Friday 10 July 2009

Bantuan Yang Membinasakan

Gambar Hiasan

Pak Abu bangun awal , rutin harian dia seperti hari-hari yang lain. Dia bangun membersihkan diri, solat dan seterusnya menyiapkan barang-barang kerjanya. Dari periksa satu persatu jaring sampailah bekal makan. Di hadapannya adalah satu lautan yang luas. Lautan yang membakti selama ini untuk dia dan keluarga. Di sebelahnya ada satu perahu kecil yang dimamah usai dan kecil untuk membelah perut lautan. Pak Abu adalah nelayan perahu kecil.

Tambahan pula, sekarang adalah bulan Disember, musim tengkujuh. Tetapi untuk mengundurkan diri, menjadi pilihan terakhir lantaran ada 10 mulut yang menanti untuk disuapkan.

Laut menggila

Tangkapan belum pasti

Risiko tergadai nyawa

Kebajikan keluarga

Nasib Si Perahu Kecil

Saya sempat meluangkan masa bersama beberapa sahabat yang boleh dikira adik-adik ataupun junior.

“ Nak tanya sikit boleh tak ,” salah seorang sahabat mencelah untu bertanya.

“Tak boleh tanya! Ala, kamu ni macam tak kenal saya. Tiada lagi yang masuk hospital pasal tanya soalan ke saya. Silakan la,” saya menjawap dalam nada bergurau.

“ Macam ini Amad. Saya nak tanya ini, sebenar-benarnya ada ke tidak bida’ah hasanah ni. Saya belajar daripada ustaz kat sekolah,dia kata ada. Tapi saya masuk university ini, ada seorang kawan tegur kata bida’ah hasanah ini tiada dalam Islam. Aahhh peningnya,” tanya dia sambil melakonkan emoticon YM yang stress sambil menarik rambut itu.

“ Sebelum saya menjawap soalan itu, saya nak bertanya. Dulu awak pernah membaca Yasin malam Jumaat?,” saya bertanya.

“Ada.”

“Sekarang apa jadi pada bacaan Yasin tu?,” history taking yang perlu saya buat sebelum membuat diagnosis.

“Orang kata itu Nabi tak buat,bida’ah. So saya stop la baca yasin. Jika dulu malam jumaat saya baca Yasin sekarang tidak ada apa-apa aktiviti saya buat,” jujur dijawapnya.

Tepat sangkaan saya, daripada bertanya soal bida’ah dan diuji dengan bacaan Yasin. Masalah yang dia alami bukan adalah presenting problem dan bukan real problem, laksana tip of iceberg.

Kecil diatas, besar dibawah.

Bahaya buat kapal besar seperti Titanic, si perahu kecil apatah lagi.

Fenominal ini telah saya amati dan sedari. Bahkan tidak segan untuk saya akui, saya juga mengalami situasi yang sama seperti sahabat tadi. Saya adalah si perahu kecil,mahu membelah lautan luas. “Dibantu” oleh teman-teman yang ingin meringankan beban.

Pak Abu “Dibantu”


Gambar Hiasan

Melihat Pak Abu mengalami kesusahan untuk mencari sesuap nasi, Pak Samad telah menawarkan pertolongan. Diambilnya paku,tukul dan kayu. Tanpa berbasa-basi dan juga tidak bertanya kepada Pak Abu di mana rosaknya sampan, Pak Samad telah menampal dan mengetuk-ngetuk sampan itu. Akhirnya siap. Niat murni untuk menolong, akhirnya mengakibatkan sampan itu compang camping dan tertebuk sana dan sini.

Pak Kamal tidak berdiam diri melihat Pak Samad seorang berbakti. Dia juga mahu menabur bakti dengan menolong Pak Samad. Dia pergi ke kedai membeli pukat tarik,dan pergi ke rumah Pak Abu dengan mengantikan jala kecilnya Pak Abu dengan pukat tarik. Tidak dimaklumkan, bimbang ikhlas itu berkurang. Akhirnya, Pak Abu mengaru kepala,bagaimana mahu ditarik pukat besar ini dengan kudrat tulang empat kerat ini.

Mana mungkin sikap tolong menolong ini hanya dibuat oleh Pak Samad dan Pak Kamal. Jamal si pekedai runcit juga tidak mahu melepaskan peluang membuat “amal”. Mahu membantu Pak Abu,dia mati kutu bagaimana. Dibantunya keluarga Pak Abu dengan menghantar barang-barang keperluan yang banyak tidak terkira. Ditolak oleh Mek Milah,I steri Pak Abu pada awalnya lantaran ketiadaan wang, tetapi dipaksa juga untuk menerimanya. Jamal kata dia tidak kisah bila pun bayarnya, yang penting “ikhlas” dalam beramal.

“Bantuan” Yang Membinasakan

Cerita tiga watak itu, mungkin tiada dalam dalam kehidupan seharian kita. Tetapi tidak extreme untuk dibawa dan diceritakan sebagai analogi permasalahan sahabat tadi.

Sahabat saya adalah perahu kecil

Saya juga adalah perahu kecil

“ Akh, setakat saya belajar dari Ustaz-ustaz lepasan dalam Negara ataupun luar seperti Mesir dan Jordan dan juga tok-tok guru, ramai mengatakan bahawa Bida’ah hasanah itu ada. Tidak silap saya, ulama’ besar kita Imam Nawawi mengatakan ini ada. InsyAllah, saya akan check balik dengan yang alim bab ini, kamu pun cuba check balik dengan ustaz-ustaz. Tetapi nanti jangan terkejut, ada orang bahkan ustaz mengatakan sebaliknya. Tiada masalah, dan kamu peganglah yang mana lebih menyakinkan dan selesa,” jawap saya seorang si perahu kecil kepada teman seperlautan.

“Tentang bacaan Yasin itu, bacalah dan amalkan. Yang kawan kamu bagitahu itu pasal dia takut kamu mengatakan itu ada dalil dan spesifik untuk malam Jumaat sahaja. Tak buat, berdosa sebagai contoh. Itu yang dia ingin banteras,dan itu ada benarnya. Mendustakan kata-kata Nabi,” jelas saya lagi

“Aik, saya tak kata wajib pun. Cuma amalan saya sahaja tiap-tiap malam Jumaat. Saya tidak sandarkan pada mana-mana dalil khusus pun,” dia memberikan komentar.

“ Jika begitu, tiada salahlah kamu nak membaca Yasin. Cuma baru ini saya belajar, ada sebenarnya dalil dan hadis yang mengatakan ada surah spesifik dalam Al-Quran yang boleh kita amalkan baca, dan yang paling penting, Rasul kita anjurkan untuk malam Jumaat tu,”saya menambah.

“Owh ada ke…surah apa tu Amad?.”

“Surah Al-Kahfi dan ada beberapa surah lain juga. Nanti ana akan check balik deh. Kalau baca dapat “dua” pahala tau. Pahala baca Al-Quran satu, satu lagi pahala ikut sunnah Rasul yang anjurkan baca surah itu pada malam Jumaat,”saya membetulkan pemahaman.

Dia dan sahabat-sahabat lain mengganguk faham. Didalam hati saya berdoa,agar bantuan yang saya berikan meredakan gelora dijiwa bukan menambahkan runsingnya hati. Agar tidak terjadi bantuan yang dihulur menjadi tragedy beragama buat mereka.

Daripada elok membaca surah Yasin dimalam Jumaat menjadi membaca sarikata filem Korea.

Daripada elok bersalaman dan wirid selepas solat menjadi tempat gossip dan bertempuk tampar diatas sejadah.

Mahu membanteras “kebatilan” digantikan dengan kebatilan.

Nasihat Buat Si Perahu Kecil

Saya pernah alami dan pernah duduk dalam “kasut” anda. Awalnya gelora dihati hampir-hampir membinasakan. Saya cuba meningkatkan self-control dan menguruskan hal itu dengan sebaiknya. Tempat rujukan terbaik saya bila runsing itu menjelma adalah orang yang arif dan alim dalam bidang agama itu sendiri.

Ustaz-ustaz kita,

Ustazah-ustazah kita,

Tok-tok guru kita


Mereka telah mengikuti disiplin ilmu agama dengan sebaiknya. Jadi menjadi pilihan terbaik apabila kita mengalami penyakit, terus kepada Doctor dari meminta pandangan Harun si penjual ubat kaki lima.

Ada tapinya, semaklah penyakit itu dengan ramai “doctor”. Dapatkan pandangan dan maklumat sebanyak mungkin,ditakuti jika hanya satu doctor dan doctor nan satu yang tidak kisah siapa pesakitnya,yang penting fulus mahu didapatkan. Doctor itu tidak sedar bahawa kita ini adalah si perahu kecil.

Lautan tetap harus dibelah, khazanahnya perlu kita gali...Tetapi berhati-hatilah.

Rescue Team

Buat Pak Samad, Pak Kamal dan Jamal berpadalah dalam menolong. Dalam memberikan pertolongan pelajari sama apa itu jiwa da’ie otak faqih. Agar bantuan yang dihulurkan tidak membinasakan. Binasa dalam kerja seharian boleh lagi diubah dan tolak tambah, binasa dalam beragama antara jurang syurga dan neraka.

Ketahuilah bahawa jika ada insan yang menolak pandangan dan hujah anda bukan kerana apa yang anda bawa. Itu murni daripada Nabi,kita muslim dan ummatnya beriman dengan itu. Tetapi penolakan mereka adalah kerana keburukan akhlak dan pendekatan anda dalam membawa “kalimah” Rasulullah s.a.w.

Jangan jadi seperti penyakit yang pernah dinaqalkan Abu Saif

“Oleh kerana alasan idea saya adalah al-Quran, maka idea saya sahih sesahih al-Quran. Oleh kerana rujukan saya adalah hadith yang sahih, maka apa yang saya faham tentang hadith itu, juga merupakan idea yang sahih”

Hulurkan pelampung kepada Pak-pak Abu

Bukan melubangkan sampan Pak-pak Abu

Itu penyakit wahai dai’e

Nota 1: Ini bukan article fiqh, jadi tidak dilambakkan dalil.

Nota 2 : Baca secara perlahan-lahan. Saya menulis mengambil masa satu jam lebih, orang yang membaca perlu lebih dari itu.

Nota 3 : Akan ditambah kemudian.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

16 comments:

dr.radzi said...

sebelum membantu berfikir dahulu...
manusia tanpa fikiran ibarat haiwan...
daie yang baik amat bijak menggunakan otak...

jangan ditinggalkan bid'ah, diganti pula dengan kemurkaan tuhan.
"saya tak buat benda tu sebab nabi tak ajar" tapi apakah yang digantikan? tengok cite korea, tidur, gelak ketawa, bersembang2? itu hanya alasan orang yang malas mengenal nabi! konon bersumber quran dan hadith, quran ada kat rumah,hadith 'ape tu ntah??'
dengan alasan,orang umum tak boleh baca hadith. haih~~

Dr Amad said...

Dr Radzi- Gunalah otak dengan sebaiknya,bukan membantu semberono. Salah buat "head tilt" dan "chin lift" pada pesakit patah tengkuk buruk padahnya.

Jadi sebagai daie' ditunjuk sama apa itu kemurkaan Allah disamping kita tunjuk apa itu bidaah.

Carilah agama...agama Islam utk semua...yeee dak...=)

Max said...

Bawalah manusia kepada pengertian SUNNAH sebenarnya...

Jangan disekerat-keratkan...

Dr Amad said...

Max- Gimme five Mr Max

(bau budu wahai Mr Max)

Sampai masa generasi baru perlu rebranding pendekatan mereka

nhan said...

salam.. hoho..akhirnya ada jgk yg pk cmni..huhu... article yg membantu...

Dr Amad said...

nhan- ada,masakan tak ada...huhu.

Semoga bermanfaat

Anonymous said...

hope de tklim psl bida'ah hasanah..sye tunggu!!..sye suke article ni..nk2 psl bida'ah dpt elkkn umt dr wt mksiat..

"dpt kurgkn 1% mksiat pun cukup syukur.."
hehe...

Dr Amad said...

Anoy- Insyallah,satu cadangan yang menarik utk kami fikirkan.

Cumanya, panjang utk dibahas dalam taklim yang biasanya 2 jam. Tapi kita akan cuba sebaiknya.

3rdmarch said...

salam..

"hope de tklim psl bida'ah hasanah..sye tunggu!"

masa besday Rasulullah de bincang psal ni kan?

y aji jd MC 2..ke gane?

sinar_islami said...

artikel yang menarik..
kalau dibaca berulang kali pun tak jemu =)
menjadi nelayan sebentar..

erm..fikir+ilmu+tindakan bru lah benar..jangan main tembak dlm menyampaikan suruhan dan larangan agama. Tak gitu, kalau tersasar tembakan buruk padahnya, apatah lagi kata-kata. Main peranan yang cukup besar.

Dr Amad said...

3rdmarch- Sudah ada kita sentuh hari tu..tapi belum cukup kot jika hanya 2 jam.

Tetapi sebelum masuk ke perbincangan bidaa'h itu semua,kita perlu set minda untuk bersetuju untuk tidak bersetuju.

Ini kerana perbahasan dan perbincangan ini sudah lama bahkan berkurun-kurun. Dibahas oleh para ulama-ulama kita yang subhanallah ilmu yang cukup banyak dan soleh akhlaknya. Masih ada khilaf...

Jadi kita berpada-padalah...

Belajar dan terus belajar

Dr Amad said...

Sinar- Dalam memberikan khabar suruhan ada caranya, menyatakan larangan ada caranya.

Jadi article ini sedikit tidak menyentuh larangan dan suruhan (bahkan tidak berminat pun nak sentuh) tetapi membetulkan cara fikir kita.

Semoga bermanfaat

sinar_islami said...

baik..
sangat bermanfaat..
betulkan cara fikir =)

Dr Amad said...

Sinar- Sama-sama

3rdmarch said...

Betol3..

act nak kbo..
bole bg isi2 forum 2 ke dia ke..
x pon bg tunjuk vid forum 2 ke dia..

Mahu membanteras “kebatilan” digantikan dengan kebatilan.

ni y takot nak hulur pelampung ni..
takot silap wi pelampung bocor..

Dr Amad said...

3rdmarch- Pelampung tetap perlu dihulur, yang si penghulur itu perlu bijak, bukan sahaja aspek ilmu yang kita ingin kongsi, tetapi ilmu tentang manusia dihadapan kita itu