"Anta tahu tak,antara lagu Kasih Kekasih dengan Akar dan Bumi,Amuk.Ana lebih refer dengar Amuk," melontar provokasi untuk teman berfikir.
Terkulat-kulat muka teman.
"Aik,biar betul syeikh.Takkan kot nta layan lagu rock banding lagu nasyid.Duk luar baju gamis,rupanya mat rock," dia meminta kepastian.
"Kenapa? tidak boleh ke?Kurang Islamic ke ana jika layan lagu rock kapak banding nasyid jiwang?," saya terus memancu untuk dia berfikir.
"Nta perlu selektif,syeikh. Jika nta letak nasyid jiwang dan rock kapak dalam satu pinggan yang berasingan,ana akan pilih rock kapak.Terasa diri ini tidak berpura-pura," saya cuba untuk menjelaskan.
"Berpura-pura?," dia masih bertanya.
Nasyid Zaman awal 90an
Saya umumnya dibesarkan dengan kumpulan-kumpulan nasyid yang jika disebut ramai yang tidak mengetahuinya. Keluarga saya juga adalah pengemar nasyid. Nada murni adalah salah satu kumpulan yang selalu mendapat tempat didalam kereta untuk didengar semasa pulang ke kampung. Ketepikan persoalan dari mana asal kumpulan ini,yang penting disini adalah nasyid mereka adalah nasyid perjuangan. Semangat berjuang itu berkobar-kobar selepas mendengarnya.
Disaat itu masih begitu kurang nasyid yang mengunakan alat musik moden.Yang ada hanyalah kompang dan dua tiga alat muzik yang minimum. Kualiti bunyinya tidaklah setanding sekarang.
Selepas Kerajaan mengharamkan gerakan Al-Arqam,ia memberi impak pada industri nasyid tanahair juga. Nada murni berkubur,lantas bangkit kumpulan baru dengan wajah dan penampilan yang baru.Nasyid yang begitu fenominal pada saat itu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga dunia.Siapa tidak kenal Raihan.
Rekod jualan album terbanyak adalah dari Raihan,bukan Siti Nurhaliza dan bukan juga Faizal Tahir,Felix jauh sekali.Anak-anak kecil begitu lunak dengan zikir-zikir dan lagu Raihan. Pasti atau Taska,gurunya mengunakan lagu nasyid Raihan sebagai salah satu alat bantuan belajar. Jika mahu diajar 99 nama Allah tanpa berlagu,sukar kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan ingat.
Pecahan dari kumpulan Nada Murni juga menghasilkan Rabbani dan Hijjaz.Hadir dengan lagu ketuhanan yang masih dikira dapat mengisi halwa telinga pendengar muzik alternatif.
Komersial Faktor Utama
Melihat cerah dan berjayanya bidang nasyid,banyaklah syarikat rakaman menawar diri untuk turut sama membantu memeriahkan bidang ini.
Hadir mereka bukan diatas kapasiti dakwah dan mendidik masyarakat. Hanya menjadi penanda aras berjaya atau tidak kumpulan itu adalah bilangan album dijual bukan Islam yang berjaya diperkenalkan.
Nasyid telah ditransformasi dari nasyid jihad dan perjuangan kepada nasyid bercorak cinta dan wanita. Umpan yang ditabur,cepat dan banyak dimakan oleh masyarakat. Kumpulan nasyid bercorak ini mendapat tempat menganti nasyid-nasyid yang lama. Jika dahulu si kopiah putih senang dengan lagu Sunnah Orang Berjuang,sekarang diganti dengan Kasih-Kekasih di Winampnya.
" Ini adalah untuk mendidik masyarakat dan remaja untuk memilih cinta yang sebenarnya," ulas seorang vokalis nasyid.
Adakah itu didikan yang Islam mahukan?
Masakan tidak,jika satu lagu dalam satu album ia masih boleh ditelan.Ini dalam satu album,dua tiga lagu jiwang.Album seterusnya, berbakul-bakul lagi. Matlamat sudah tersasar,dan perkataan yang layak hanyalah PENGKHIANATAN! Memakai sesuatu yang kabur dengan baju Islam.
Menjual "Allah" dengan nasyid
Nasyid adalah satu wadah,wasilah dan jalan untuk perkenalkan Islam pada target audience. Dalam bahasa yang senang,menjual Allah.Kita dengar,kita mahu membeli Allah selepas itu.
Tetapi satu soalan kritikal untuk kita jawap,adakah Allah terjual selepas mendengar nasyid itu? Jika jawapannya Ya,itu tandanya matlamat nasyid itu tercapai.Dan jika jawapannya TIDAK,ia adalah satu jenayah diatas nama Islam. Mendengar nasyid,yang jadi adalah si jejaka lebih terawang-awang dengan lirik yang mendayu memuji wanita.
"Allah" tidak terjual,"terbang" sahaja yang dapat.
Contoh mudah,kita boleh pasang lagu Shoutul Amal dengan In-Team pada mujahiddin Palestine.Agaknya,yang mana satu yang mahu mereka dengar? Selepas dengar Kasih-kekasih?
Nasyid Luar Malaysia
Selepas nasyid negara kita dimandulkan,banyak pengemar nasyid jihad beralih kepada kumpulan-kumpulan nasyid diluar negara.Ada yang bergerak solo dan berkumpulan.Tetapi mereka dilihat lebih konsisten untuk menjaga dan memperjuangkan nasyid sebenar.
Bagi pengemar nasyid English sebut sahaja Sami Yusuf,Zain Bhikha,Yusuf Islam,mereka adalah pelopor. Muhammmad al-Husayn pula salah seorang penasyid yang berbahasa arab,popular dengan lagu Maulai.
Di negara seberang juga tidak berkecuali. Dengan langkah maju ikhwah disini, melahirkan kumpulan-kumpulan nasyid yang tidak kurang kalah mutu lagunya. Izzatul Islam, Shoutul Harakah adalah sekelumit kumpulan yang mengisi hati saya sekarang. Lagu mereka adalah lagu jihad.Mendengarnya seakan mahu terus berjuang ke medan.
Walaupun nasyid Indonesia lambat perkembangan dari Malaysia,bahkan Malaysialah guru mereka,sekarang jauh meninggalkan kita. Saya masih ingat pertama kali masuk toko-toko buku disini.Dirak kaset,terpampang kaset Nada Murni,Raihan,Hijjaz dan Rabbani. Bangga dan kagum serta-merta berselirat ditubuh.Memang indah bicara soal semalam,sekarang ia bukan lagi milik Malaysia.Masakan tidak,lihatlah daurah-daurah di Malaysia,yang dipasang adalah nasyid Indonesia.
Kenapa tidak dipasang kasih-kekasih? Jawapan yang sudah jelas bukan.
Peluang Nasyid Malaysia
Suka saya sarankan untuk jamaah di Malaysia, tidak kiralah PAS,JIM,ABIM,HALUAN atau nama apa sekali pun,ambil peluang ini. Isi kembali bekas kosong yang telah ditinggalkan. Nasyid kita gersang dari Allah,kosong dari semangat jihad,jauh dari matlamat asal. Jika Pas pernah populer dengan Shoutul Amal satu ketika dahulu,kenapa tidak sekarang? Saya yakin kita tidak ketandusan karya-karya seni bermutu yang Islamic.Tambahan pula,Renggo dari kumpulan Arrow telah masuk Pas.Gunalah kelebihan bakat mereka.
Arrow dizamannya
Buat kumpulan nasyid di UNPAD,untuk persembahan seterusnya diharap biarlah memberi impak yang maksimal pada pendengar. Persembahan bukannya tiap-tiap malam,jadi ada peluang bernasyid,bagilah lagu yang menaikkan bulu roma pendengar.Tidak salah mendendangkan Shoutul Amal-Semarak Perjuangan.
Tidak salah kita kembali belajar dengan jiran seberang.
Teringat kata-kata Abu Saif semasa berkomentar berkenaan nasyid :
Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lemah gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan Saifulislam,alangkah pincangnya "Saif" ku yang menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife".
Saya tidak akan benarkan bakal "Saif" saya dilibas dek nasyid jiwang!
Akar dan Bumi,Amuk masih menjadi pilihan berbanding Kasih-Kekasih. I'am sorry
Nota 1: Tahniah dan syabas buat Ir Nizar diatas kemenangan di Bukit Gantang. Juga ingin mengucapkan tahniah buat DS Najib menjadi PM ke-6 Malaysia.
Nota 2: Alhamdulillah sekarang saya sudah sihat.
Nota 3: Saya ada dua lagu nasyid yang ingin dikongsi. Jangan ketawa tau,senyum je...
Nota 4: Hahahahaha
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
26 comments:
salam..
saya bersetuju 100%
selain Raihan,Rabbani dan Hijjaz,
penyanyi nasyid tanah air semuanya westlife bertopengkan Islam..
slps wat team nasyid mulalah lahir insan seperti faizal tahir..
p/s :
masih igt kaset pertama y dibeli dlm hidup ini..
Raihan-Puji-Pujian..
Raihan tetap dihati~
3rdmarch-Tu xkira bekas vokalis nasyid jadi akakz..geli tow.
Dulu time kecik2,kuar je album nasyid Raihan,trs suh abah pi beli...smgt nak dgr.
kalau pasang lagu kasih kekasih tym pgrm silap aribulan jadi kasus lain..kalau kat palestine 4 sure...tak bersemangt la mujahidin di medan perang..
panjg dh Dr kita terangkan..angguk2 la ana pun :)
Erm..betul juga sbb selalu sgt dihidangkn dgn pelbagai nasyid smpi kita pun dh habituate dan aggp biasa..tapi kesannya itulah..lahirnya jiwa yg mudah layu,lemah sblm sempat turun ke medan jihad..Harap benar Allah pelihara kita smua...
Ps::pape pun sokong industri muzik seberang dan barat.. Dai nada,Tashiru, Edcoustic, Zain Bikha, SOA, Outlandish,..oh byknya..itupun bijak la memilih dan doakn mereka trus istiqamah.. ^-~ tak pun nasyid je sendiri..
cuma berpendapat kene lebih global memikirkan hal ni
manusia bnyak kelompok
ilmu pun tak semestinya dapat oleh sesetengah orang
mungkin ada yang menolak terus nasyid, sebabnya meluat
mungkin yang menerima sikit2, sebabnya takde pembaharuan
mungkin yang mengkeji kalau ada perubahan yang dibuat, sebabnya junub dengan pemikiran sempit
apa2 pun, nasyed satu medium yang sangt2 bagus untuk berdakwah. melalui lagu mencantum jiwa
-xtahan klu ade org rosak nasyed!
erm..kasih kekasih? mmg x gemar langsung lagu tu. kadang2 konfius ni lagu nasyid kah??? uhuh.
malangnya rmi gadis2 yg 'cair' dgr lagu nasyid sebegini-_-'
farhana..
nsib baek anda konfius je..
xturut cair..
ehee~
Sinar- Kita belum penah try pasal lagu jiwang kat prog2...kene try sekali tgk effect ye...sedative or stimulan...hehe
Joegrimjow- Saya masih berpegang,didikan pada masyarakat itu perlu jelas dan bermatlamat. Nasyid adalah cabang dakwah,tetapi agaknya yang mereka dapat dakwahnya atau jiwangnya? Tranksisi cara menyampaikan,saya masih lunak utk menerimannya asalkan matlamat itu dicapai.Nak bergitar,nak ber"drum" silakan...
Farhana- Biar si gadis sana je yang cair...yg si gadis sini kuat2 seme...=)
3rdmarch- Amboi,pandai sakat org ek..ekekek
salam amad,
dek kerana 2-3 bijik epal busuk dari industri nasyid yang msk rancangan realiti, sedikit sebanyak dah buruk nama industri nasyid ni.aku harap ni semua jadi asbab utk orang-orang yang bergiat dalam industri ni buat perubahan.
byk benda dah gerakan Islam indonesia 'pintas' kita sekarang..dari usrah, gerak kerja harakakiyyah, produksi filem dan smp la ke nasyid..malu tak malu, mmg patut belajar dari mereka.
btw, kalo nasyid selain dari shoutul amal dan izzatul islam, aku suka dengan opick, ungu.tp nasyid dari barat/inggeris kurang skit..dok tau gok bakpe.
Farhan- Orang tua2 kata,Malu bertanya,sesat jalan.Malu belajar,bodoh.
Ungu tu sbrnya band rock,tetapi ada dengar jgk,telah di"halaqah"kan oleh ikhwah sini,smpai mampu berband nasyid pulak..bagus2. Jika nasyid barat pun,aku still memilih.Memilih group nasyid,memilih lagu nasyid.
nasyid mmg satu wadah yg baik utk berdakwah..sbb mmg takleh dinafikan melalui nasyid banyak bnda basic dalam islam yang dapat kita ketahui termasuk sejarah2 islam,tokoh2 islam, kepercayaan2 dalam islam etc..
mungkin tak ramai yang hafal nama2 malaikat kalau takde nasyid raihan tu..begitu jugak denganmacam tu jugak dengan maksud surah al-fatihah kalau bukan kerana nasyid 'senandung Al-Fatihah tu..
moga2 industri nasyid akan berkembang lebyh maju n lebyh jelas dlm misi n cita2 kewujudan nasyid tu iA..
p/s:video klip 'insan bername kekasih' ni bes la..nk download..jadikan pedoman hidup..:p haha..
Duha- Harap2 bila saya jalan2 kat youtube idak le jumpa vidoe yg duha duk kat dlm tu.Xda gmbr pakwe,rembat gmbr teman..sengkek punya kapel..ehehehe
Salam...
Im shivering... baca artikel ni :)
Abu Saif- Wslm...sebenarnya ana berbesar hati tentang cadangan penubuh semua kumpulan nasyid ni ustaz...try push ke dewan pemuda ustaz.Shoutul Harakah dah ada,kita bila lagi...
Syukran atas kunjungannya...Make sure "saif" tidak layu dek penangan nasyid jiwang.
smlm dh tinggalkan comment 2 kali dah tau~~~haihhh....xkluar2 kat cniee...dah malas nak tinggalkan opinion dah~~haha
ni keluar je...cuba komen balik. jangan merajuk2,org merajuk cepat lapar...hehehe. Mimpi choc cake...wahaha.Kapan mau bikin dong?
salam.. lm udah ana tak ziarh ke blog ni. bnyak sdh article2 y mnrk. anyway.. mabruk tu Dr Amad ats article y mnrk dan 'membuka mata' ini. Ana sememangnya seorng pmnt nsyd dan bleh dikatakan nasyidholic(betul ke istilah ni..huhu.) Berkenaan dngn nasyid jwng2 ni ana ni mmng la sbnrnya meminati nsyid2 jiwang sblm ni shnggakan dh sngt ssh sngt 'stop'kn mnt pd nasyid jiwang ni. hikhikhik.. (teruknya aku nih..).
Mmng xdinafikan ad y menyatakan melalui nasyid kontemporari sprt nasyid jwng ni la dpt mnrk lbh ramai meminati lg nasyid trutamanya remaja u minat nasyid..
Seorng shbt prnah mnls melalu blognya bhw nasyid2 cinta inilh die lbh mengenal cnta y Haq (aiceh, jiwng betoi shbtku)..
tp perlu diingt nasyid 'jiwang' ni, lirik y dihayati atau melodinya? Bg individu y menghayati liriknya tnpa 'lagha' dengan melodinya(mungkin ini y dmksdkn dngn shbt ana di atas) itu tidak mnjadi mslh (tetapi mungkin jrng sekali y begitu, manusia mdh alpa dan 'lagha', xgitu?). Lagu mndayu2 smpai fkrn mlyng ntah ke mana. lagha2..
satu lg nk tmbah, kdng2 munsyid tu xfhm ke mksud lagu y diorng nyanyi coz ad 1 group nasyid tu, kalau hayati lirik dh bgs msjnya tp bila tngk video clip diorng, len la plak mlh bleh ana katakn trpesong ngn msj y nk dsmpaikan. mg prkara cm gini leh dielakkan la. sblm ni ana ad trbc article brkenaan nasyid dlm blog akh hazamin inteam. Ni almt blognya u prkongsian dngn semua: http://iniamin.blogspot.com/2009/01/nasyid-antara-populariti-dan-prinsip.html
Buat pmnt2 nasyid di luar sna.. ana still believe that 'nasyid is dakwah' slh satu cbng dakwah. jd jngn jdkn nasyid sesuatu bnda y 'lagha' dr Allah. Semua y lalai dr Allah itu adlah Haram. So, cpt2 tngglkn kalau rs dh rs cm leka or terawang-awangn. Wallahua'lam..
p/s:Ana ni suka semua jns nasyid dan group Raihanlah mmng sntiasa di hati dr dulu smpai skrng. Nada murni ana suka lg Sunnah Orang Brjuang coz 2 la lg tema ana ngn shbt2 kt mtrik dulu. btoi2 syahdu dan brsemangat dngr 2. Last but not least, lme ana x komen dlm blog so pnjang le sket koman kali ni. (mutiara bila dtng idea mnls dh xingt blog orng len, hikhikhi).
bg y xtau maksud lagha=leka, lupa, alpa..
Mutiara solehah- Sukar nak cari orang lepas dengar nasyid jihad jadi lagha,tapi nak cari org yang angau lepas dengar nasyid jiwang...banyak
Kawan tu dapat kenal Allah ke,dapat kenal apa itu Angau?huhu.
Syukran atas komen yang bermutu dan bagus.Tak kisah pun panjang2,bahkan meraikan
salam.. xtau may b kwn ana tu btol2 mnghayati lg kot.. ad berita terbaru psl artis nasyid (dh lm dh kot berita ni). Dr Izwan, beks vokalis saujana msk OIAM.. aiceh,, frust daku. Kenapa la berhjrh songsang. Allah bg suara best2, kn molek jika guna u brdkwh.
Dulu ana minat sngt saujana tmbh2 lg suara dr izwam tu best. Sia2 je jd doktor. y ana tau munsyid y jd doktor 2 orng je izwan n sorang lg bks group saujana gk, Dr faizul.
moga die cpt2 insaf dn kmbali ke pngkal jln.. wallahua'alam
Mutiara solehah- Owh,doc tu...dah tengok youtube dia,meremang bulu tengkuk...geli khaleyyy.
Apa yg dia jadi sekarang adalah PRESENTING PROBLEM,sedangkan yang wajib dan perlu dia selesaikan REAL PROBLEM...
Ana bukan Doc Akakz....euwwww
salam..
"Apa yg dia jadi sekarang adalah PRESENTING PROBLEM,sedangkan yang wajib dan perlu dia selesaikan REAL PROBLEM..." dlm mksud ni.. ana ni mmng suka copy frasa2 y best dn pnh makna..
br je nk tnya sp munsyid y jd akakz tu. la Izwan ex-saujana ke.. 'Akakz' tu pondan ke? (huhuhu..kesian kt mutiara xfhm, xpe malu brtanya slh fhm)
Mutiara Solehah- Saya rasa ia adalah bekas vokalis saujana,selepas melihat mukanya. Dia pondan ke tidak,Wallahualam....Anti nilai sendiri dlm persembahan dia.Youtube ada..
doakan die kmbali ke pgkal jln..suare die time dlm saujana sounds much better~
Duha- Suara adalah bab sampingan dalam nasyid,content lagi saya pentingkan.Syeikh Ahmad Yasin itu suaranya sukar dikeluarkan,lumpuh... tetapi jika beliau gerahkan umat bangkit Jihad,ribuan pemuda-pemudi Palestine bingkas menuruti...Ada aura,ada "Allah"
Post a Comment