Wednesday, 12 May 2010

Musnahkan Dosa Berantai

"Wahai si polan bin si polan...melihat pada tarikh sedemikian, anda ada pergi ke kedai Sport Toto. Buat apa kamu disana, hah!?," disoal oleh Rabbul Jalil, Allah.

" Sa...saya pergi beli no ekor world cup Ya Tuhanku," lemah menjawap. Takut, gementar dan bimbang memikirkan arah mana akhir hidupnya.

"Kenapa kamu main no ekor? tahukah itu judi??," disoal kembali oleh Allah.

"Ta..tahu. Tapi tidak adil salahkan saya seorang sahaja. Saya main judi kerana ada orang yang jual Ya Tuhanku," si polan menjawap.

"Hah, bawa datang si penjual no ekor ni kedepan!," perintah Allah.

"Hah, kamu...kenapa kamu menjual no ekor kepada si polan ini? Jawap!,"Allah bertanya.

"Sa...saya hanya sebagai pekerja kedai no ekor je. Saya jual kerana bos saya yang suruh jual,"jelasnya terbata-bata percakapan. Takut dan bimbang lantaran kemaksiatan yang dibuat.

"Kamu tahu apa itu judi??!!," ditanya Allah.

"Ta...tahu. Saya tahu Ya Allah. Saya hanya kerja, orang bawahan....jadi menurut perintah majikan. Tidak adil hanya saya dipersalahkan," si pekerja menjawap. Memohon ehsan.

"Wahai malaikat, bawa si majikan itu ke sini cepat!," perintah Allah.

"Jadi kamulah yang membuka kedai judi di seluruh negara ya. Kamu tahu apa itu judi?hah!," tanya Allah dengan herdikkan.

"Ta...tahu Ya Allah. Sayalah yang membuka kedai no ekor diseluruh negara,"jawap si majikan. Tidak ada apa lagi mampu disembunyikan pada saat itu.

"Apa! Tidakkah kamu tahu betapa besarnya dosa judi? Ini siap kamu menjadi tokey! Jawap!," Sang Pencipta Segala Makhluk menunjukkan kekuasaanya.

"Ta...tahu Ya Allah. Tapi Ya Allah Ya Tuhanku, ketahuilah aku tidak dapat membuka kedai judi itu jika tiada lesen diberikan. Pada saat itu, saya mendapat kelulusan dari sang penguasa, lantas memungkinkan kedai judi dibuka. Jadi tidak adil menyalahkan saya sahaja," si majikan menjawap.

"Panggil sang penguasa kedepan!," Allah memberi perintah.

"Inilah rupa manusia yang dikurniakan kuasa, tetapi khianat dan tidak amanah! Kenapa kamu berikan kelulusan itu sedangkan kamu tahu judi itu haram. Hah, jawap!," diherdik oleh Allah.

"Be...betul Ya Allah. Saya yang memberi kelulusan. Tapi saya tidakkan bagi kelulusan ini juga saya tiada kuasa. Saya diberikan kuasa oleh rakyat, jadi tidak adil menyalahkan saya seorang sahaja Ya Tuhanku,"jelas sang pemimpin.

"Wahai malaikat, kumpulkan semua manusia yang menganggap manusia ini sebagai pemimpin!," Malaikat diperintahkan Allah.

" Ya Allah Ya Tuhan, ampunkan kami Ya Allah. Kami memilih beliau ini sebagai pemimpin kerana kami diperbodohkan sejak lahir, mula datuk nenek kami sehingga generasi selepas kami. Jadi bukan salah kami semata Ya Allah," jelas rakyat jelata.

Semuanya dikumpulkan dalam keadaan tertunduk, keluh kesah lantaran perbuatan khianat, maksiat dan mungkar diatas muka bumi. Semua menyalahkan antara satu sama lain dengan apa yang terjadi didunia.Semua itu akan diperhitungkan tanpa sedikit pun ditambah dan dikurangi. Saat keadilan diletakkan pada tempatnya, dan kezaliman terhapus sama sekali.

Hari itu, hari akhir segala hari.

Hari itu, hitungan amal diperkirakan.

Hari itu, mulut terkunci dan anggota badan lain berbicara.

Hari itu, ramai yang keluh kesah dan tenang gembira.

Hari itu, ada buku catatannya datang dari kanan dan kiri.

Hari itu, hanya ada dua destinasi akhir.

Hari itu adalah HARI AKHIRAT!

Berkasih sayang didunia, belum tentu sama diSana

Kisah Di Matrikulasi

Hari itu hari cuti, saya mengambil masa sedikit diawal pagi untuk melangsaikan hutang kelelahan badan. Ditagih-tagih sejak seminggu lalu.

"Mie...bangun mie...aku nak tunjuk something ni!," seorang teman mengoyang-goyang badan saya cuba untuk mengejutkan diri ini.

"Hah, Mr X...gapo dia? (saya suka cakap pantai timur dengan semua orang)," saya menyapa dalam keadaan malas. Penat.

Dia lantas menunjukkan telefon bimbit terbaru. Baru dibeli katanya.

"Banyak duit mung ni deh...Hp baru kot tuh!,"saya sedikit kagum.

"Biasalah beb, aku baru menang semalam," jawap beliau.

"Menang gapo dio pulop neh? cabutang bertuah ke?," tanya saya.

"Menang lumba kuda la beb...semalam main beberapa round,"tanpa segan dia memberitahu. Disambung dengan bukti-bukti love bite yang beliau dapat.

Saya?

Glupp....

Astaqfirullah...mengurut dada yang sesak. Sesak dengan kemalangan iman ummat.

"Kita akan memastikan orang Islam tidak akan dibenarkan berjudi!," itu kata keratan akhbar.

Oii...bohong!

Rantai Api


Saya sebenarnya sudah kematian akal untuk mengatakan apa lagi tentang pemberian lesen slot judi kepada Vincent Tan, berbangsa Cina yang merupakan antara orang yang terkaya di Malaysia dengan syarikatnya BERJAYA Group.

Dosa?

Lesen?

Muslim?

Islam?

Yahudi mereka tidak peduli, mahu peduli dengan judi. Usahlah yop...

Saya membuka satu buku pembangun jiwa pagi tadi. Sungguh tepat apa yang saya perhatikan sekarang.

"Banyak orang didunia, mencintai,mengasihi dan berkasih-sayang. Justeru insan inilah jua diakhirat sana akan saling menyalahkan antara satu sama lain. Kerana cinta mereka, bukan cinta diatas landasan taqwa"

Kebenaran diberikan oleh sang penguasa muslim, yang diberikan kuasa oleh majoriti muslim untuk mengadakan judi dinegeri mengaku 'negara Islam'. Saya kematian aqal apabila memerhatikan kematian iman dinegara tercinta sungguh mewabah fatal.

Saya tidak nampak, vaksin yang terbaik untuk merenggut jatuh warisan kebodohan jahiliah ini melainkan dengan mengingatkan kembali kepada panasnya api neraka!

Senario diatas, saya cuba wujudkan dengan olahan saya sendiri. Adakah itu mustahil akan berlaku diakhirat sana? Ayuh kita lihat kata peringatan dari Allah.

Dan berkata Ibrahim: "Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan KASIH SAYANG di antara kamu dalam kehidupan dunia ini kemudian di hari kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebahagian kamu melaknati sebahagian (yang lain); dan tempat kembalimu ialah neraka, dan sekali-kali tak ada bagimu para penolongpun. (Al-Ankabut: 25)

Pembeli membeli kerana ada orang menjual. Si penjual menjual kerana diarah majikan. Si majikan membuka kedai kerana diberikan kelulusan oleh pemerintah. Pemerintah menggunakan kuasa meluluskan kerana diberi kuasa oleh rakyat. Dan rakyat?

Rakyat diperbodohkan oleh sang penguasa. Sang penguasa pula membodohkan dengan sokongan moral dan material dari sang majikan. Sumbangan material yang ada pada sang majikan, didapati dari kedai-kedai bertebaran diseluruh pelusuk negara. Dan kedai-kedai itu diraikan keberadaannya oleh si kaki judi.

Diakhirat mereka saling menyalahkan antara satu sama lain, sedangkan diatas muka bumi Allah. Mereka berkasih sayang, mencintai dan mengasihi antara satu sama lain. Tetapi sayang, cinta dan kasih mereka dalam tujuan merenggut dan mengijak perintah-perintah Allah. Saling menompang dan berganding bahu dalam memastikan kalimah Laa illah illa Allah, Muhammad Rasululllah berkubur. Hidung tinggi, jalan bertongkat langit.

Mereka ibarat putaran mata rantai...mata rantai api neraka!

Satu titik muhasabah diri merenung kembali adakah kita sebahagian dari rantai itu? Jika TIDAK, alhamdulillah. Jika, Ya...ayuh kita baca dibawah solusinya.

Sudah terlanjur, ada jalan pulang? Bagaimana?

Mata rantai api neraka ini harus diputuskan.

Jangan wujudkan rakyat bodoh dan rosak aqidahnya

Jangan diangkat pemimpin yang tiada iman didalam diri

Jangan diberikan sama sekali kebenaran benda haram bertapak

Jangan dibenarkan sama sekali ada penjual menjual produk haram

Jangan dibiarkan kaki-kaki maksiat dapat mencari 'lubang neraka'

Pesimis dan Optimis

Ada sahabat yang datang bahkan meminta untuk diberikan terus kesedaran tentang hal ini, tapi ada juga datang dengan nada pesimis.

"Ko cakap judi itu, judi ini, ko ingat orang atas tu nak dengar ke?,"satu soalan cantik untuk direnung.


Bagi saya, mereka yang diatas tidak akan dengar apa yang saya cakap, sahabat-sahabat saya cakap, masyarakat cakap.

"Habis itu kenapa buat hal sia-sia?," satu lagi soalan yang cantik diberikan.

Oleh kerana ketidakmampuan untuk menerjah yang atas,tumpuan saya sekarang adalah dengan mewujudkan kesedaran diperingkat masyarakat bawahan, dan circle yang ada dilingkungan diri. Hatta dikatakan sampai ke tahap meracuni fikiran orang. Yang penting, saya meracuni fikiran manusia dengan Islam, kesedaran dan kebenaran.

Bahkan jika ditakdirkan Allah lingkungan tidak 'menelan' apa yang dilontarkan dan selesa berada didalam keadaan sekarang, cukuplah segala usaha ini menjadi saksi depan Allah Rabbul Jalil yang saya disaat dan ketika ini berusaha sedaya upaya kudrat dan peluang yang ada cuba menuntaskan amanah Islam yang saya percayai.

Satu demi satu kerosakkan yang secara jelas dizahirkan didalam masyarakat cukup menyesakkan. Jika tidak kerana janji Allah, kemenangan itu pasti! Nescaya mungkin sekarang saya lebih selesa menyendiri, main farmville dan persetankan apa yang terjadi dilingkungan. Tetapi, saya berusaha untuk tidak menjebakkan diri kedalam putaran rantai api neraka itu.

Agama itu nasihat!

Nasihat untuk yang hidup, agar sejahtera pabila mati.

Bukan seperti kata Ustaz Ismail Kamus

"Al fulus fi dunia, wal mampus fi akhirah"

Lainlah jika anda semua sudah persiapkan diri dengan ilmu kalis api!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

9 comments:

mutiara solehah said...

salam, mabruk..!! mantap artikel ni. Sdh lama terfikir apakah idea yang sesuai u membuka mata diperingkat masyarakat. perumpamaan yang sangt bgs, musnhkan dosa berantai..!

"Oleh kerana ketidakmampuan untuk menerjah yang atas,tumpuan saya sekarang adalah dengan mewujudkan kesedaran diperingkat masyarakat bawahan, dan circle yang ada dilingkungan diri."

Teruskan menulis dr pembaca tetap amadanaksoleh =)

Dr Amad said...

Mutiara- Wslm...

Harap dengan kita kembali kepada persoalan dosa pahala, syurga neraka, dengan itu dapat kita sama-sama sedar bahawa buatlah apa sekali pun diatas muka bumi ini, ia akan terkait dengan persoalan akhirat.

Melihat dunia dari jendela akhirat...

Jzkk, atas sokonganya. Sebarang input penambahbaikan amat dialu-alukan...=)

sinar_islami said...

=( dasyatnya dialog tu...
Hari Perhitungan...Tak da siapa boleh lari...
dan waktu tu...masing-masing akan menuding jari...

dan indahnya kalau kita dapat capai apa yang pernah dinasyidkan ini...

Alangkah indahnya hidup ini,
Pemimpinnya adil mengasihi rakyat,
Ibubapa mendidik dengan penuh kasih sayang,
Anggota masyarakat tolong menolong bekerjasama.

Maka apa yang kita mahu : adilnya pemimpin dan bekerjasamanya rakyat dalam mentaati Allah, bukanlah mengundang murka Allah...

Dr Amad said...

Sinar- Sekarang pemimpin dan rakyat bekerjasama juga...tapi bekerjasama ingkar pada Allah..

nisa_taQwa said...

assalamualaikum...dapat x komen saya baru2 ni pasal article ni? send ke x eh? da lupa...

Dr Amad said...

Nisa- Idak pun teman dapat komen kome...ekeke

nisa_taQwa said...

x dapat eh...wuuuu..penat org tulis panjang2..org komen kat article GAZA tu gak..rupe2nye dua2 x dapat..syok sendiri rupanya..sob3..x pelah..dah dapat jawapan persoalan yg ditulis panjang2 tu..jawapan tu ada kat status kamu 2 hari lepas x silap..heee :))

Dr Amad said...

Nisa- Apa susah, taip balik dan post balik la komen tu...ekeke

nisa_taQwa said...

x mo...x mo tulis balik..dah dapat jawapan..."BERGAULLAH, TAPI JANGAN SAMPAI BERBAUR. KITA AKAN DIHORMATI DAN DISAYANGI RAMAI KERANA BERPEGANG PADA PRINSIP"

yups..itulah jawapannya..kekadang kita dilemahkan kerana jauh dari persekitaran yg menjaga..cumanya kekadang bila kita try nak adapt dgn suasana yg x kena dgn jiwa kita, kita berubah..

berubah utk mengikut arus, tapi lama-kelamaan menyedari kita kehilangan sesuatu dalam diri kita..uhuk2 (da start tulis panjang :p)

yeah..kita mencari semula sebahagian yg hilang..dalam proses mencari kita menjumpai pelbagai jenis manusia..hoho..ada hikmahnya..dan menjumpai satu jawapan yg kukuh "BERPEGANGLAH PADA PRINSIP". x mengharapkan dihormati dan disayangi..cukup..jika prinsip yg dipegang membuatkan rasa lebih dekat dgn YANG MAHA ESA..itu lebih berharga dari mengharapkan redha manusia~ itulah harga satu pencarian...

p/s : apa ni..da kata x nk tulis balik..tapi bila start tulis, xleyh berenti..hoho... =))