Saturday, 22 May 2010

Dunia Bukan Untuk Si Miskin

Tang...!!!

Pintu pagar rumah ditutup, dan saya berlari anak sambil menutup kepala dengan tangan. Pada saat itu hujan lebat turun membasahi bumi, membuktikan Allah memang pembawa rahmat kepada semua ummat manusia.

Saya memasuki kereta, tangan masih memegang tombol gear kereta automatik. Tidak digerakkan kepada DRIVE kerana menunggu memberi laluan sebuah motosikal yang dibawa perlahan. Lantaran hujan barangkali.

Allah...Allah...Allah

Itulah yang mampu terucap didalam hati apabila motor itu bergerak melepasi kereta saya. Entah kenapa, hati ini terasa cukup sesak dengan perasaan bercampur baur.

Motorsikal itu dipandu oleh seorang lelaki 40-an dengan membonceng sama isteri dibelakang dengan anak kecil ditengah. Mereka bertiga basah kuyup ditimpa hujan. Mahu dipercepat, motosikal bahaya. Mahu diperlambat, anak sudah mengigil sejuk. Mahu berhenti, barangkali ada urusan mendesak.

Allah...Allah...Allah

Bercampur baur disamping bertahmid syukur apabila menyedari keadaan diri Alhamdulillah cukup lengkap. Tidak perlu berhujan panas diatas motorsikal buruk.

Hari ini perasaan itu datang lagi. Selepas melihat video yang dikongsi oleh teman. Entah kenapa, semua itu begitu dekat dengan kehidupan saya sehari-hari diceruk hulu kampung di Terengganu.

Kanak-kanak yang dipotretkan oleh Ustaz Azhar hampir dengan kampung saya

Bahasa yang digunakan persis yang saya gunakan, kehidupan yang dipaparkan sama yang ada terpapar didepan mata, masalah yang diutarakan sama yang bergendang ditelinga. Dan juga, itulah rona nadi kehidupan majoriti masyarakat di negara Malaysia.

Saya masih makan cukup, boleh memandu kereta, tempat tinggal selesa, pakai cukup. Sempurna untuk menjalani hidup, jadi boleh saja saya melihat 3 beranak basah kuyup tanpa terdetik sedikit pun perasaan apa. Monotone. Tetapi, Allah yang saya imankan, Rasulullah s.a.w yang saya idolakan, Islam yang saya pegang tidak pernah sekali-kali mengajar semua itu. Tidak sekali-kali.

Oleh kerana itu saya merasa cukup panas hati dan jelak mendengar ayat-ayat, ungkapan, 'nasihat', saranan yang bagi saya amat jauh dibandingkan dengan realiti yang berlaku dihadapan ramai. Seolah-olah, yang berlaku didepan mata hanya mainan wayang semata. Untuk diketawakan, disenyapkan, dikomentarkan tanpa menjejak dihati.

Bercakap, seolah-olah dunia ini tidak akan kiamat!

"Aku lihat, harga nasi lemak RM4, teh tarik RM2...cunlah tu RM6 ringgit. Aku tiada masalah nak bayar, murah kot"

"Naik sikit saja minyaknya, 2 posen. Berapa sangatlah 20 posen tu"

"Saya, anak isteri cukup makan pakai...Orang lain nak jadi apa peduli apa saya"

"Ingat, jangan pandai mengomel sahaja. Bersyukurlah sikit. Bukan tidak pernah dengan ayat Al-Quran, jika kamu bersyukur, nescaya akan Ku tambahkan nikmat kepada mu. Jadi bersyukurlah sikit!"

"Bukan melayu mahu ambil negara kita, kita melayu harus bersatu"



Anda pernah dengar ungkapan dan nasihat ini?

Saya tidak bercadang mahu memberi jawapan kepada semua itu, melainkan izinkan saya membawa anda kepada realiti. Mengetuk-getuk minda untuk melihat satu sisi lain.

Lihat dengan hati

Nilai dengan iman


Entah kepada saya merasa sungguh dekat dengan saya

Hasil mahsyul bumi ini sebenarnya cukup untuk semua manusia. Manusia tidak perlu merempat, papa kedana, meminta sedekat kepada manusia lain kerana sayangnya Allah, mencukupkan semua itu kepada semua manusia.

Kepada masih ada orang papa kedana? orang miskin? merempat?

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

Kerana hasil 'kasih sayang' Allah ini hanya dimonopoli hanya orang yang tamak haloba, sombong, hidup menongkat langit sehingga lupa kepada tanah. Tempat akhir jasad dimamah ulat!

Benarlah kata anekdot "Dunia sekarang, orang miskin dilarang sakit!"

Fikir Zikir...

Nota 1 : Ujian...SELESAI!!!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

6 comments:

syu said...

dunia..dunia..sglanye di ukur dngn mata kasar je..2 laa..patutnye kite bersyukur dngn ape yg kite ade skang ni..ramai lgi insan yg kurg bernasib baik...berdoalah smga Allah lembutkan hati spya kite dpt melihat dn menyelami hati2 org yg masih memerlukn bantuan dri kite..yg masih berkemampuan tuk menolong..kite boleh menolong mrka jika kite mahu..bantulah walaupn sedikit..^_^

Khairul Nadzir said...

Hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati bapak, itulah hakikat orang kita sekarang..

Moga perubahan demi perubahan mentaliti rakyat Malaysia terus berlaku. Kita doakan sama-sama..

HARAPAN ITU MASIH ADA =)

Dr Amad said...

Syu- Syukur, syukurlah pada Allah.

Bantuan memang harus diberikan, cuma tumpuan kali ini adalah perubahan sikap, cara fikir dan persepsi tentang keadaan sekeliling.

"Tengok, cina tolong kita," itu kata Mak Long.

Kata pejuang yang 'berjuang' kononnya...

"Tengok cina nak ambil negara!"

Memalukan!

Dr Amad said...

Khairul- Usaha harus terus dilakukan untuk mengubah minda... =)

nisa_taQwa said...

hmm..silap kami duduk di bandar x pernah melihat secara live kehidupan susah...(senyum tawar), jauh dari melihat kesusahan org..di kiri kanan hanya bangunan, rumah besor, pasar raya..pengangkutan semua cukup..nak kata kalau hujan, x risau basah sbb pengangkutan awam cukup sampai x perlu basah kuyup tuk sampai ke rumah..huhu..astaghfirullah..sedangkan kami yg hidup sederhana di kawasan bandar pada mulanya mengeluh kenaikan harga tetapi lama-kelamaan ia sudah jadik keterbiasaan mendengar harga barang.."biasalah duduk bandar"..tapi lupa...kenaikan harga bukan utk org yg tinggal di bdr, tapi golongan yg susah...maafkan kami keterlalaian dalam menilai hal ini.astaghfirullah~

:) cukup hidup di indonesia mengajar erti susah.sampai duit x boleh nak kluar dari bank sbb dah sengkek sangat..hoho..

alhamdulillah..syukur apa yg ada~

Dr Amad said...

Nisa-Anda mendapat point antara point yang ingin saya sampaikan...

Siapa dapat tangkap point utama article ini? huhuhu...cepat-cepat