Wednesday 29 July 2009

Ulangtahun Pertama Amadanaksoleh



" Syeikh, nta asik suka jalan-jalan ke blog orang. Bila lagi nak menulis dan buat blognya," tanya Ustaz Hasrizal.

" Erm...sebenarnya ustaz ada dua sebab ana tak menulis dan buat blog. Pertama kerana ana ini tak pandai menulis dan kedua malu," jawap saya.

" Ala, itu senang je. Meh ana bagi tips. Jika tidak pandai,kita belajar bukan. Nta tulis dulu article yang pendek-pendek, dan sikit-sikit cuba improvekan penulisan tu. Tak malu, ana tiada nasihat. Cukup kot, dengan menjadi insan tiada "malu" untuk blog ini sahaja," jawap ustaz dengan ketawa.

Itu sudah lama saya fikirkan, cuma mencari masa yang sesuai untuk terjun kedalam dunia bloggers ini. Ia bukan sekadar isu menulis dan menulis, tetapi yang lebih penting tanggungjawap dengan apa yang kita tulis.

Suka duka itu banyak berkaitan blog amadanaksoleh ini. Ada insan yang meraikan dan menyokong bahkan jua ada juga mencemuh dan tidak berpuashati. Menerimanya sebagai asam garam kehidupan dan mengambil dan juga belajar untuk terus perbaiki dan mantapkan lagi penulisan.

Banyak sahabat yang terjun ke dunia blogger ini dengan pelbagai matlamat mahupun tujuan. Tetapi satu pesan saya, jika setiap helaan nafas kita didunia ini akan dihisab apatah lagi setiap patah kata yang dinaqalkan. Menulislah dengan penuh rasa tanggungjawap.

"Amad bagaimana nak bagi orang suka dan minat membaca article kita?," tanya seorang sahabat.

Tiada jampi mentera khusus untuk hal ini.Cuma satu tonik mujarab yang saya kira cukup berkesan yang dikongsi oleh Ustaz Hasrizal, masukkan nilai "manusia" didalam article. Sebagai contoh, untuk menyampaikan Islam kepada seseorang tidak perlu kita lambakkan berbakul ayat Al-Quran dan Hadis. Cukup hanya membetulkan cara pandang mereka terhadap agama dan bimbing mereka cara berinteraksi dengan Al-Quran dan hadis.

Blogger, banyakkan membaca. InsyAllah itu akan membaiki dan memantapkan cara penulisan kita. Membaca dan terus membaca.

Cukup Setahun




Alhamdulillah, itulah yang paling layak diucapkan oleh saya kepada Sang Pencipta lantaran nikmat yang tidak terkira banyaknya.

Dengan nikmat itu, akhirnya hari ini tanggal 30 Julai, genap setahun usia blog amadanaksoleh. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat keluarga, sahabat-sahabat dan insan yang sudi bertandang ke blog ini.

Jika ada sebarang penambahbaikan dan sumbangsaran, boleh sampaikan kepada saya. Juga tidak lupa juga saya ingin meminta maaf atas segala salah tutur kata dan terkasar bicara dalam menulis dan berinteraksi di blog amadanaksoleh ini.

Teringin hati untuk mendengar kembali celoteh-celoteh pengunjung-pengunjung awal semasa amadanaksoleh masih "bayi" yang sepi. Jika sesekali bertandang, tinggalkanlah jejak. Kalian merajuk ek, meh saya belanja makan kepok lekor!!!

Nota 1
: Ini article pertama sejak pulang ke kampung halaman Terengganu Darul Iman yang mottonya "Islam Hadhari, Terengganu Bestari". Saya dirumah!

Nota 2
: Ingat pulang, ada banyak masa. Alih-alih berhabuk juga sikit-skit blog ini. Maaf le kalau bertandang tiada article-article terbaru. Biasalah, sibuk dengan "anak-anak"

Nota 3
: Ini no tel saya di Malaysia 0199380242. Call or sms silakan nyatakan nama.

Nota 4 : Akhirnya selepas 2 tahun asyik tidak cukup je bilangan keluarga, tahun ini semuanya lengkap. Alhamdulillah

Nota 5 : Amad sayang semua. Ini article pertama saya... DISINI . Nak tersenyum pun ada =)

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

11 comments:

3rdmarch said...

Salam~

Happy Birthday Ini Amad Pesan~

Semoga terus maju ke hadapan~

dan blog ini diiringi redhaNYA..

miz said...
This comment has been removed by the author.
miz said...

Tahniah Umur/ kematangan yang smgkin meningkat(blog) tapi umur kita smgkin memendek yek...Seronok tgk mujahid2 muda spt Dr Amad bijak mengguna ladang (blog sbg wasilah ) utk tuian di akhirat kelak . Teruskan menulis dan berdakwah Dr Amad.

sinar_islami said...

Sanah helwah amadanaksoleh
moga usaha di medan penulisan ini menjadi saham di kampung akhirat sana..

Dr Amad said...

3rdmarch- Alhamdulillah...bila nak datang rumah ni jijol?

Dr Amad said...

Miz- Alhamdulillah cikgu...semua pujian saya balikkan kepada Allah.

Doa dan terus berdoa untuk saya.

p/s: Kalau suami pandai bake,lagi la isteri sayang...

Dr Amad said...

Sinar- Amin...

Farhan said...

salam amad,
tahniah atas ulangtahun ni.teruskan menulis :)

ikhlas saya katakan, kalo tgk tulisan awak skrg mmg bkn mcm org baru setahun jagung tulis blog..mcm betahun2 doh boh..

saya sendiri 3 tahun doh blogging..tp tulisan masih ditakuk lama.huhu

Dr Amad said...

Farhan- Wslm...

Terima kasih...Kuat eteh jek tow...kete jek byk2 telikok..hehe

Kene byk improve lagi. Kene banyak baca,iA boleh improve.Jangan duk ngada utusan,harakah,berita harian...bca sama bacaan2 yang lain

syuhadah said...

salam..
lma dh xziarah..
al maklum la da pulang ke kg halaman..hehe..
happy belated birthday untk blog..
tuliskan penulisan anda..
and gamba2 yg amat cantik.
tahniah! =)

Dr Amad said...

Miss susi- Better then never...huhu. terima kasih, sua bagi la input-input berguna jgk utk blog ini deh...