Friday 25 June 2010

Dunia Maya Antara Fikir dan Zikir


Fenomenal.

Itulah perkataan yang tepat mengambarkan laman web sosial, Facebook. Orang Indonesia memanggilnya 'lagi ngetrend'. Ramai menyertainya kerana mahu mencari saudara mara, kenalan yang lama terputus hubungan, mengetahui perkembangan terbaru sahabat handai, ada yang mengunakan ia sebagai wasilah dakwah, berkongsi berita-berita, membuka 'kedai online' dengan menjual baju dan shawl (sekadar menyebut beberapa contoh) dan ada yang bercerita, cerita segalanya termasuklah hal dalam kain.

Saya antara orang yang menyertai web sosial itu. Sudah menjadi kelaziman diri, suka memerhatikan gelagat kenalan disitu. Yang baik dicontohi, dan sebaliknya dijadikan sempadan.

Itu dari satu sisi, sedangkan disatu sisi lagi, ada sahabat yang menolak untuk menyertainya. Juga dengan beberapa alasan. Dan seharusnya kita menghormati keputusan mereka. Pro dan kontra masih boleh diperselisih dan dibincangkan.

Lawatan Petang

Setiap hari, antara perkara rutin diri adalah membaca akhbar, mencari laman-laman tarbawi, melawat web sesawang kesukaan dan kadang-kadang singgah ke blog-blog sesiapa sahaja. Dengan harapan menjumpai mutiara disana.

"Saya tidak berminat untuk terlibat dengan Facebook. Ini kerana blog sahaja, sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang," itu antara sedutan article yang beliau tulis. Melihat dari profile, beliau adalah bekas lepasan jurusan agama diluar negara. Jadi mungkin sepakat boleh saya katakan, ilmu agama lebih banyak dari diri saya sendiri.

Didalam article itu menyentuh dan membahaskan isu berkenaan web sosial Facebook. Saya tidak tertarik untuk membahaskan baik buruk Facebook, tapi lebih memikirkan tersirat dari itu.

"Blog sahaja sudah banyak membuatkan saya lagha dan banyak masa terbuang"

Diri Anda...

Who You Are Determine What You See,
Who You Are Determine What You Do,
Who You Are Determine What You Get,

Itu kata pepatah English yang tepat untuk saya kemukakan. Sudah semestinya saya, beliau dan anda sepakati bahawa membuang masa dan membuat perkara lagha itu amat dicela oleh Islam hatta membawa kepada dosa.

Persoalannya, jika kita tahu blog, Facebook, Twitter dan segala macam itu lagha dan membuang masa kenapa masih kita terlibat?

Sekali lagi...
Who You Are, Determine What You See,
Who You Are, Determine What You Do,
Who You Are, Determine What You Get,

Semua itu kerana anda memandang itu dengan pandangan negative. Anda melihat blog, Facebook, Twitter dan lain sebagai lubang yang boleh membawa diri kepada kemusnahan akhirat yang fatal. Jadi nada-nada kesal akan keluar selepas terbabit kerana kita kita melompat dua hal yang penting.

Bagaimana saya memandang?

Saya memandang semua itu adalah ladang-ladang pahala yang perlu dituai sebanyak mungkin. Dengan menjadi blogger, saya mengira dengan menulis diblog, saya cuba menuai satu demi satu pohon-pohon pahala. Dengan terlibat dengan Facebook, saya berusaha sedaya upaya untuk menuai satu demi satu pohon pahala.

Jangan terhantuk baru tengadah. Untuk menjadikan itu semua sebagai wasilah ke syurga Allah, anda perlu dahulukan tindakan FIKIR dan ZIKIR.


Sebelum terbabit, fikirlah sebaiknya. Timbang baik buruk dengan neraca iman dan Islam. Pro dan kontra difikir setuntas mungkin. Kerana dengan fikir, hasil yang kita dapat, baik atau buruk kita tidak akan pernah menyesal. Kerana sebelum itu kita telah tunaikan hak aqal, fikir!

Sebelum terbabit, zikirlah sebaiknya. Zikirlah dengan hadirkan fikir. Pertimbangan-pertimbangan agama, sebelum melangkah kita harus fikir dengan saksama. Kerana dengan zikir, hasil yang kita dapat, InsyAllah tidak tersasar dari kehendak Pemilik Langit dan Bumi.

Menerima dan menolak haruslah dengan fikir. Menerima dan menolak haruslah dengan zikir. Jangan pernah kita terlewatkan dua hal penting ini.

Zikir yang mendatangkan tenang adalah zikir yang datang dengan fikir,
Fikir yang mendatangkan kejayaan adalah fikir yang datang dengan zikir.

Nasihat Seorang Murabbi

"Ahmad, ana tengok anta banyak komen kat blog ana. Apa kata kali ini anta pula yang menulis. Turn ana pula nak komen. Ana bagi cadangan ini kerana ana tengok anta ada idea. Apa kata anta kongsi semua itu dengan masyarakat luar," saranan yang diberikan sambil tersenyum. Sambil tangan menepuk lembut belakang badan.

"Erm, insyAllah...ana akan pertimbangan sebaiknya. Dan InsyAllah, jika ana mula menulis, Ustaz lah orang pertama ana royak,"jawap saya.


Saranan itu saya lihat dan cermati dengan serius. Cuba aplikasikan fikir dan zikir. Dan lahirlah http://amadanaksoleh.blogspot.com/.

Jadi bagaimana dengan soalan tadi? Jom saya jawap...

Who You Are, Determine What You See,
Ladang Pahala.

Who You Are, Determine What You Do,
Dakwah.

Who You Are, Determine What You Get,
InsyAllah, jannah!

Tepuk aqal tanya fikir, tepuk hati tanya zikir...

Nota 1 : "Amad, apa pendapat anda tentang 40 ustaz masuk UMNO?"

Jawapan: Erm...no comment, just have a nice trip. Selamat pergi dan selamat kembali. Jangan keluar lebam biji mata sudah. Heee...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

9 comments:

syuhadah said...

assalamualaikum..
hmm..bagi yg menjadikan FB sebagai ladang dakwah,teruskan..sye menyokong..

timbag tara atara islam dan iman..itu memg penting..sejauh mane sesuatu itu membawa kepada kebaikan,teruskan..semoga Allah memberkati..

Dr Amad said...

Sue- Awal dia pecah panggung komen..hehe.

Fikir dan zikir, jangan kita lupa untuk guna dua tools ini...

p/s: Hah, jadi ke idak nak pi pangadaran?

syuhadah said...

tajuk agk menarik...sje jadi da 1st to comment..

p/s = jadi2x..insyaAllah..hehe

mutiara solehah said...

salam..

"Saya memandang semua itu adalah ladang-ladang pahala yang perlu dituai sebanyak mungkin. Dengan menjadi blogger, saya mengira dengan menulis diblog, saya cuba menuai satu demi satu pohon-pohon pahala. Dengan terlibat dengan Facebook, saya berusaha sedaya upaya untuk menuai satu demi satu pohon pahala." ~ like

pandai register fb pandai-padailah kwl penggunaannya. Pandai-pandailah pilih mana baik dan buruknya. Kadang2 tu y mnjadi lagha dan buang masanya penggunaan fb ni sbb duk asyik trleka tengok profile kwn2 lme.. Almaklumlah, jejak kasih kn. tup2 dh berjam-jam dpn lptop.. y ni dikatakan kena kwl penggunaannya..

sbb tulah kena guna pertimbangan iman dan akal. FIKIR dan ZIKIR.

Dr Amad said...

Sue- Sila tuntut hadiah anda dengan Illy...hahaha

Dr Amad said...

Mutiara- Sampai ke sini nak 'like' ek...hehehe. Demam...demam...demam facebook! =p

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abu Aiman said...

setiap perbuatan yang ada timbangtara zikir-fikir agama insyaAllah beroleh berkat...

Dr Amad said...

Abu Aiman- Sohih..abe weh!