Sunday 11 October 2009

Perut Kenyang, Hati Senang, Akhirat Celaka

Gambar Hiasan

Hari mengundi adalah hari dimana rakyat menjadi raja. Pada saat itu calon-calon akan merendahkan diri dimata rakyat dalam merebut apa yang dinamakan sebagai UNDI. Ia juga sinonim digelar pesta demokrasi.

Rakyat baik mewakili satu undi

Rakyat yang rosak mewakili satu undi

Orang tua mewakili satu undi

Orang muda mewakili satu undi

Setiap insan berhak menentukan siapa yang patut mereka naikkan sebagai pemimpin mereka selama satu penggal. Satu orang satu undi. Ini seterusnya dapat memberikan impak pro dan kontra bagi kedua-dua belah pihak.

Mungkin jadi ramai rakyat adalah orang yang bijak dan berintegriti, jadi calon yang rosak dan tiada integriti akan tersungkur ditangan mereka.

Tetapi tidak harus kita lupakan juga rakyat yang rosak kaki maksiat juga berhak memilih. Jika mereka majoriti, calon yang baik harus menerima hakikat bahawa batang tubuh bahkan idea mereka tidak diperlukan disana.

“Ketika para pemimpin kamu adalah orang-orang baik di antara kamu, dan orang kaya kamu adalah orang-orang dermawan di antara kamu dan urusan kamu diselesaikan secara musyawarah, maka berada di muka bumi lebih baik bagi kamu daripada di liang kubur. Tetapi bila pemimpin-pemimpin kamu orang yang jahat di antara kamu dan orang-orang kaya kamu adalah orang-orang yang bersifat kikir di kalangan kamu dan persoalan kamu tergantung penyelesaiannya kepada kaum perempuan kamu. Maka liang kubur lebih baik bagi kamu daripada tinggal di permukaan bumi.” (HR Tarmidzi).

Pemimpin yang buruk dan zalim berpunca dari rakyat yang rosak akhlaknya, buruk budi pekertinya, tiada integriti dan prinsip.

Semuanya akan dijadikan kayu bakar api neraka dari pemimpin yang zalim hinggalah kepada rakyat yang rosak. Insan yang saling bergantung harap dalam meneruskan agenda jahiliah mereka.

Materalistik, Individualistik

Saya ada melihat video yang dirakam oleh Malaysiakini sempena piliharaya kecil Bagan Pinang. Saya cukup terkejut tidak terkata mendengar seorang pakcik bertaraf HAJI memberi komen. Tentang parti mana ia pilih adalah satu hal yang berbeza yang saya kira cukuplah blog-blog lain sudah menyentuh tentang isu itu.

Ia pesta demokrasi, terserah kepada individu itu sendiri untuk memilih siapakan calon pilihan hati. Saya bersedia bersetuju untuk tidak bersetuju. Sudah namanya manusia, ada keinginan dan pilihan sendiri. Itu satu bab, tetapi apabila pakcik itu berkata



"Rasuah itu dia punya pasal..saya tahu PERUT saya kenyang, anak cucu cicitku SENANG, kereta ku SENANG pakai,"
Haji Mokhtar Sulong Kaya, seorang pengundi Bagan Pinang yang anda semua lihat diakhir video.

Ia menyentap lamunan saya melihat video itu. Adakah ini yang sepatutnya terucap dari mulut seorang muslim berstatus HAJI? Ia bukan lagi melibatkan parti itu dan ini, ia telah melibatkan agama kita, Islam. Ia bukan lagi perhitungan pribadi melainkan saya ingin mengajak para pembaca semua kembali muhasabah tentang apa khabar IMAN kita berdasarkan apa yang terucap dibibir kita.

Adakah hidup kita didunia ini sekarang memikirkan perut kenyang, senang, kenderaan, anak isteri kita sendiri. Demi nama Allah, ia adalah satu perkara mungkar yang Allah benci.

Kepada pejuang agama, kalian mempunyai tugas berat dizaman ini. Dengan segala penyakit ummat terdahulu, ia datang secara pakej dan keseluruhan berjangkit kepada umat akhir zaman ini.

Nabi Nuh dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Luth dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Isa dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Nabi Musa dan ummatnya, kita punyai penyakit itu.

Suka saya cuba membaca contoh yang sama kepada ucapan pakcik itu dengan mengantikannya dengan satu yang setaraf dengan RASUAH, untuk kita sama-sama nilai.

" Rogol itu dia punya pasal, yang penting anak isteri saya tidak dirogol oleh dia. Dia nak rogol orang lain, dia punya pasal, ia bukan urusan saya."

" Haji pun cakap macam itu juga Amad, peliklah," kata seorang teman.

" Jepun pun lagi ramai haji...haji yang tu lagi buat kita darah tinggi," saya menjawap.

" Haji jepun? biar betul. Ada ke haji jepun? selama ini haji kat Mekah la," kata beliau.

" Hajinomoto...sekali makan, benak tak sudah," ketawa kami pecah.

Rasuah itu mungkar, begitu juga juga rogol dan segala macam lagi masalah ummah sekarang. Adakah selayakknya bagi kita hanya memikirkan diri sendiri sahaja dengan membiarkan saudara kita dan ummat Islam khususnya terus dihina?

Itu hanyalah presenting problem ummat, penyakit yang lebih parah real problem adalah KETIDAKPEDULISME

" Tidak beriman sesorang diantara kamu sehingga ia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti ia mencintai miliknya sendiri" ( HR. Bukhari dan Muslim)

Sungguh saya berlepas diri dari insan seperti itu. Hadir saya menegur kerana KASIH SAYANG bukan KEBENCIAN.

Ummah ini semakin parah penyakitnya

Kembalilah kepada Allah!

Dinegara bukan Islam,dan dinegara Islam...(saya suka gambar ini)

Nota 1 : Tahniah kepada Tan Sri Isa Samad atas kemenangan di Bagan Pinang.

Nota 2 : SIBUK itu semakin menghantui saya selepas masuk tahun ke-4. KKN yang entah ceruk mana kampung. Tetap bersemangat ya teman-teman!

Nota 3 : Kemenangan ikon rasuah menandakan umat sekarang mengalami krisis nilai. Diharap selepas ini tiada lagi insan memandang enteng usaha dakwah berbanding usaha siasah. Kedua-duanya perlu hebat. ( Menyampaikan maksud dari Abu Saif dan saya amat bersetuju!)

Nota 4 : Adakah panas baran saya kembali? saya perlukan nasihat.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

5 comments:

cOkodok said...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”

[Riwayat Ibn Abi Dunya]


=)

Dr Amad said...

Cekodok- Terima Kasih

sinar_islami said...

=) manusia nmpk yg dkt je sllunya..kenikmatan sementara..yg jauh tu terlupa gamaknya...balasan Allah..Maha dasyat

Baru-baru ni dah ade org suh daftar ngundi..guane ye..?? lupa pula dah tua..

Panas baran kembali? sllu sllu la berwuduk dan dekati kalam illahi..

Dr Amad said...

Sinar- Seperti Katak Rebus...=)

Buget la dulu, jika rasa lambat lagi balik, better tak payah daftar dlu sebab banyak jadi,ada org menggunakan KP kita pi mengundi... Phantom Voters.

Terima kasih atas nasihat

sinar_islami said...

katak rebus? =) ada analogi gitu ya...

beriita pham...syukran..

jgn marah2..lan taghdob..nanti cepat tua