Wednesday 4 March 2009

Apabila Ia Datang

Penat masih tersisa.Kelas habis lewat petang, sempat juga merebahkan badan diatas katil. Cuba meredakan kepenatan dan keletihan yang mencengkam diri. Sedar diri ini belum menunaikan lagi solat Asar.Cuba mencari kekuatan melawan nafsu malas,melawan syaitan yang cuba menyesatkan anak Adam.Dengan melengah-lengahkan solat.


Saya bingkas bangun dari katil,mencabut kacamata dan berjalan pergi ke bilik air.Mahu berwuduk. Kaki seluar disingsing dan pili air dibuka.Merasakan satu kenikmatan yang tidak terhingga usai air mengalir dingin di tangan.

Bismillah…

Dari satu anggota wuduk kepada anggota wuduk yang lain.Semasa membasahkan lengan…

Tingg!!!...Tingg!!...Tingg!!!

Bunyi kuat dari cermin tandas,menganggu ketenangan itu.Cermin bilik air dilontar batu oleh seseorang.Sertamerta darah menyirap naik. Penyakit lama saya datang kembali. Penyakit lama yang cuba saya buang dan tinggalkan.

“Ingat rumah anak dara ke nak ganggu-ganggu.Ni semua anak teruna yang nak jadi bapak orang la.Dok reti base sungguh!,”hati panas tidak tertahan.

Tanpa menutup pili air,air dibiar mengalir laju.Saya membuka pintu tandas,dan meluru keluar rumah.




“Hah,siapa lempar batu tadi cakap!!!,” jerkah saya.

Dihadapan saya sekumpulan kanak-kanak.Saya merasakan mereka amat-amat kecil semasa itu.Ada yang lelaki,ada juga yang perempuan.Kami bertembung tepat-tepat dihadapan cermin kaca bilik air.

Erm…erm…bukan saya kang(abang)…

Erm…erm…bukan saya kang…

Erm…erm…bukan saya kang…

Terkejut dan tergagap-gagap mahu menjawap.Tidak sangka,saya sanggup keluar dan jerkah mereka.Tambahan pula,tidak memakai cermin mata.Jadi saya kelihatan berlainan dari yang selalu mereka lihat.Hati masih panas…Masih belum habis amarah saya dihamburkan.Saya diam sejenak.

Asta’firullah…Asta’firullah…Asta’firullah

Syukur,saya masih sempat menekan butang pause didalam hati.Cuba mengambil alih kawalan diri dari hasutan syaitan.Secara spontan saya lantas teringat satu hadis Rasulullah s.a.w

Dari Mu’adz bin Anas r.a. Nabi s.a.w bersabda: “Siapa saja yang menahan marah padahal sebenarnya ia boleh untuk melampiaskannya,maka pada hari kiamat Allah akan memanggilnya dihadapan makhluk,kemudian ia disuruh untuk memilih bidadari yang cantik jelita sesuai dengan yang diinginkannya.” [ HR Abu Daud & Tarmidzi]

Saya meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa.Kembali masuk ke rumah,berwuduk dan bersolat Asar.

Syukur pada-Mu,pemilik segala hati.Pemilik hati yang boleh memberi nafsu amarah laksana api menjulang tinggi,dan juga Pemilik hati yang boleh memberikan seribu ketenangan laksana salju dimusim dingin.

Engkaulah Al-Jabbar

Engkaulah Ar-Rahim

Nota 1: Mahu bidadari? Jadi jangan marah-marah.Chill…chill

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

20 comments:

Farhan said...

salam,
guane boh smp bdk2 kecik blh smp ke bilik?
rumoh luor kampus ke?

Dr Amad said...

wslm...luar campus duduk ye.Dah asimilasi dgn org kampung sini.Cuma xturun bajak sawah guna kerbau sama-sama je...

Anonymous said...

salam..
alhamdulillah, syukur ditiupkan nikmat sabar & tenang saat syaitan mulai menghasut diri & hati..

Marah dan Tegas..beza sangat dua elemen ni..
Terpulang pada kita mahu memilih yang mana satu

Akk pernah sampaikan ini dekat adik2 muslimat, analoginya adalah:
pecahkan sebiji telur, setelah itu cubalah sedaya upaya masukkan kembali telur kuning + putih tadi ke dalam kulitnya..cuba kembalikan ke bentuk asal..
TAKKAN BOLEH
sama juga dengan kata-kata dan perbuatan kita yang terlanjur menengking, memarahi, meninggi suara, menyakiti sahabat-sahabat, keluarga, takkan pernah dapat ditarik kembali (sama mcm telur yang pecah yang tak boleh dimasukkan ke dlm kulitnya lagi)..Astaghfirullah..
Berapa lah "telur" yang dah kita pecahkan selama kita hidup ini?

Kalau orang "mencucuk" kita, jgn cepat "melatah" sebaliknya beristighfarlah segera..mungkin saja itu balasan yang Allah bayar "cash" utk kita atas perbuatan maksiat kita dimuka bumi

Wallahulam;)

Rafahiah Haron said...

Alkisah,hiduplah seorang anak muda yg pemarah.Mslh kecil saja dpt menimbulkn amarahnya sampai meledak2. Hingga pd suatu ketika, anak muda ini ingin sekali berhenti dr sifat pemarahnya dan ingin menjadi org yg sabar. Lalu, dtg lah ia kepada seorg ustaz, untuk mengutarakan keinginannya.

Ustaz menjawab "Alhamdulillah, baiklah!Begini saja, siapkan olehmu sebuah papan yg lebar di halaman rumahmu.Ingat! Setiap kali kamu marah, tancapkanlah sebuah paku di sana. Dan setelah amarahmu reda, cabutlah paku itu.Lakukanlah ini selama satu bulan, setlah itu dtglah kemari.

Anak itu sgt berterima kasih kpd sang ustaz atas petunjuknya.Setibanya di rumah, ia langsung melaksanakan pesan ustaz.

Selang sebulan kemudian, dia kembali menemui ustaz itu.

"Wahai ustaz, saya sudah melaksanakan perintahmu. Bagaimana sekarang?"

Jawab ustaz " Anakku,ilmu apakah yg kamu peroleh drpd paku2 tersebut?" Anak muda menggelengkan kepala.

Lalu kata ustaz,

"Anakku, anggaplah papan yg lebar itu sebagai hati seseorang, dan paku itu adalah amarahmu. Setiap kali marah, paku itu kau tancapkan ke papan. Setelah amarahmu reda, lalu kau cabut kembali paku itu. Ketahuilah, sesungguhnya begitulah akibat dr amarah. Setelah amarahmu reda, engkau cabut kembali paku itu, namun engkau telah meninggalkan luka di hati org tersebut"

Dr Amad said...

Anasolehah- Syukran tambah nilai article...main telur ni,semacam kenal analogi ni...hehe.Asik-asik nasihat adik-adik IMAN je,akak2 IMAN cmna pulak?ahaks

Dr Amad said...

Rafahiah- Aah...dlu pernah dego cerita ni...tq2

Anonymous said...

Akak2 IMAN yang mana memerlukan dan menerima teguran insyaAllah hati sentiasa terbuka menyampaikan pesan
Tapi yang sering terjadi sekarang, kerana byk ilmu ada yang menganggap, "aku dah tau tu", "aku mahu berubah tapi tak mampu je lagi", "tunggulah..."
mentaliti menangguh2 hidayah yang datang ni lah yang membuatkan akk senang utk berbual, berkongsi, memberi peringatan kepada adik2;)
tapi itu tak bermaksud akk lepas tangan untuk kakak2

p/s : terasa tua bebenor pulak dah..hihi

Dr Amad said...

Anasolehah- baguslah cmtu...bukan soal siapa betul dan salah.Ia lebih menghampiri sikap persaudaraan Islam.Selagi kat dahi ada cop Bani Adam,selagi itu kita tidak terlepas dari salah silap.Orang baik ada silapnya,orang yg tidak baik juga ada silapnya.Jadi disini perlu menasihati.Cantik dah Islam ajar...

p/s: bagus dah rasa tua...xperlu sy bgtau...ahaks!!!

duha said...

takpe kak aimi, akak tetap mude di hatiku..pedulikan kata-kata abg amad..haha..(tapi kita kne igt jgak tua kan..nnt alpa dan leka plak :D )

garang jugak rupenye..hehhe..erm..syaitan mmg suke nak wat mnusie tu cpat marah..Rasulullah pernah bersabada "jangan marah kerana sesungguhnya marah itu dari syaitan"

so kte mmg kne banyak bersabar sbb sabar ni satu mnde yg sgt besar ganjaran die..sbb bukian mudah, tapi tak mustahil..

p/s:hamboi..bab2 bidadari cantik jelita mmg laju je..haha

Dr Amad said...

Duha-Muda dihati mana nampak?yang jelas kedutan dimuka...hehe.

Owh,tidak tahu saya ni garang ek.So maksud ye,duha ni baru kenal saya 10% sahaja.Btw,hobi saya adalah memarah orang dtg lambat meeting.Yang tu mmg nak kene Ong Bak.

p/s: saya pun sabar melayan dak kecik..hehe.Nak amik botol susu ni...p duk dalam buai tuh.

duha said...

kalau marah bertempat tape, bole trime..

tapi kalau buli tak bertempat mmg nak kne..hehe..kat sni tade buai, kne balik msia dlu bln 4 nnt..baru boleh naik buai..

Dr Amad said...

Duha- Wah,balik jugak budak ni.Yo yo je kata hari tu xnak balik.Dah balik tu,wat mai la nasi minyak.Sbbnya sy antara org yg rotan duha suh balik.Bagus la dah terbukak nak balik,tu tanda duha dah besor n matang skit...ok up 0.0001%

Anonymous said...

salam..


erkkk...cepat marah ke..huhu..

tape tape..ubah pelan2...

Dr Amad said...

ateeqa-wslm...rasanya dah banyak ubah pun...lani dah rasa makin caring dan romantic...adoilaaa

Anonymous said...

eiiuuu.. caring n romantik??

Dr Amad said...

oooooooo....caring n romantic..ahaks. Btw sifat ini perlu ada bg org muslim lagi mukmin.Cuma persoalannya,ia diletakkan pada tempatnya atau tidak.

Panadol,makan masa demam,insyallah bagus.Tapi duk makan time tidak sakit badan,tu tanda sakit OTAK...

Pakai nama la,anonymous seakan tidak mesra la digunakan..hehe.apa2 pun mai lagi naa

3rdmarch said...

Memang takut bila tgk sheikh xpakai cermin mata..huhu~

Dr Amad said...

3rdmarch- Aah la...saya pun takut gak...ahaks

Abell M said...

huish..
mmg sush sbnrnye nk thn marah..
respect la abg amad coz brjaya x marah..
sy dlu waktu x matang ag, slalu je nk marah adik..bukn die wat pe pn..tp cume geram, x bleh tgk muke die..
tumbuk, cakar sume penah..
smpai sekrg ad parut kt muke die..hehe..
tp skrg bile dua2 dh besar, dh xde la nk gaduh..klu ad pn..perang mulut ckit jer..
tmbh2 sayang kt adik..

Dr Amad said...

Bella- Nanti bila dah besar-besar skit...bella ada anak-anak,dia ada anak-anak,kenang balik mesti best....

"Otai jugak aku ni dulu...dari otai kepada ibu mithali," huhu.Time tu bella akan senyum sendiri.

Bella kene pandai kawal la lani,nanti dapat bidadara...sbb laki ada bidadari...hehehe.