Saturday 17 April 2010

Sifu Cinta Dan Bidadari Cemburu

Tajuknya sudah seakan dekat dengan satu judul novel islami yang 'berhantu' yang ditulis oleh seorang penulis terkenal Indonesia, Kang Abik, Ayat-Ayat Cinta. Betapa besar impaknya, novel bahkan sudah diterjemahkan kedalam filem, ramai 'muslimat' di Facebook atau laman sosial yang lain meletakkan gambar berpurdah Aisha. Saya hanya mampu tersenyum melihat trend ini.

Saya sebenarnya tidak mahu berkongsi tentang novel ini tetapi seorang insan yang besar jua. Pengalaman bersama beliau.

Jika ditanya siapa yang saya suka bertemu dan meluangkan masa? Saya suka bertemu dan berkongsi cerita dengan insan-insan besar dan banyak pengalaman. Agak kurang berminat sebenarnya berurusan dengan orang-orang besar seperti penjabat negara.

Jika ustaz cinta di Malaysia, mungkin pembaca sudah sediamaklum siapa beliau. Menjadi PA kepada Abu Saif memberi 1001 kepuasan. Saya suka mendengar cerita pengalaman beliau yang tidak pernah bahkan mungkin tidakkan ditulis diblog beliau. Pengalaman pahit manis yang hebat, melahirkan insan yang hebat. Tapi kali ini bukan tentang Abu Saif, tapi sifu cinta yang berasal dari Indonesia.

Buku pertama Abu Saif yang majoriti telah dibaca diblog...

Buku kedua cinta cintun ustaz cinta yang dimikili dan juga telah dikhatamkan banyak diblog

Buku terbaru Abu Saif yang belum ada ditangan tetapi sudah dibelikan oleh Mek Long yang pergi honeymoon di Awang Long( suami dia) di jualan buku di PWTC kelmarin

Hah...bersama Sifu Cinta walaupun jika bersembang tidak banyak menyentuh bab cinta. "Asyik tengok ustaz je duk sain buku, kapankah giliran ku?" ekekeke

Kisah Sifu Cinta Tanah Seberang

Petang itu, ada sekumpulan pelajar lelaki berkumpul dan didepanya ada seorang ustaz tengah menyampaikan taalim.

Tiba-tiba...

Kringgg...kringgg...

Telefon ustaz itu dimasuki panggilan.

"Assalamuaikum.Owh sayang....," itulah ungkapan yang terpancul dimulut ustaz apabila mendapat panggilan dari isteri tersayang. Dihadapan hadirin, tanpa segan menunjukkan rasa sayang. Kasih sayang yang diredhai Allah.

Itulah cerita yang pernah saya dengar tentang beliau. Pada masa itu, saya berazam agar satu hari nanti perlu berjumpa, beramah mesra, bertukar cerita dengan beliau, berkongsi pengalaman. Orang hebat.

Dan kelmarin dulu, hasrat dan azam itu diperkenankan oleh Rabbi. Akhirnya, dapat bertemu dengan penulis merangkap ikon penulis muda Indonesia iaitu Salim A Fillah. Salam disambut hangat, tangan bersalam erat, peluk disambut erat. Itulah kuasa ukhuwah Islamiah. Tidak pernah kenal, tidak pernah bersua, tetapi merasakan kebersamaan itu cukup hangat.

"Assalamuaikum ustaz, bagaimana perjalanan tadi? bagus?," saya membuka bicara. Ice-breaking.

" Waalaikumusalam. Alhamdulillah, ok semuanya. Yang saya bercakap ini siapa nama?," Akh Salim bertanya.

"Saya nama Ahmad Fahmi...Boleh panggil Ahmad," saya memperkenalkan diri.

" Owh, Ahmad...erm, macam pernah dengar. Anta ada blog?," tanya Ustaz.

Saya sudah kepelikkan. Penulis hebat yang rekod jualan bukunya ada yang melebihi 60 ribu naskah, pernah dengar nama Ahmad dan bertanyakan blog kepada saya.

"Erm...ana ada blog ustaz. Blog biasa-biasa saja. Menulis pun masih jauh nak dibandingkan ustaz. Blog ana itu http://amadanaksoleh.blogspot.com/. Hurm...kenapa ustaz bertanya tentang blog?," saya cuba meleraikan kepelikkan.

"Laa...ana pernah dua tiga kali masuk ke blog itu. Rupanya anta penulisnya," Akh Salim memberitahu.

Glupp

Saya pada masa itu sebenarnya merasa terkejut dan terharu. Penulis besar seperti beliau pernah singgah ke sini. Dengan jualan buku puluha ribu naskah, dan buku pertama beliau semasa berumur 19 tahun cukup menguja dan menginsafkan. Insafi diri yang sudah berumur 23 tahun sebiji buku pun belum dikeluarkan. Mahu pula jualan puluhan ribu. Saya tersenyum sendiri.

Ini buku pertama beliau diumur 19 tahun dan masih belum nikah pada saat itu...erkk! =p

Buku yang muslimat wajib baca, tetapi jika lelaki mahu baca harus ditempat tersorok. Jatuh saham lorh...hihihi

Tebal buku ini...belum dibaca.

Kurang lebih setahun lepas saya ada buat bedah buku untuk ini. Menarik untuk dibaca oleh semua orang. (Disini)

Habis tutorial, terus berkejar untuk bertemu Sifu Cinta Tanah Sebenar....Salim A Fillah.

Dan selepas itu sembang kami panjang, berhenti sebentar dekat maghrib dan selesai program dengan muslimat, saya dengan beliau berkongsi nostalgia lagi.

Aneh. Penulis buku yang banyak bergendre cinta, apabila berbual-bual dengan saya tidak banyak menyentuh bab itu. Berkisar isu Indonesia Malaysia, masalah ummat, pengalaman, fikrah-fikrah dunia. Kerana itu mungkin lebih dekat dengan jiwa dan lebih banyak maklumat tentang itu.

Setiap pertemuan ada akhirnya.

"Nampak gaya, ustaz pun perlu rehat, pejalanan besok panjang. Afwan ustaz, jika ada kekurangan dalam berurusan dengan ustaz," saya meminta diri. Faham dengan keadaan ustaz.

" Tiada masalah Ahmad, hingga bertemu lagi,"ustaz menjawap.

Kami bersalaman dan berpelukkan. Sempat saya berpesan.

"Jika kita tidak bertemu didunia, ayuh kita janjian di syurga."

Tidak sukar untuk mendapat ibrah dari pertemuan ini, ia menanam satu azam dalam diri.

"Wahai sayangku, daku ingin menjadikanmu wanita mulia agar bidadari cemburu padamu"

Nota 1 : Mungkin tajuk buku pertama saya "Dengup Cinta Di Mesin ECG"...hahaha. Geli-geli.

Nota 2 : 4 kilo...go Amad go!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

MadamIchah said...

Salam.

Teruskan berdakwah dalam penulisan. Sedikit lama jadi bukit. InsyAllah di kemudian hari boleh hasilkan buku karya amadanaksoleh.

Jazakallah.

syuhadah said...

assalamualaikum....

alhamdulillah..akhirnya Allah pertemukan ustaz salim ngn akhwat kat Unpad..penyampaian ust mlm tu memng best ah..tapi sekejap la..
penceritaan ust tentng perjuangn para sahabiah dan pandgn ust dlm menghadapi kehidupn yg penuh cabaran..ade suatu ayat yg selalu kter luahkan..`ya Allah,besarnya masalah aku`..dan mlm tu ust mengungkapkan..`ya masalah,besarnya Allah...`how nice..hehe..

p/s=lelaki yg baik untk perempuan yg baik..jadilah yg terbaik untk mendapat yg terbaik..jadilah sekuat hajar,setabah asiah,setenang khadijah..agar bidadari mencemburuimu..hehe..insyaAllah..

p/s 2=mungkin next time bole panggil ust lagi..terbuka untk smua..insyaAllah..=)

Unknown said...

Assalaamu'alaikum..
Amad yang shalih, jazakaLlaahu khairan atas silaturrahim kita kemarin. Semoga pertemuan dan ukhuwah kita menjadi investasi bagi kebangkitan ummat di kelak kemudian hari, setidaknya memanjangkan umur yang manfaat dan meluaskan rizqi yang barakah..
Salam hangat untuk rekan-rekan Malaysia; baik yang di Indonesia maupun di tempat asal:)

mutiara solehah said...

Salam,

Ingtkn nk cerita psl Ustaz Cahyadi Takariawan penulis di "Jalan Dakwah Aku Menikah" .

Buku "Agar Bidadari Cemburu Padamu" sdh lme disuruh o seorng teman u mmbcbya. Kena baca neh..

Unknown said...

Abu Saif = Ustaz Cinta
Salim A Fillah = Sifu Cinta (Tanah Seberang)
Dr Amad = Doktor / Tabib Cinta???

Hehe...

Dr Amad said...

Shahzu- Terima kasih atas dorongan dan doanya... Memang sekarang sudah berazam perlu juga akhir nanti punyai buku sendiri..

Laskar pelangi harus berani bermimpi, dan kental mengejar mimpi!

Dr Amad said...

Sue- Kome dapat jumpa umum macam itu, saya lebih suka bernostalgia dengan berurusan berdua sahaja. Dan sudah semestinya ada 'tips-tips rahsia' meramai bidadari yang dikongsi...ahaks!

Program itu masih proses yang penting, tapi yang lebih penting antum perlu evalute sebesar mana impak program itu kepada islah manusia.

Apa-apa pun, tahniah!

Dr Amad said...

Akh Salim- Begitulah ana, bertemu dengan insan-insan hebat seperti ustaz cukup membuat hati berbunga-bunga.

Apa-apa pun,ana, ustaz dan kita harus tetap melangkah dalam meraih syurga Ilahi...Amin

Salam hangat dan sayang dari ana buat ustaz, keluarga dan semua ikhwah!

Dr Amad said...

Mutiara- Hah...Pak Cak insyAllah dalam planning antara insan yang perlu jumpa.

Anis Matta

Ustaz Hilmi

Pak Cak

*Wink*

Dr Amad said...

LittleCaliph- Owh, Doktor Cinta...erkk

Air...air...terlekat! =P

dr muthiah said...

oh itu ke pnulisnya.
buku2nya mantap, masha allah, muda lg... huhu

Dr Amad said...

Dr Muthiah- Lani kebangkitan generasi muda...=)