Monday 9 March 2009

Bahasa Jiwa Bangsa

Senario di Sekolah


Sejarah negara terpahat kembali dengan gegak gempita pejuang bahasa Malayu,mengulangi sejarah pejuang bahasa dahulu,atuk nenek kita.Pada 7 Mac, satu perarakan untuk menghantar memorandum membantah PSSMI ( Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa English).Ia dibuat untuk menyatakan sikap membantah dasar ini kepada Yang Dipertuan Agong. Disebalik demonstrasi itu terselit seribu macam cerita. Dari permit hanya dibenarkan untuk berhimpun di Masjid Negara sahaja sampailah tembakan peluru pemedih mata (tear gas) ke dalam masjid.Ini adalah jalan terakhir bagi mereka selepas pelbagai usaha dibuat tetapi hanya dipandang seperti lalat hinggap dihidung.Tidak dilayan oleh pemerintah.


Sejarah diimbau enam tahun dahulu,apabila dasar ini dicadang dan dilaksanakan di zaman perdana menteri ke-4,Tun Mahathir dengan tujuan membaiki dan memperbanyakkan rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa dunia,Bahasa English.Ia diperkenalkan kepada para pelajar samaada bandar atau luar bandar,dari sekolah rendah sampailah peringkat universiti.


Pelbagai kaedah digunakan untuk menjayakan dasar ini,setiap guru sains dan matematik diwajibkan menjalani kursus kilat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa English.Dengan peralatan bantuan belajar,ia melengkapkan lagi dasar ini.


Cerita Ibu,Cerita Amad,Cerita Orang Kampung



"Ibu macamana ibu mengajar budak-budak sains dalam bahasa English ni?Budak-budak itu paham ke tidak?," tanya saya.


"Bagi ibu,dah arahan atasan suruh macam itu,ibu ikut je.Kalau nak tahu payah ke tidak,sememangnya payah la.Budak-budak sukar nak faham.BI mereka tidak pun improve apa-apa," jawap ibu saya.


Ibu saya adalah seorang guru sains.Dia pernah mengajar telah mengajar saya dan abang di sekolah menengah untuk matapelajaran sains.Pengalaman sudah berpuluh tahun.Itu luahan jujur seorang pendidik yang mengajar di kawasan luar bandar.Sememangnya berbeza pelajar luar bandar dan bandar,suasana yang berbeza,penguasaan juga berbeza. Majoriti pelajar luar bandar adalah Melayu dan Islam.Percayalah,jika pelajar sudah tidak berminat dengan belajar,tiada apa mampu kita buat.Disuruh mengira,yang mereka buat terjun paya.


Saya berkesempatan mengajar Amad Kecik,semasa cuti baru-baru ini.Saat dan tika itu,sedar bahawa menjadi seorang pendidik ini bukan mudah,tambahan disampaikan dalam bahasa yang dia sendiri tidak tahu tengah dan tepinya.


" Hundred divide by two....Ni faham ke idak ni?," tanya saya,dijawap Amad kecik dengan muka blurr.


"Ish...gini la...Amad ada seratus,lepas itu Amad bagi dua seratus tu...dapat berapa?," saya jelaskan dalam bahasa Ibunda Amad Kecik.


"Eleh,yang tu tahu la...mestilah 50!," jawap Amad Kecik dengan spontan. Saya menarik nafas lega,lega kerana Amad faham.Pada masa sama,ia menyesakkan fikiran.Memikirkan masa depan kelam,bahasa Ibunda dan bagaimanalah penguasaan Matematik dan Sains mereka nanti.


" Payoh jugok ni,anok-anok mokcik dok pahang setarang habuk nape yang duk belajor kat sekoloh.Orang patutnya darjoh 3,boleh main pecahan...ni yang tolok bagi dok tahu mende apa," luah ketidakpuasaan hati seorang ketua wanita UMNO cawangan.


"Makin-lama makin tak faham.Begitu jugak CD interaktif yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran yang tidak dapat digunakan kerana kekangan bekalan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada generator.Bekalan minyak tiada, LCD terbakar kerana elektrik tidak stabil arusnya," komentar guru yang mengajar di pedalaman
.


Ini semua pengalaman saya,yang perlu dan wajib diceritakan dalam mengungkai masalah ini.Ini kerana,cerita ini adalah cerita KITA,cerita ADIK-ADIK KITA,Cerita MASYARAKAT KITA.


Zaman Sekolah


Sejarah saya juga dari sekolah yang boleh dikategorikan luar bandar dengan 100% bangsa Melayu.Pada awalnya,sukar untuk saya menguasai Bahasa English,tetapi semangat itu hadir dengan pelbagai faktor.Dari guru,keluarga dan keinginan diri yang kuat,Allhamdulillah keputusannya bagus.Dahulu,saya boleh menulis dengan baik tetapi jika bercakap...


"I cannot go (ambe dok leh gie)," bak kata orang kampung


Dari seorang pelajar luar bandar kepada pelajar perubatan dengan segala cara pembelajaran dalam Bahasa English,pada saya tidaklah sesukar mana.Tidak bermasalah dengan term dan bahasa.Boleh diatasi dengan cara belajar secara berterusan dan sahabat-sahabat yang cukup mendukung.


Semuanya Dengan Package


Generasi Penerus Bangsa


"Eh,adik saya bolehlah belajar elok je," cerita seorang gadis dengan kehebatan adik dia belajar PSSMI ini.


"Tolonglah jangan ubah,saya dan cukup seronok dengan PSSMI ini.Enjoy je saya belajar," seorang pelajar berpuas hati.


"Orang melayu ini malas,padahal kalau mahu...boleh sahaja belajar dalam BI ni.Ni sikit-sikit bangkang,sikit-sikit demo...ni jenis tak mahu tengok orang Melayu majulah ni," tegas seorang pakcik di kedai kopi sambil main dam haji.Contoh orang melayu yang maju.


"Can i speak in BI,i can't speak Melayu," pinta seorang bukan Melayu,rakyat Malaysia yang tidak boleh langsung bercakap Bahasa Melayu.Ia melukakan hati saya sebagai rakyat Malaysia.Masakan rakyat Malaysia tidak boleh berbahasa Melayu.


Ia Kecelakaan Bahasa!


Ramai bila berbicara apa pun,dari tajuk agama sampailah kepada politik semuanya hendak dikupas dengan package dan serangkai.Ada yang berkait tetapi tidak semuanya betul pada tempat.Betul tapi kabur. Mahu membicara soal bahasa,dimasuk sama soal sikap.


Jika malas berakar didalam badan,yakinlah apa-apa bahasa pun tidak kuasai.Usahkan bahasa Englis,Ibunda juga akan dilongkangkan jika malas,membebalkan diri. Jika rajin,kita boleh belajar Matematik dalam bahasa German sekali pun. Tetapi ia bukan soal sikap,ia soal masa depan para pelajar,generasi penerus bangsa,masa depan bahasa Melayu.


Adakah dengan adik yang berjaya,kita boleh ketepikan 50ribu pelajar tercicir dengan dasar ini?

Adakah pelajar itu seronok menjawap soalan dalam BI,kita boleh ketepikan pelajar yang menghantar jawapan kosong kepada guru?


Pak Samad


Saya ada telusuri sejarah Sasterawan Negara kita ini,A Samad Said.Dengan berwatak lembut,pendiam dan penampilan yang berlainan.Ia cukup cocok untuk mengenali beliau.Awal mengenalkan dasar ini,beliau hanya berdiam.


Selepas pulang umrah,beliau tidak mampu lagi menahan gelodak dijiwa melihat bahasa Melayu dipinggirkan.Dia bingkas bangun sampai memimpin demonstrasi besar-besaran ini.


Sedangkan,beliau boleh memilih bertindak seperti sikap sesetengah pada kita.Enak tidur dikatil empuk,makan cukup,duit tidak berkunjung surut.Ia berbeza dengan Pak Samad,dengan usia yang masuk senja,badan yang lemah,beliau memilih jalan sukar ini.Tidur lewat malam,siangnya mengirup asap pemedih mata.Beliau tidak mahu bahasa Melayu ini mengalami nasib yang sama seperti tulisan jawi.Boleh bilang dengan jari insan yang mampu menguasai jawi.





"Rupa-rupanya begini cara menyelamatkan bahasa," A Samad Said


Sejarah Islam dan Bahasa


Saya adalah Islam,tetapi yang tidak menganut fahaman ultramelayu.Prinsip asasnya,kita sebagai orang Islam dalam sesuatu tindakan perlulah tidak lari dari landasan ini.


Sejarah membuktikan,Islam pernah muncul sebagai kuasa dunia dengan menguasai dan pelopor dalam segala disiplin ilmu.Semuanya dalam bahasa arab,bahasa Ibunda kaum Arab.Mereka kuasai dunia dengan bahasa mereka,bahasa Arab.Disaat orang Islam mencipta peta pertama dunia,orang eropah masih membuang air didalam sungai.Institusi gereja yang mengongkong,menyebabkan kemunduran itu membarah.


Diatas kesedaran itu,mereka memisahkan gereja dengan dunia,dan akhirnya mereka dapat keluar dari kegelapan itu.Mereka mengembara,belajar dan menterjemah kitab-kitab arab kedalam bahasa mereka.Ia dilakukan dengan penuh kesungguhan menyebabkan mampu muncul kuasa dunia dengan menghantar dunia Islam ke tempat hina.

Laa Izzata illa Bil Islam!


Jadi,untuk maju kembali ia perlulah dalam bahasa Ibunda.Ia pernah dibuktikan oleh bangsa Abar,Bangsa Rom,Negara Jepun,Perancis mahupun German.Jangan kita memilih jalan mengundur kebelakang dalam soal bahasa ini.


Solusi




PSSMI ini perlu dihentikan dan dikembalikan kepada asal,bahasa Ibunda.Bahasa Melayu.Dengan mengekalkan tujuan asal Tun,bahasa English perlu diperkasakan secara maksimum.Cara dan corak pembelajaran Bahasa English perlu difikirkan kembali dan diubah jika ia kurang memberikan impak yang maksimum.


Bahasa Melayu perlu diletakkan pada tempatnya.Semua pemegang kad pengenalan Malaysia,wajib menguasai bahasa Melayu.Tidak kira dia pelajar ataupun ahli parlimen.Dewan Bahasa Pustaka hendaklah mengambil tindakan drastik dan pelopor perubahan ini.

Saya cukup optimis jika semuanya diletakkan pada tempatnya,Insyallah ketamadunan Islam akan kembali.Saya beragama Islam,bangsa Melayu,bertutur fasih dalam bahasa Melayu, Bahasa English sebagai bahasa kedua,ingin belajar bahasa Arab dan bertatih dalam bahasa Sunda.



Yang Kurik Itu Kundi,
Yang Merah Itu Saga,
Yang Elok Itu Budi,
Yang Indah Itu Bahasa.


Bahasa itu cerminan Budi.Jadi berbahasalah dengan budiman.


Nota 1: Amad harap setiap komentar,hendaklah dalam menyatakan sikap.Menyokong PSSMI dibenarkan,menolak PSSMI juga dipersilakan.Yang penting jangan tergantung.


Nota 2
: Untuk mendapat situasi sebenar warga pendidik dan pelajar berkenaan PSSMI ini,ayuh kita lawat blog ini... Klinik Ummi


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

34 comments:

duha said...

jangan lupe bahasa melayu pernah jd lingua franca iaitu bahasa yang dipakai satu dunia suatu masa dahulu.. :)

siape kate ketinggalan kalau kekal dengan bahasa ibunda??

Dr Amad said...

Ibn Khaldun didalam mendefinisikan sejarah mengatakan bahawa tamadun sesuatu bangsa itu ibarat roda,ada turun dan naiknya.Jika sekarang,bahasa melayu begitu hina sampaikan orang melayu sendiri malu bertutur didalam bahasa melayu,tidak mustahil ia akan kembali pada zaman kemuncak di era Kesultanan Melaka dahulu.

Siapa boleh jamin,British atau Amerika dapat kekal terus diatas,ketuai dunia?

Insoft said...

sorry bro
"i sound stupid when i speak in malay"

Dr Amad said...

Mohsein- Actually they stupid before their can't speak malay

Orang mcm ni jumpa di Mat Kilau,conferm ditikam dulu.Cit...

muniri said...

kesian bahasa melayu....
ditindas oleh bangsa sendiri...
itu lah melayu..
penat jer nenek moyang menuntut kemerdekaan dr british...
tgk cucu cicit depa p hapus bahasa melayu...
kagum sape yg g demo...
teringin nk kena tear gas skali dua=)

muniri said...

betul la kata tun mahatdir "melayu mudah lupa"
xbelajar dr sejarah...
hapus tulisan jawi lihat la sekarang berapa kerat org yg tahu jawi??
nnti 10thun 20 thun tgk la ape jadi ngan melayu ni??

Dr Amad said...

Muniri- Orang berkata " Ala takkan kot hanya belajar 6tahun,bahasa melayu nak pupus?".

Nanti saudari akan jumpa insan yang bercakap melayu,tetapi kosong berkenaan disiplin2 bahasa melayu...sekali lagi lihatlah tulisan jawi.

Farhan said...

salam,
aku pun orang kampung amad..kuala berang lagi..jak tadika smp SPM belajar tolok tamboh dlm bahasa melayu..masuk intec baru la mula guna plus, minus, squared etc..takde banyok masaloh sgt walaupun pada awalnya agak kekok..sbb english aku mmg dok berapa mantap..dan le ni alhamdulillah la..rasa selese doh dlm BI..malah rasa kekok pulak nak translate blk apa yg aku belajar kat kuliah dari BI ke BM..tak perlu pun PPSMI ni..yg penting adalah pemahaman kepada apa yg dipelajari dlm subjek sains n math tu..asas kena kuat..

aku kekal ngan stand aku..PPSMI tak diperlukan utk memajukan anak bangsa dlm sains dan matematik atau untuk memantapkan penguasaan BI anak bangsa.yang diperlukan hanyalah penekanan kepada cara pembelajaran BI itu sendiri.

Dr Amad said...

Farhan-Owh,kite supe la...orang kg.Life dengan itik lembu..tapi tidak semestinya orang kampung tiada yang mempunyai kesungguhan untuk belajar dan berjaya.Banyak insan-insan yang berjaya sekarang adalah dari kg dan belajar dalam bahasa melayu.

Ramai pelajar yang tidak memahami dan menguasai matapelajaran sains dan matematik didlam BI ini.Untuk sekadar term2 diperingkat u,tidaklah membebankan mana.Memang ambil masa,tetapi ok2 je.

Jom,kite buktikan orang kg boleh berjaya...=)...Lembu itik apa kabo?

sinar_islami said...

kalau kat luar negara
orang tempatan sibuk suruh kita ajar mereka bahasa Melayu...
"apa khabar"

kalau kat negara kita
orang tempatan sibuk suruh kita
maju dengan bahasa Inggeris
"how are u"

teringat pengalaman mengajar first batch junior yg belajar fizik n add math dan kimia dalam bahasa inggeris~terkial-kial juga membuat persiapan sbg guru sandaran~sedih meihat keperitan mereka belaja..mereka kena pula kuasai term in science pada masa yg sma ingin paham, momentum, hukum Boyle, nak tau reaction dan ect...

menyesakkan jiwa juga.kesian adik2 kita. Jepun , France blh guna bahasa ibunda mereka kenapa tidak kita?~wondering sigh:::

Dr Amad said...

Sinar- Hanya yang turun ke medan tau perit jerih berbanding insan yang makan roti boy diatas katil empuk sambil mengomen itu salah atau betul...

Buat pembaca,renung kisah pengalaman guru sandaran ini.

Insoft said...

aneh...
satu dasar yang tidak disokong oleh majoriti rakyat malaysia tanpa mengira kaum dan pahaman politik.
dilihat dari survival politik juga tidak menguntungkan.
tapi ia masih mahu diteruskan.
ada apa disebaliknya?

kate kawan aku
"anwar agen amerika dan zionis"

Insoft said...

bro,bile nak join abg2 baju merah dok depan skali tu? hehehe

Dr Amad said...

Mohsein- Aneh juga den,orang kata ini isu politik.Politik apakejadahnya jika A Samad Said turun demo sama?dia ahli Parlimen mana? Sedar atau tidak,dikalangan pemerintah sendiri ada yang menentang..aka Ahli Parlimen Batu Pahat.Ada yang tahu hal ni???

Nak join?xbalik malaysia lagi daa...lani try2 join abang yang pakai baju coklat dengan ikat kepala oren...hehe.Siapa mereka? Kata Nabil... Lu pikirlah sendiri.

aku agen HPA...

Insoft said...

tiada pemerintah atau pembangkang.
yang ada kebobrokan,kejahilan atau kebenaran,keadilan.

aku juga agen HPA. mai secawan!

Hanis Syamimi Che Ab. Karim said...

salam...
tengok gambar tu,teringat ustaz ngaja insya' maahad dulu cakap,kita nak wat karangan arab ni jgn rumit sangat..biasa2 dah la..'ana thoriq-thoriq akala rrih fil hadiqoh'..jadi la ayat 'saya jalan2 makan angin kat taman.'aha lucu la ayat tu.
memahami dgn bahasa sendiri tu mudah.bahasa asing perlu,tapi bahasa sendiri jgn di'anak tirikan..'

Dr Amad said...

Anak Pak Cik Karim- kesimpulan yang ringkas tetapi tepat...

Don't thoriq2 tgh malam naa

Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Hanis Syamimi Che Ab. Karim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
dr muthiah said...

hehe
ppsmi ppsmi...

bahasa jiwa bangsa
lets maintain BM as primary language of the state
no matter what
rsenya, majunya sesuatu bangsa bukan atas dasar BI nya hebat atau tidak...(yes, it does play role for the present tyme coz BI is the Lingua Franca)

but please, not to the extent BI melebihi BM dalam semua perkara, including to become the bahasa pengantar di sekolah

ntahlah...its my humble thought
freely judge

Anonymous said...

Bahasa sememangnya jiwa bangsanya. Rosak bahasa rosaklah jiwa. Hal ini adalah kerana peranan bahasa sebagai wadah utama sesuatu bangsa untuk berinteraksi, baik untuk perbualan harian malah pembelajaran ilmu. Sesuatu ilmu tidak akan dapat disampaikan dengan baik sekiranya bahasa yang digunakan tidak dekat dihati pelajar.

Tidak salah rasanya, sekiranya di peringkat awal pembelajaran yang masih terkial-kial mahu mengenal tolak bahagi, mengenal hipotesis dan eksperimen untuk bertatih dalam bahasa ibunda. Setelah mantap asasnya, baru bisa kita bicarakan pada anak-anak ini untuk meluaskan kemahiran dalam cabang wadah yang baru (Bahasa Inggeris).

Namun, saya seakan dapat memahami resah di hati tua Pak Samad, apabila masyarakat mula meragui kebolehan bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ilmu. Jika difikirkan, seandainya PPSMI diteruskan tanpa sebarang kekangan, pastinya bahasa Melayu akan terus pupus dan nilainya sebagai rasmi hanya sekadar coretan memenuhi sedikit ruang dalam perlembagaan Malaysia.
Sampai bila pun, kita tidak akan berjaya memantapkan institusi ilmu kita yang malas menterjemah, di mana dasar pandang ke timur kita.. sungguh klise kan?
Orang Jepun boleh membaca buku perubatan dan nano teknologi sambil tergolek-golek dek mudah menghadamnya dalam bahasa sendiri. Seperti mana saya cemburukan pelajar Russia yang membaca buku perubatan di dalam sesaknya bas tanpa perlu berkerut untuk memahamkan tiap patah perkataan.

Fikir-fikirkan..
p/s: maaf panjang berjela, tapi saya nak tegur sesuatu.. yang kurik itu KUNDI bukan kendi..
=) salam dari bumi Nizhniy.

QifA said...

Bukan kisah mati bahasa mati bangsa.

Malaysia baru 52 tahun merdeka. Malaysia dah ketinggalan dari banyak aspek kehidupan. Ini realiti yang harus ditelan bersama-sama.

Malaysia tiada ketamadunan dari segi sains dan teknologi.

Atas sebab inilah kerajaan menghantar pelajar-pelajar ke Jepun, Amerika, Russia kerana negara-negara ini maju dalam bidang mereka tersendiri. negara-negara tersbut telah mencapai ketamadunan yang lebih dari Malaysia dan mereka mengambil masa beratus tahun untuk mencipta tamadun tersendiri. Ilmu-ilmu di peringkat universiti di Malaysia pon banyak disampaikan di dalam bahasa Inggeris.

Bukan kita hendak merendahkan martabat bahasa Melayu, tetapi dengan cara mendalami bahasa Inggeris kita dapat memahami dengan lebih mendalam lagi ilmu-ilmu yang disampaikan dalam bahasa tersebut.

Dengan kefahaman yang mendalam, dapatlah kita menterjemahkan buku-buku tersebut dengan lebih mantap lagi.

Cuba lihat post ini http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

Kalau kita tak mendalami ilmu sains dan teknologi dengan betul dan tak mendalami bahasa dengan betul, inilah alih bahasa yang mungkin kita akan baca dalam buku-buku teks fizik dan ilmu sains yang lain.

Jadi, sedarlah mana posisi kita dan perlulah kita bersikap merendah diri seketika. Oleh sebab itu, saya rasa inilah logik perlunya pembelajaran dalam bahasa Inggeris untuk subjek sains dan matematik.

Dr Amad said...

Dr Muthiah- Ia sepatutnya lebih dari itu.Bahasa melayu sepatutnya dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmiah...

Dr Amad said...

N.nurani-Dasar pandang ke timur?saya pun tidak pasti kendi atau kundi,sebabnya ada yang tulis kendi...apa2 pun sudah diperbaiki...

Dr Amad said...

Qifa-Sudah terakui,Malaysia merdeka 51tahun tapi ketinggalan dari segenap aspek...mana tidaknya sibuk dengan keris.Tikam kanan,tikam kiri..

Situasi saudara/i bagi itu tepat,bahkan situasi yang sama berlaku 1000tahun dahulu di zaman Islam memuncak.Menghantar pelajar keluar,ia dipanggil sebagai merompak ilmu.Dunia Islam dahalu,belajar dari falsafah yunani kuno dan rom,selepas itu membawanya pulang. Buku diterjemah,ilmu disebar luaskan tanpa sedikit pun mengubah bahasa rasmi mereka arab kepada bahasa yunani atau rom.

Sememangnya banyak ilmu yang diajar dalam BI diperingkat unversiti,dan prof-prof disana berjaya dengan bukan PSSMI.Macamana tu?

Kita seakan mencapai titik temu bahawa cara manage BI itu perlu diperkasakan lagi...tetapi bukan dgn PSSMI.

Orang sakit gigi,jumpa siapa?
a) doktor gigi
b) posmen
c) YB

Orang tidak pandai BI,cari siapa?
a) cikgu matematik
b) cikgu sains
c) cikgu BI

QifA said...

ini bukan soal keris tak keris. Itu dah ke arah politik.

dan saya amat tak setuju dengan frasa "merompak ilmu".

Al-Kindi sendiri menterjemah karya-karya bangsa yunani ke dalam bahasa Arab kerana bangsa yunani pelopor dalam bidang falsafah. Al farabi sendiri telah menelaah karya karya Aristotle,plato etc di dalam bahasa yunani kerana mereka pelopor di dalam bidang tersebut.

Sekarang ini, siapa pelopor di dalam sains dan teknologi?

negara-negara Barat yang menjadi pelopor di dalam sains dan teknologi dengan menggunakan bahasa pengantara bahasa Inggeris. Rakyat China sekali pon sekarang digalakkan belajar bahasa Inggeris.

Bukan erti dijajah, tapi ini budaya ilmu masa kini.

Mungkin suatu hari nanti ada Malaysian yang akan pulang ke Malaysia dari luar negara dan menterjamahkan karya-karya ke bahasa ibunda.

macam Al-Kindi dan al-Farabi buat dulu-dulu.

sinar_islami said...

hairan juga ya...

negara arab sendiri belaja dalam bahasa arab d pringkt sek~markah tok sah kata kalah org melayu~even medic yg dalam bhsa inggeris tu deme leh skor 98%-99%..mereka usaha jga dalam bhsa inggeris..

kalau kita prof boleh bilang,negara dia berjuta rasanya dan hebat2 belaka
semua posting luar negara..lebih hebat dari barat~science ada agama pun ada::pakej lengkap...
cuma 4 certain reason kenapa nama mereka x diangkat::kajilah kenapa ya::

tak jadi masalah ana rasa kekalkn bhsa melayu tapi kukuhkn la bhsa inggeris ikut cara lain
kita pun bekas budak2 sains "melayu tulen" ramai je cemerlang...setiap benda ada pro & cont

mmmm nak jaga nama negara & angkat nama di mata dunia byk lagi cara lain ana rasa~yg ditakutkan makin lama hilang bhsa ibunda~realiti tgk sekeliling..Wallau3alam

sekadar pandangan dari pemerhatian kecil ni~kalau slh harap maaf

Dr Amad said...

Qifa- Jika al-Farabi dan Al-Kindi menyalin semua buku-buku peradaban dunia kedalam bahasa mereka tetapi kenapa kita tidak?

Kita lacurkan bahasa Melayu dengan mengharap suatu hari nanti,insan-insan yang pergi belajar keluar itu balik dengan menterjemah buku-buku didalam bahasa melayu.Adakah itu ada kesimbungan? dengan bahasa melayu yang zero,mahu mereka menterjemah dalam bahasa Melayu...Sungguh itu bukan caranya. Memang indah berbicara soal semalam.

Orang melihat yang menentang PSSMI itu menentang BI,sudah dibaca tuntutan Gerakan Mansuh PSSMI? Ada frasa yang menyatakan BI perlu dihapuskan? China menggalak orang belajar BI,begitu juga anti-PSSMI,begitu juga saya,begitu juga sahabat-sahabat lain. Persoalannya,adakah negara China yang mengalakkan rakyatnya belajar BI,menukar bahasa pengantar utk subjek sains dan matematik dalam BI?

Kita bicara soal ketamadunan sampaikan lupa dua elemen yang amat penting...pelajar dan guru. Bersediakah mereka?Sekali lagi,ingin saya pesan...lihatlah adik-adik kita dipedalaman,mak ayah bela kambing lembu dan mewakili lebih dari separuh pelajar dan melayu...sy ini bukan ultramelayu

Betina dalam slang kelate itu lembut...begitu juga merompak ilmu.Jika tidak boleh ditelan,boleh sahaja menukar kepada transfer ilmu.

Jangan segan datang ke blog ini...syukur ada teman berbincang seperti saudari.

Dr Amad said...

Sinar- Negara yang amat mengagungkan BI didalam segenap kehidupan sebagai contohnya India dan Filipina...

Dimana mereka sekarang?pelopor kuasa dunia?lead the world in science and tech?

Lihat German,Perancis,China,Jepun. Lihat bahasa mereka,lihat system pembelajaran mereka.Lihat kejayaan mereka.

Bahasa melayu dimartabatkan,BI diperkasakan...cantik kombinasi tu.IA ana yakin,kita akan jumpa bijak pandai yang mempunyai bahasa melayu yang teratur,dan BI yang mantap...+ iman yang kuat.

ana sains dan melayu tulin...rambut tak warna kuning

sinar_islami said...

begitulah sebaiknya, sokong tanpa bantahan...

Bahasa Melayu dimartabatkan, BI di perkasakan...

dr muthiah said...

wah ami..
u r the man
haha

yang penting, akak sokong anti-PPSMI nie :)

sama2 doakan yang terbaik

Dr Amad said...

Dr Muthiah- I'm already the man..alwayz..hehe

3rdmarch said...

Salam..
pendapat saya la..
penggunaan BM dlm pembelajaran matematik dan sains mestilah menyeluruh..
Bukan setakat peringkat bawah mcam kat sekolah je..
Tapi di peringkat Universiti juga..


Bahasa Melayu dimartabatkan, BI di perkasakan dan Bahasa Arab jangan dilupakan.

(n_n)v

Dr Amad said...

3rdmarch- Muhahaha...lengkap trs dibagi ye.Bagus-bagus...