Tuesday 5 January 2010

Gambar Bercerita


Pulang baru-baru ini membawa diri ke negeri Kelantan. Pada pagi itu selepas solat subuh, diajak oleh ibu abah untuk Pasar Siti Khadijah. Target utama saya ialah untuk merasa semua kueh tradisional Kelate. Jadi jumpalah dengan jala mas, bunga tanjung dan tahi itik. Sempat "bergaduh" dengan ibu tentang nama kueh. Yang menarik saya salah, dan dia pun salah... Muahahaha...yang betulnya Abah. Melihat kebanyakan penjual di pasar ialah wanita dengan gelang emas sampai ke lengan. Orang Kelate sememangnya berjiwa usahawan sejati dengan majoriti kedai di Bandar Kota Bharu bernama Ismail, Osman, Mek Siti, Wan Selamah... Tempat lain bagaimana? Kesimpulannya, mahu lihat peniaga melayu yang betul berjaya tanpa sebarang bantuan bawah karpet, lihatlah rakyat kelate.

"Nak tengok orang jurus, kelate la...Nak tengok orang gedebe kelate jugak juaranya," kata ibu

Ini pun saya tembak semasa "lawatan sambil makan" ke Pasar Siti Khadijah. Segala senjata ada, melainkan senjata api dan juga enjin jet pejuang tidak jual disini.

Keluar hantar adik pulang ke tempat pengajian, satu keluarga pusing-pusing satu Bandar Raya Pesisir Air (Buasir). Ada terserempak dengan produk pembangunan yang tidak pernah dilihat diantaranya kumpulan mat dan minah punk. Mata hitam, rambut berwarna traffik light dan gadisnya berseluar pukat.

" Anak buluh betung ke budak-budak ni...mak bapak tak bimbang ke deme ni keluar malam-malam"

Selepas itu pergi ke Pantai Batu Buruk melihat suasana disana. Agak mendamaikan dengan hanya ada mat-mat kereta buat 'free show' kereta mereka. Menarik dan stylo (maaf DBP).

Selepas subuh, saya nekad melaksanakan misi untuk makan Nasi Dagang Mak Ngah yang popular itu dan menembak isra . SMS saya ke Awang tidak berbalas. Baru nak belanja makan. Jadi saya "terpaksa" makan seorang diri.

"Best juga ada teman makan pepagi ini," hatiku berbisik...hehehe. XOXO

Mahu menembak isra tetapi awan tebal dikaki langit, jadi terjadilah kejadian kejar mengejar dengan matahari untuk mendapatkan tembakan yang menarik. Tempat kejadian adalah di Pantai Rusila.

Ini adalah di Pulau Kekabu. Dahulu inilah tempat permainan saya ada sepupu. Meriah. Sekarang diatas dasar pembangunan yang tidak pernah dilihat itu, mereka dipindahkan ke satu penempatan yang lain. Tetapi tempat ini masih dijadikan tempat "menambat" kapal-kapal nelayan. Suasana kampung nelayan habislah kalau disini. Menarik! Budak kecik itu ialah Amad Kecik. Diajak keluar menembak sama. Dia baru menjadi 'lelaki' cuti sekolah baru ini.

Ilmu tanpa amal seperti beli DSLR tapi tidak guna untuk menembak. Itu peribahasa baru saya. Selepas menadah kitab dengan Hafiz, tentang cara membuat BINTANG dan light ray, keluar solat Isyak digalas sama dengan trepok dan senjata.

" Amboi, ni nak keluar solat ke nak kemana ? Dengan stand-stand segala," ibu menegur.

"Hehehe...insyAllah tak pergi nikah ye"

Tengok gambar mesti teringat ke kuaci. Ini ditembak selepas mandi air terjun di Tasik Kenyir. Hujan lebat pada awalnya, membangkitkan pacat-pacat yang didalam lena untuk bangun. Usai mandi, kami bersiap juadah makan malam. Ayam dan sotong bakar!. Tetapi dukacita, kuaci kami telah di"paw" oleh mamat pemandu bot. Ciskes sungguh!. Ikutkan hati, tobat tidakku bagi ayam bakar tetapi ada sahabat yang baik hati...

"Kesian ke brader tu...bagi jela," kata Farid dengan penuh hiba.

"Betul jugak, kang mati brader tu. Siapa yang nak bawa bot ni balik"

Nostalgia...hehehe.

Nota 1 : Buanglah kotoran hitam dijiwa mu seperti kita membuang kotoran di lens camera -Dr Amad-

Nota 2 : Entah kenap sekarang seronok dengar lagu BarakahAllahuLakuma dan For The Rest of My Life... nakal,nakal...hehehe.

Nota 3 : Permai semakin dekat. Tidak sabar..

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.




16 comments:

ummujannah said...

salam,
pasar siti khadijah!
rinduuu kelate,espc the food..

ermm..tulaa aritu kata ke kak psl lagu Barakallahulakum..tapi takpe kak mmg minat dah..Amin

Abu Aiman said...

salam,
waa semakin mantap hasil tembakan nampak! baguh baguh..

sinar_islami said...

Terasa 'hidup' melihat gambar2 ni..
nice shot akh...
erm..menyebabkan kerinduaan makin bertambah..

p/s: Akok panas tak de ke?

Dr Amad said...

Kak Tasha-Ore kelate meme...part makanan meme sedak sengoti. Banyok bendo lak tu...aritu siap make gulai itik sekati pepagi hari...ganah sek-sek kelate make.

sayo dengor lagu ni takpo...sayo ore soba...kak dok leh..jadi lagu lain..ekekeke

Dr Amad said...

Abu Aiman- Mai jugak abg tinggal jejak sini...nampak gaya lepas dia dapat rejeki baru, hepi jah...dgr2 ye dua lagi tu...mabruk2.

Turun ganu,helo2 sy deh..kita gie menembak kat tempat rahsia

Dr Amad said...

Sinar-Merakam ciptaan Allah, mesti ada "roh" didalamnya dan membuatkan ia hidup. Suasana kg, mendamaikan kita kerana disitu kita asal.

Jangan duk rindu saje, beli tiket...balik..ekeke

p/s: Akok? ape kelas..hehe.kite mkn itik sekati panas..sedap!

ummujannah said...

sungguh kalu kelik msia gak,meme ma, abah gi cari itik..sedak makanan2 kelate..rinduu nasi kerabu, nasik dage..kak letak promote link awak kat entri baru:)

ermm..batpo plok kak jadi lagu lain?kak pun sabar jah..kikiki..tapi best sungguh lagu2 tuh..siap wi ke adik kak suh dgr.

Dr Amad said...

Kak Tasha- Kekgi nok ziarah umah kak, kak prepare itik sekati deh..=)

Nampok gayonyo, adik kak dlu la hok make nasi minyak tow...

Abu Aiman said...

Berahi sungguh dr amad dgn itek yer. Gulai itik mmg sedap, di'introduce' oleh pak mertua(ore kelate)dulu, ingat sampai ke la ni. Nasi dagang lak takleh lawan mak mertua (oghang tganu) buat. Menatu pulak kaki makan... pantang tolak.. kehkeh..

Dr Amad said...

Abu Aiman-Sebenarnya berahi tu dok sengaja pun...Boh ambe yang start dlu duk makan gulai itik pepagi...pelik sggh, dah la tak bagus utk kesihatan..ehehe. Tapi bila makan skit, duk berlumba dgn abah pulak perabih itik..=)

Nasi dagang ganu dgn kelate bezo sikit abe weh...hok beloh sana, gelap skit...ganu comey putih jah..wahaha.

Makan makan jgk, perut kasi mantain abe deh!

mutiara solehah said...

alam dr amad, gmbr ke 3 tu gmbr gapo? x dpt nakap la? ngeh2,,

Dr Amad said...

Mutiara-Tu gambar kulit pokok rhu...hehe

Balqis Riza said...

salam..
last pergi pasar siti khadijah masa darjah 5..duk jalan dlm tu selama 3jam sbb mak sebok shopping tudung..
lepas tu tamau pegi dah...pening kepala ramai sgt org..hihi

anyway, gmbar last tu cantik..=)
dalam koleksi gmba2 anda, ada gamba pelangi tak?
kalau ade, n lawa, nak..hehe XD

Dr Amad said...

Balqis-Aik, sepatutnya ppn ni kalau jumpa pasar, naik hantu deme ni...pelik pulak tak suka pi pasar..bertuahlah sape yang nikah dgn balqis..jimat duit..ekeke.

Pelangi so far xda peluang lg nak shot,kalau jumpa pun, kat tangan takda senjata sulit tu...

Balqis Riza said...

eh tak..time tu darjah 5..nafsu shopping belum berkembang dalam diri..
and, balqis tak suka shopping kat pasar kecuali Pasar Baru..shopping kat mall je..haaa..so skg Amad rasa bertuah tak siapa yang nikah dgn Balqis? haha

tapi Balqis suka shopping dgn duit sendiri..in a way bertuah jugak la siapa yang nikah dgn Balqis..i ni considerate punya orang..haha..*sempat UP diri sendiri*

ok..kalau ada, and lawa, bagi la eyh..suka kumpul gambar pelangi..=)

Dr Amad said...

Balqis-salah peribahasalah ni...sepatutnya, Mana tidak tumpah kuah kalau idak ke lantai..hehe.

Duit sendiri? cm menarik tu..leh pasang papan iklan kat blog tu..ekeke.

Okeh, try cari pelangi,jumpa nak tembak