Saturday 14 March 2009

FI: Muamalat Non-Muslim

Islam Agama Kasih-Sayang


Salam Ustaz...


Ana mahu bertanya tentang soalan berkenaan mualamat dengan sahabat non-muslim.Untuk pengetahuan ustaz,ditempat ana ada satu program kebajikan untuk anak-anak yatim sekitar tempat ana belajar.


Tetapi banyak persoalan timbul lantaran ia dianjurkan oleh sahabat non-muslim.Banyak sahabat-sahabat seaqidah Muslim bertanya berkenaan hukum menyumbang wang bahkan tenaga untuk menjayakan aktiviti ini.


Pandangan ana,sebagai seorang muslim bukan sahaja patut menyumbang bahkan menyokong program ini berdasarkan beberapa faktor:


1. Tujuan program ini diadakan adalah baik bahkan amat-amat dianjurkan oleh Islam.Islam itu agama kebajikan bahkan agama kasih sayang hatta dengan non-muslim sekali pun.


2. Duit yang dikumpulkan 100% akan disumbangkan kepada anak-anak yatim disekitar tempat belajar yang boleh dikatakan majoriti Islam bahkan jika kanak-kanak non-muslim,Islam tidak menegahnya.


3. Duit itu tidak digunakan untuk tujuan agama mereka.


Apa pandangan Ustaz tentang hal ini?


Jawapan



Assalamualaikum...



Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah datang dengan membawa rahmat kepada seluruh alam. Baginda Rasulullah disifatkan oleh Allah sebagai rahmat kepada sekalian alam. Ajaran yang dibawa baginda tidak tertentu hanya kepada umat Islam sahaja, bahkan melingkupi seluruh manusia hatta makhluk-makhluk lain.



Islam mengajar perhubungan antara muslin dan nonmuslim dengan mensyariatkan hukum Ahli Zimmah. Islam menjaga alam dan makhluk-makhluk yang hidup dengan mensyariatkan hukum-hukum yang berkaitan penggunaan sumber alam dan mengharamkan pembaziran sumber alam.



Dalam masalah yang dikemukakan oleh saudara, sememangnya kita digalakkan untuk bekerjasama dalam isu-isu kemanusiaan, apatah lagi kepada umat Islam sendiri. Apabila kita telah yakin bahawa segala sumber itu digunakan untuk menolong anak-anak yatim yang memerlukan, kita perlu menghulurkan tangan untuk membantu, walaupun pihak yang menganjurkan bukan beragama Islam.



Sebagai cadangan, sepatutnya umat Islam lah yang terlebih dahulu kehadapan dalam isu ini. Ini setelah kita yakin bahawa tujuan mereka hanya lah utk kepentingan anak-anak yatim.Bahkan kadang2 menjadi wajib kepada umat Islam agar mendahului agama2 lain dalam memberi bantuan2 kemanusiaan



Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "pada setiap hati yang basah (makhluk bernyawa) itu pahala". (Bukhari & Muslim).



Hadis ini menceritakan bahawa setiap budi baik yang dilakukan akan mendapat pahala hatta kepada haiwan umpama anjing.



Oleh itu, jelas bahawa bersatu dalam membantu perkara kemanusiaan amat digalakkan.Apatah
lagi ia dapat menunjukkan keindahan Islam dan keprihatinannya kepada mereka yang memerlukan.



Wallahu a'lam...


Mahadi bin Mohammad
Syariah,Universiti Mu'tah Jordan


Nota 1
: Amad harap sahabat-sahabat jelas berkenaan hal ini.Setiap tindakan kita perlu selektif, spesifik dan terarah.Jangan pukul rata semua aktiviti.


Nota 2
: Program ini berbeza dengan Valentine Day's mahupun perayaan agama mereka.


Nota 3
: Amad terpaksa menjawap persoalan ini kerana banyak sahabat yang bertanya.


Nota 4
: Jika ada lagi persoalan tambahan,sila sampaikan melalui komen dibawah article ini.


.: Amad ingatkan kalian just in case kalian terlupa :.

4 comments:

'Abid Sakina said...

hmm..hr tu terfikir jgk..tgk dorng wat..tau xpe je klu bg skongan..tp mmg terpk..ptutnya..kita la mndahului dorng...mulakan..

cry no more kena bjalan dh ni...huk3

Dr Amad said...

Nurul- Orang yang tahu dan faham,tiada masalah.Cumanya ramai yang bertanya soal ini.

Jom hebatkan lagi program Cry Sokmo...eh salah Cry No More...

sinar_islami said...

berita faham~mesej smpi :)

mmm...apa2 yang perlu diteliti matlamat..tak yah susah2 kita sempitkan skop beramal ni..janji tunjukkan syakhsiyah Islamiyah pada non muslim..mana tau kot2 kita perintis jalan hidayah utknya
::smbl semai jambatan hati kta sebarkan dakwah::

Dr Amad said...

Sinar- Sekali lagi,perangilah mereka dengan senjata kasih sayang.