pernah berkesempatan mendengar secara terus untaian kata beliau pada bila datang bertandang ke Terengganu.Lautan manusia mendengar!


Fathi Yakan

Apa Erti Saya Menganut Islam?


Saya tidak mahu mengupas berkenaan buku itu,tetapi ingin berkongsi sama dengan satu tulisan beliau dalam buku hzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.Ini peringatan yang wajib semua aktivis dakwah.Saya akan cuba kupas dan sesuaikan dengan waqie( keadaan) disini.


Kurang Daya Tahan Jamaah



AIDS,boleh saya kata bahawa kita semua pelajar disini sedia maklum tentang syndrome ini.Tahu puncanya,faham pathopysiology dan pathogenesisnya dan juga clinical symptom kita maklum.Kurang daya tahan badan sehingga mengakibatkan badan tidak berdaya melawan jangkitan.Menjadi satu peringatan fatal berkenaan hal ini,sampai sekarang belum temui penawar.

Ustaz Fathi Yakan,memberi peringatan ini lantaran rundung hati melihat gerakan-gerakan Islam di Lubnan tumbang menyembah bumi. Banyak kali bila diselidiki,ia berpunca dari kurang daya tahan diri,Jamaah itu sendiri.


Etiology
Kemusnahan Gerakan



Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :

1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh.

Sering kita bergerak kerana dipaksa kawan,mak ayah menyuruh dan mahu kelihatan macho apabila memakai baju gerakan dakwah.Apabila sahabat pulang ke Malaysia,penyakit futur itu mudah menjangkiti.

Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.

Ingatlah peringatan Allah yang menyukai hamba-hambanya bergerak didalam satu saff yang kukuh laksana sebuah batu-bata di dinding.Jangan biarkan kerana rapuh batu-bata dipihak kita,runtuh dinding tersebut.

Ayuh buktikan,kita berdakwah bukan kerana keluarga,kawan dan sebagainya.Dan jika 1000 sahabat pergi meninggalkan kita kerana dakwah,kita tetap kokoh berdiri disini.

2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan.

Ini menjadi titik kekuatan bahkan juga titik kelemahan yang fatal buat IMAN.Gah dari segi kuantiti.Sudah pasti jika meninggalkan aspek kualiti,IMAN tiada nilai.Melangkah longlai. Bahkan boleh menjadi senjata sulit untuk menikam balik gerakan Islam itu sendiri.

Wahai ahli IMAN,adakah senjata sulit itu adalah anda???

3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemengan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan.

Dalam membuat menjalankan dakwah,ingin cepat melihat hasilnya.Seakan jika menegur seorang gadis tidak bertudung,dengan harapan wajib esok dia bertudung litup.Sungguh realiti di medan bukan seperti itu.

"Akh,Dakwah itu jalan yang panjang,"pesan seorang Murabbi.

4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.

5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.

6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik

7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangai peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan dakwah setempat berdasarkan situasi.


Treatment AIDS Haraki



Jika AIDS yang menjangkiti batang tubuh manusia,sampai sekarang belum temui penawarnya. Tetapi AIDS pada haraki,penawarnya adalah TARBIAH.

Dengan kegelinciran dari satu langkah,ia akan menyebabkan kegelinciran yang lebih besar dan membarah.

Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan pribadi, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.

Secret Weapon Islam adalah Usrah.Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.

Buktikan bahawa kita adalah generasi "HALAQAHOLIC"

Halaqah

Kesimpulan



Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.

Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di bumi ini.


Wahai Ahli Dakwah



Kita adalah daie yang diwajibkan berdakwah bukan kerana kita bersekolah agama,bukan kerana kita naqib usrah sekolah.Beban dakwah dan menyampaikan Islam terbeban dibahu kita usai kita awal bersyahadah.Setiap kita adalah pendakwah tidak kira seluar koyak dilutut,rambut kuning bersinar,beban itu tidak sekali-kali lepas dari bahu kita.Dan ingat ia akan dipertanggujawapkan tidak kira bagaimana rupa kita semasa hidup dibumi.

Jadi adakah masih senang kita mengungkap "Ko la pergi nasihat dia,ko kan IMAN,aku ni bukan IMAN."

Ingatlah,kesalahan para daie itu lebih membarah kesannya dari orang biasa.

Ayuh wahai jiwa perindu syahid,kita gegarkan bumi Jatinangor ini dengan ISLAM!!!


Nota 1: Article ini ditulis dan diolah dari penulisan ulama Ustaz Fathi Yakan.

Nota 2: Sesiapa yang ingin berusrah,sila sampaikan kepada ahli IMAN,insyAllah kami akan memudahkan caranya.

Nota 3: Selamat pulang ke Malaysia buat sahabat-sahabat Twinning 06 terutama buat Faris(Papa),Syahrul( Senyum menawan) ,Suhaijah( prototype Kak Ijah) dan Alia( no komen).

Nota 4: PKPMI ada membuat blog contest,jadi jom kita singgah dan baca blog-blog sahabat kita.

Nota 5: Kepada sesiapa yang ingin mengambil article dan menyesuaikan mengikut gerakan dakwah ditempat anda,saya mempersilakan.

Nota 6: Amad mengucapkan tahniah kerana dapat habis baca article panjang ini.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

27 comments:

muniri said...

sy skip2 perenggan bace artikel ni...
panjang sgt..kalah toratora..hehehe

Dr Amad said...

Muniri- Isu serius kot,sal tu panjang.Lagipun mgkin kurang org komen,isu yg berat dan perlu masa nak hadam

mysterious_musafir said...

salams, hmm, serius isunya, tp, saya rase, saya suka baca serius-serius ni, ehe, otak x betul kot? InsyaAllah, sama-samalah kita muhasabah diri...semoga mendapat manfaat dari artikel ini..
muniri, kena baca sampai habis muniri! Baru faham..hehe

Dr Amad said...

Mysterious- Wslm,ok je.Ada org suka yang serius,ada orang mahu yang santai-santai tetapi smpai mksd.

Muniri,suke mee segera sokmo..hehe

Farhan said...

salam amad,

benda ni selalu diingatkan naqib aku.dakwah dan tarbiyah adalah 2 subjek yang berbeza yg harus betul2 difahami.ada ahli jemaah yang sangka dia berdakwah, sedangkan dia hanya buat tarbiyah semata. dan ada ahli yang menyangka dia telah bertarbiyah, tp selama ini dia cuma berdakwah semata2.

kedua-duanya perlu dan harus diseimbangkan.jangan ada yang yg terlebih atau terkurang.analoginya seperti mencanai. kalau kurang rata belah kanan, kita canai lebih skit belah kanan.kalau kurang yang belah kiri, kita canai lebih belah kiri.

teringat aku akan pesanan ustaz fauzi asmuni bln lepas. katanya, kita buat dakwah bukan nak jadikan semua orang masuk usrah.yg penting kita bentuk masyarakat yang boleh menyokong dan paham Islam.bentuk masyarakat bkn dengan usrah atau kuliah semata2.byk caranya.buat klinik, bg biasiswa, buat tuisyen etc. tp kalau kita blh tarik dia jadi 'penggerak' dan join usrah, itulah yang terbaik!

ps: amad, kalo aku undi blog mung kat blog PKPMI tu blh ke? soh ke dok undi aku?

Dr Amad said...

Farhan- Teringat aku kata-kata Mursyidul Am IM, " Tarbiah itu bukan segala-galanya,tetapi segalanya tidak akan ada tanpa tarbiah"

Sememangnya,tarbiah dan dakwah itu dua subjek yang berbeza,tetapi keterkaitan antara dua ini amat penting dan wajib. Runtuh salah satu,buruk akibatnya.Contohnya banyak dari jamaah yang sudah-sudah.
Setuju sangat apa mung cakap tu.

Aku suka usrah itu kelihatan manusiawi dan tidak kelihatan rigid dan berbentuk teori semata.Sebabnya ramai orang menolak usrah atas alasan BOSAN! Itulah aku dulu..=)

Sal poll tu,dia open pada semua...dipersilakan undi siapa-siapa sahaja.=) Undi anda adalah rahsia..

Dr Hana said...

salam.
waa pnat type pnjg2 last2 hang. huu sabar2. type balik!

pjg sangat ke? rasanye ok lagi ni..hehe..
tahniah pada sy sbb bjaya bace smpi habis...:D

hmm, stiap badan dakwah tak kira kat mana pun kenalah selalu melalui pembaharuan...n pembaharuan itu harus bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu. Memperbaharui iman...

Jangan pernah kita merasa puas dengan diri sendiri, sebab bila kita dah rasa puas tu sebenarnya banyak lagi kekurangan kita yang kita tak nampak n tak sedar...

Chaiyok semua!

Dr Amad said...

Farhana- Salah satu kesalahan yang amat merbahaya,apabila sesuatu gerakan itu merasa selesa dengan apa yang mereka ada,dan bila ada usaha menegur,mereka membangkul sampahkan...

Jamaah dari manusia,juga tidak terlepas dari sikap manusia...LEMAH

sinar_islami said...

mmm wahdatul fikr dan wahdatul `amal~penting utk sama2 menjadi penggerak

kupasan yg cukup menarik dan kena ngan realiti...

:) apbila kita memperkatakan tentang matlamat tarbiyyah, tidak dapat tidak kita harus kembali kepada contoh yang unggul yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Jika kita sebagai pendokong-pendokong fikrah Islam, perlulah memahami dengan sejelas-jelasnya matlamat untuk menegakkan syiar. Sirah bukan hanya imbasan lampau yg menjdi lmbg kemeghn tapi sewajarnya menjdi pedomn dan cnth gerak kerja unggul.

kalaulah yg kita idamkn dunia harmoni dgn Islam..maka usaha pembentukan daulah dan syiar sendiri dihasilkan dari pembentukan ummah dan pembentukan individu.

Takwin Fardhi Muslim hanya dapat dijalankan dengan mewujudkan halaqah yng dididik dan dilatih. maka dari sini betullah bhw halaqah itu jantung tarbiyah,nucleus dalam mendidik hati dan kejiwaan serta charger utk megerakkn amal islami..

Setidak-tidaknya jika tidak mampu lagi menjalankn dakwah pada org lain, tegakkan dalam diri..dan pastinya ia akan terpncr dari lubuk hati..maka akan terksan juga mereka di sekeliling dgn peribadi acuan deenullah yang hakiki..secara tak sedar..itu la dkwh..dkwh itu unik dan seni..wallahu3alam..

ps:: Alhamdulillah berjaya hbskan..terpanjang pula komen :)..btw sentuhn yg baik utk menyedarkn kami2 yg terlena..

Dr Amad said...

"Halaqah jantung tarbiah" tepat sekali ungkapan ini. Jika jantung manusia tidak berfungsi,kuburlah jawapnya.Begitulah juga dalam pembentukan satu jamaah yang penuh Izzah.Tidak mampu untuk menolak peranan besar aspek itu.

duha said...

dakwah tu mmg wajib bg sume org..tak kire sape die, asal bergelar muslim..

teringat satu analogi yang diberi oleh akak naqibah kat matrik dulu..

"rasa pelik tak kalau kita berjumpa dengan seorang doktor dan dia sebuk bercakap pasal sains n kesihatan..pembedahan,pencegahan,ubat2 etc..? mesti tak pelik kan..sebab tu bidang die.."

erm..kami mengangguk..

"macam tu jugak kite..sebagai seorang muslim,jangan laa rase plek utk bercakap tentang islam..org skang ni..kalau dengan bdk "biase2" cakap pasal islam..die plek..die rase bdk yg btudung labuh,asal dr skola agame..tu je yang bole ckp psl islam..sedangkan KITA sume islam..pelikke bercakap tentang bidang yang SEPATUTNYE kite kuasai sejak awal??"

eh..sori..dah macam nk type blog baru plak..hahha..

tapi..ape2 pun..ni mmg satu peringatan yg baik..kadang2 kita ni slalu lupa tggungjawab n misi sbenar kita..moga2 Allah lindungi kita dr tergolong dlm golongan yg tersimpang..amiin~

p/s:maaf komennye cam excited sgt..saje nk share skit pengalaman..lalla~

nurira ~* said...

Salam ziarah.
satu kupasan yang sungguh menarik.

Dr Amad said...

Duha- Bagus atas masukan ye Duha.Dah besor skit la..=)

Dr Amad said...

Nurulfirdaus-Semoga dapat mengambil ibrah darinya...ahlan

duha said...

dr dulu kate dah besar sikit..dah besar sikit..sikit2, lame2 dah besar betul la..maksudnye anda telah mengakui saya skrg budak matang..terima kasih

Dr Amad said...

Duha-Matang?nah amik botol susu ni...pi tido dlm buai kat hujung sana tu...nyot..nyot..nyot

duha said...

banyak betul koleksi botol susu die..asek nk bagi ke duha je..kat umah pakai botol susu ke? ahhhah...

p/s:kak Aimi mane?? nak ngadu~ hehhe..

p/s2:kalau banyak lagi botol susu boleh suro biro ekonomi jual..lalla~

p/s3:lupe nk cakap,buku fathi yakan..maza yakni tu mmg bgus n wajar digunakan utk pemahaman basic2 dlm mengetahui 'saya sbg muslim' sbb merangkumi banyak aspek..diri sndr,KELUARGA dan masyarakat~ (termasuk jemaah)

Dr Amad said...

Duha- Kak aimi? tu duk dalam buai..haha.

Maza Yakni tu kan banyak dijadikan rujukan silibus usrah.So leh kata buku wajib,para naqib dan naqibah hadam( tidak hafal)

anasolehah_7 said...

Salam Dr Amad:

Tahniah. Kamu terpilih menjadi bahan sembelihan kerana telah mengumpat saya. Hihihi:P

Untuk menggerakkan dakwah salah satu sifat pada MUSLIM/DA'I yang perlu ada adalah PROAKTIF. Bukan diketuk baru bergerak. Mungkin agak kasar dari segi penulisan tetapi inilah hakikat sebenar. Untuk menjadi PROAKTIF kita harus mengenal pasti segala unsur-unsur baik dari dalam mahupun luar supaya menjadi da'i PEKA serta ILMU dan APLIKASI. PEKA terhadap perkembangan SISTE€M TARBIYYAH, PEKA terhadap MAD'U, PEKA terhadap sekelumit PERUBAHAN yang boleh mengancam.

Wallahulam

anasolehah_7 said...

Rasanya AIDS menyerang elemen KEYAKINAN diri sehingga lumpuhnya SISTEM PROAKTIF. Hypothesis sahaja, boleh diambil dan boleh ditolak:D

anasolehah_7 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
anasolehah_7 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...

Anasolehah- kadang-kadang penat jgk jadi tukul...penat nak ketuk paku. Syukran atas tambahan nilai article.

Saya rasa,AIDS sukar menyerang atlit lari dalam guni...hehehe

anasolehah_7 said...

Biasalah tukul TUA:P

Hehehe..amboi dia pam abes..jaga korang..memang wajar disembelih;P

Dr Amad said...

anasolehah- wat ayam golek pun sodap..hik3

Dr Hana said...

dr amad, leh tlg explain sket psl beza tarbiyah n dakwah?

rasa2 cm fhm sket2...tp if ade org explain lg faham kot...hehe.

syukran~

Dr Amad said...

Farhana- Okes,nanti sy explain deh.Lani mkn bubur dlu..hihi.

I can't go