Monday 16 March 2009

Cinta Plastik

Cinta Monyet


"Amad,kamu enggak punya pacar (couple)?," tanya penduduk tempatan disini.


Saya hanya menggeleng kepala menandakan tiada dan tidak berpacaran (couple).


"Ish,masa sih kamu enggak pacaran.Ayuh dong cari ceweknya," lagak seakan penjual barang direct selling.


" Oh,enggak apa-apa ibu.Belum masanya lagi sih," jawap endah tidak endah.Malas layan dan lapar sebenarnya.


Itulah situasi bukan sekali bahkan banyak kali terjadi pada saya.Dari saudara mara,sahabat-sahabat bahkan jiran tetangga disini,bertanya kenapa tidak bercouple? Kenapa tidak keluar bersama kawan perempuan.


Jika awal boleh saya sambut dengan senyuman tanpa jawapan,sekarang seakan naik meluat.


Cinta atau Nafsu


Tenang sambil minum kopi susu panas disaat mentari malu-malu untuk memacar sinar.Dingin berkabus diluar sana.Serius memang mendamaikan.Layan blues habis.


" Salam,Fahmi apa khabar?," sapa seorang teman di YM


"Wslm,baik alhamdulillah sihat je," jawap santai.


Bertanya dan berkongsi serba sedikit perkembangan terkini yang masing-masing hadapi. Dari masalah negara sampailah dia menceritakan dan meminta pandangan tentang pasangan yang bercinta ini.


Jalan ceritanya tetap sama.Sama seperti yang sudah-sudah saya dengar. Si lelaki bercouple dengan dua orang gadis serentak,dan salah seorang si gadis itu mengikut usrah.Keluar malam bersama,pulang sampai lewat malam.Sampai ke rumah,dibebel pula dek teman serumah.


Kisah yang selalu kita dengar bukan.


" Ko ini perlu bercouple tau.Kalau tidak bercouple macamana nak kenal si dia,nak tahu hati budi dia.Ni masa nikah baru nak bercinta...euwwww!," seorang kawan me"motivasi" teman untuk berjinak ke alam itu. Alam dimana si lelaki menjadi ulat bulu,si perempuan gatal tidak tergaru.


Adakah betul penyataan itu?


Bila tidak bercinta,kita tandus kasih sayang dialam pernikahan? Adakah dengan bercinta bagai nak rak,kehulur kehilir,sms secara marathon tanpa henti dapat memastikan jodoh itu kekal sampai mati?


" Main tukar pasangan itu bukan cinta,itu nafsu.Yang seronok si lelaki,si perempuan bodoh tidak menjejak tanah.Al-maklumlah kepala masuk air.Kadang-kadang tu si perempuan lak yang duk tukar-tukarnya...dasar tak sunat time kecik!," jawap saya seloroh.


Sebagai seorang insan yang mengaku Allah sebagai Al-Khaliq dan Nabi Muhammad sebagai us'wahtunhasanah,kita perlu membuang sikap ini dalam diri.Itu bukan cinta tetapi nafsu serakah. Nafsu lelaki ibarat seperti manusia yang dahaga,meneguk air laut.Makin diteguk,makin dahaga.


Men,always men...nothing change



Buat si lelaki,kalian sememangnya bertuah diSINI tetapi DISANA belum pasti wahai saudara!


Walaupun ia kedengaran keras tetapi sejujurnya,perempuan yang menyerah segalanya kepada insan yang tidak berhak diatas dasar CINTA itu lebih teruk dari pelacur. Lelaki perlu membayar pelacur diatas khidmatnya. Manakala, pihak sini bagi percuma kononnya kerana cinta.


Si pelacur,dunia dapat,akhirat belum tentu.

Si gatal miang,dunia tidak tahu tengah ketepi,akhirat lagi-lagi samar.


Bina Atas Takwa



Sering sekali saya mendengar pencintaan yang sebegitu lama tidak berakhir dijinjang pelamin bahkan ada yang sempat ke pelamin bertahan 12 hari.Itukah cinta yang kita mahu? Itukah pengakhiran yang kita dambakan?Jangan terkejut,ada isteri meminta cerai kerana si suami picit tiup ubat gigi diatas,bukan dari bawah seperti yang sepatutnya


Jika dahulu sayang,hubby,baby,honey,abang,adik...kenapa tidak dapat kekalkan semua itu dialam perkahwinan?Bila berpisah,semuanya hal yang buruk semuanya keluar.Benarlah kata Allah menerusi firmanNya

43_67

Pada hari itu teman-teman akrab setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang perhubungannya berdasarkan Taqwa

[al-Dzukhruf 43: 67]


Pengakhiran yang baik,perlu bermula dengan langkah yang baik.Jika hubungan dibina atas dasar nafsu semata,itulah yang kita dapat.Puas nafsu,ia berakhir.Mencari yang lain. Jadilah rumahtangga yang dibina atas dasar prejudis dan sikap syak was sangka.Si suami curiga bila isteri keluar rumah.Si isteri bimbang kegiatan suami bila pulang lewat malam.Semuanya berpunca dari kisah silam yang penuh kemaksiatan.


Benih yang rosak,mana mungkin menghadiahkan pokok yang rendang


"Abis tu ada je perempuan baik,tetapi laki hisap dadah," pintas seorang teman. Potong stim sungguh.


Saya bercakap pada keadaan yang umum.Tidak menolak,ada juga diuji Allah dengan kegagalan tetapi sekurang-kurangnya maksiat dan dosa awal telah mereka elakkan.


Jika perempuan kaki shopping,jodohnya mungkin pada penjaga kaunter bayaran.Jika perempuan kaki bola,jodohnya mungkin pada pengadil futsal.Mungkin...


Semuanya perlu dibina atas dasar takwa.Benihnya elok disemai,percayalah pokok yang rendang muncul. Kasih sayang,perasaan cinta,romantik, caring itu hadir pada hati yang sentiasa takutkan Allah.


Buat sahibah,jangan risau jika sekarang tiada jejaka sms setiap masa,makan pakai tidak ditanya.

Buat sahabat,jangan berduka,demam tiada yang menghulur ubat,hari jadi tidak dihadiahkan teedy bear.


Harga Cinta



Ini harga yang perlu kita bayar untuk CINTA TAKWA itu. Jangan bimbang,perempuan yang baik dan solehah itu masih ramai.Jangan bimbang syabab soleh itu tidak berkunjung surut. Serius saya cakap...


Ayuh buktikan nanti,kitalah yang paling harmoni rumahtangganya, anak-anak yang soleh solehah, penuh dengan kasih sayang,si lelaki romantik pada isteri,isteri indah dimata suami.


Malu itu pakaian wanita,jika dilucut pakaian itu,tiada malunya lebih dari lelaki.Semuanya perlu bermula dengan TAKWA.


Lebihkan MENJADI dari MENCARI


Nota 1: Peperiksaan sudah habis dan sekarang cuti seminggu.Ada cadang untuk isi masa lapang?


Nota 2: Belum membeli dan membaca buku " Dijalan Dakwah Aku Bernikah" tulisan Ustaz Cahyadi Takariawan.Perempuan mesti suka buku ini "Bahagiakan dirimu dengan Satu Isteri"... ahaks!!!


Nota 3: Muslimat yang belum berpunya,jangan gelabah.Percaya cakap saya,ramai lelaki yang bagus diluar tu.


Nota 4: Ingat mahu jadi pengurus Baitulmuslim,tetapi Mohsien dan Gapo tidak bagi.Dengan alasan " Mung tu dok nikoh lagi!." Sekali lagi potong stim.Padahal boleh je kan...


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.



34 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

moga sentiasa membimbing dan membimbing..dakwah penerus penderitaan..sahutla ia demi menggapai syurga akhirat..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...

Anonymous- Buat saudara/i juga. Mereka adalah ladang pahala kita,perangi mereka dengan senjata kasih sayang.

Marah itu tanda sayang

p/s: penat delete double triple comment...huhu

Unknown said...

Jangan libatkan namaku...
Saya tidak bersalah...

Anda tidak terbukti lagi,kena buktikan dulu....
Sapo nak masuk mitak Amad,saya boleh tulung.Huhu....

Ketika Cinta Berbuah Syurga.Ahaks.....

Dr Amad said...

Zulfahmi- Ala aku ni,dewasa dari usia la...haha.So boleh je pegang jawatan Ketua Baitul Muslim.

p/s: tgh tunggu org pinang ni...ahaks

anasolehah_7 said...

Salam ahmad

Semoga terus kuat melaksanakan amar makruf nahi mungkar(^_^)Y. Sayu pandang mereka ni yang lagi sekali bercinta plastik + makan sepinggan + minum sesedotan + sms berejam + beborak seharian..fuhh~..astaghfirullah..pembaziran yang sangat nyata.

p/s : kepada team akhawat yang rasa teraniaya dan dibuli serta ingin melipat saudara ahmad, sila hubungi saya ya..terima kasih;P

Dr Amad said...

Anasolehah- Wslm kak aimi...hehe.

Sama-samalah kita tegakkan yang makruf,menentang yang mungkar. Maka sepinggan tu jimat pe...xda membazir.hehe.

p/s: Sape lipat saya,saya royat ke ibu.Ingat ibu saya tu guru disiplin sekolah tau.So jangan rapat naaa

Anonymous said...

tegakkan Islam sehingga bangkit kegemilangan dahulu..
elee..duk soho ibu dia guru disiplin..ayah saya ggawa hal ehwal pelajar,keto keno kogha sokmo tu tok soho2 pun..

p/s:(kalu dok pehey,silo tanyo oghe kelate)

Dr Amad said...

Guane guno anonymous tow...bau budu la weh.Briggakkk..ggawa je pun,buke menteri pelajare...

Pehey jah demo kecek,mugo dok togok budu jak kecik...berat 6 6 sunggun

Dr Hana said...

Sangat lucu membaca sstgh kata-kata anda, tapi hakikatnya benar-benar belaka.

ayat yang best: lebihkan MENJADI dari MENCARI.

syukran atas perkongsian^_^

duha said...

monyet itu comel..hehe

erm..anyway,saya sedang MENJADI lalla~ haha..belum smpai tahap MENCARI..

tapi kalau sape2 nak mintak tulung carikan bole je..bole join tolong abg fahmi skali..hehe

nak jd pengurus baitul muslim? bole ke?? 0_o (erk..)

p/s: kak aimi..saya mahu hubungi anda..jika perlu ke rumah anda juga saya bisa..demi membela team akhawat..hehe

Anonymous said...

-"Abis tu ada je perempuan baik,tetapi laki hisap dadah," pintas seorang teman. Potong stim sungguh.-

ketika ilmu Allah ingin disamakan dengan ilmu manusia.buduh2..

Anonymous said...

mu tu dok nikah lagi.
lebih baik MENJADI dr TUKANG CARI

Dr Amad said...

Farhana Anak Pakcik Yem- Semoga bermanfaat hendaknya.Amad,payah nak tgk serius...ini seriusss( wonderpet)

Dr Amad said...

Duha- Comey lagi orang yang letak gambar tu lagi.

Article itu hanya orang dewasa.Budak kecik cm dula,tidak perlu mencari,menjadi pun tidak perlu lagi. Yang perlu,amik botol susu ni,pi tido dalam buai...hahahaha. Duk sama-sama dengan kak aimi,duha tuh.

Dr Amad said...

Kasim- Allah pemilik segala ilmu. Yang pasti Sunnahtullah dan Syariatullah tidak pernah bertembung. Yang bertembung hanya insan yang pendek aqalnya.

Dr Amad said...

Mohsein- Taknakjadi tukang cari,tapi nak jadi Tukang Tolong Orang Cari... dapat pahala tu..=)

sinar_islami said...

mmm liku-liku kehidupan sungguh penuh tipu daya..lagi2 di usia remaja..berhati-hatilah

sabda Baginda bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” - (Riwayat Muslim)

maka diantara perhiasan tu kita nak jadi yang mana?? ::

Dari main cinta plastik..teringn lagi cinta kristal ke cinta permata dan belian ke(kalau ada) but nak hasil yang hebat dan nak jadi pemilik benda berharga..jalan yg dirintis pun kena la hebat~menjaga::Allah diutamakn

Then bagi muslimah sejati, tiada yang mereka harapkan dari setiap musibah yang menimpanya, kecuali pahala dan ampunan Allah Robbul Izzah.bgi muslimin pun begitu juga ana kira~ujian tidak kenal jantina

terus dan terus sandarkan pergantungan pada-Nya :) itulah hakikat hidup dalam jiwa hamba..

3rdmarch said...

duha..jd je la partner sheikh..
asyik kene buli..
cam de pape je..
ahaks~

duha said...

enche 3 haribulan mac..anda rasa anda sudah cukup amal dan sudah lama tinggal di bumi Allah ini? kalau ya, silakan ke bale..ada hadiah bes menanti anda

Dr Amad said...

3march- Duha? eeeuwwww

Dr Amad said...

Duha- kalu makan nak jugak la...hehe.Xkan panggil jijol sorg jah

duha said...

nk MAKAN azizul je..wat pe ajak ramai2..kang duha tak knyang..

p/s: tolong abaikan kata2 zizul..dia kurang stabil dua tiga mggu nih..n jgn prasan..lalla~

Dr Amad said...

Duha- Dah abaikan pun ,sebabnya jika alasan kene nyakat,kene nikah alamak ramai la saya kene nikah. Bukan duha sorg je kene nyakat...termasuklah org lelaki...

Opsss...i'm not gay.( emoticon gelak guling-guling sambil tangan tepuk lantai)

Unknown said...

Wei boh...tadi jupo abu saif hantar maid dia balik indon..Baru jah terpk sal dia,terus jupo.huhu...

Dah la lamo doh doj jadi doktercinta..2,3 arinih banyak pulop ore tanyo.Terpaksa la memenuhi permintaan ramai.Tengah tunggu gate g kaybee bukok nih...
Lambat dooh la ;-P

Dr Amad said...

Zulfahmi- Hoh,Mung tanyo gapo jah ke Abu Saif tu?

Sapo yang keno tanyo tu?mung ke aku? Kim salam ke Tok Guru deh.

Dr Amad said...

Sinar- Plastik umumnya murah,jadi pemiliknya adalah dikalangan orang yang tidak berada. Bagi berlian,satu hal yang amat bernilai,dan pastilah pemiliknya orang yang amat kaya.

Cinta Plastik untuk insan yang murah menjual "cinta" mereka.

Cinta Berlian untuk insan yang amat menjaga kesucian "cinta"

Pastilah cinta Allah yang termahal.Pastikah?

sinar_islami said...

sudah pastilah cinta Allah yang termahal antara smua...tak tergmbr dek kata...

3rdmarch said...

bkn sbb nyakat..
tp cara nyakatnye 2..
laen mcam je..
klu nikah pon pe slhnye..
bnda baek kan?
kan?
kan?
kan?
lg pun..sunnah 2..
(promote sunnah skit..ehee~)

Dr Amad said...

3rdmarch- Try cari org ada kene nyakat lebih dari tu lagi...siapa? hehehe.

Sabar pun sunnah jgk=)