Wednesday 18 March 2009

Hapuskan PSSMI

Berbahasan hangat tentang PSSMI banyak telah diadakan.Ada yang menyokong PSSMI dan ada juga menentang dengan sekerasnya PSSMI. Jika yang menyokong,dibawa dalil adiknya score dan menjawap peperiksaan dalam BI,buku teks semuanya dalam BI, di universiti semuanya dalam BI.

Amad ingin mengajak pembaca membaca laporan kajian PSSMI ini dan buatlah keputusan yang muktamat tentang dasar ini.Pilihan ditangan anda:

Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

"Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

(Sumber: Malaysiakini)

Dengan ini,saya istiharkan bahawa diri ini menentang sekeras-kerasnya PSSMI. Ayuh selamatkan generasi anak bangsa.Demi Islam dan Negara.


Kalian???

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

8 comments:

nur_aishah said...

Slm..
Saya turut menetang PPSMI...
Semoga pihak bertanggungjawab meberhentikan PPSMI yang sememangnya secara terang-terangan MEMAKAN DIRI anak bangsa kita kembali..
AMIN

yg sedihnya, mereka masih berdolak-dalih utk memansuhkannya.

Hanis Syamimi Che Ab. Karim said...

betul betul betul (nada upin ipin..ehe)
sokong3..!!
daripada hilang sains n matematik..
kalau saya..taknak hilang sains n matematik n taknak hilang bi..tapi..mana lagi penting..?
p/s: (suka matematik..tak tahu kenapa memilih doktor..mungkin ada hikmah ALLAH suruh amik doktor...suruh datang sini..)

Dr Amad said...

Aishah- Mereka berdondang sayang kerana kita rakyat masih lena di "comfort zone"...Ayuh kejutkan sahabat-sahabat kita.

Dr Amad said...

Hanis- Tiada perlu kita korbankan salah satu...Matematik,Sains,Bi dan BM semua kita mahukan.

Keadaan sekarang adalah lose-lose situation,kita perlukan win-win situation..

Ana suka matamatik moden...matematik tambahan..kantoi..hik3

Anonymous said...

bagus semangat juang dr amad!!!
kagum!!!!hapus PPSMI!!!
akibat tamak yg lain keciciran...

p/s:balik m`sia leh jd yb KT ni...saya undi dr amad..hehehe

Dr Amad said...

Muniri- Yb KT?Yb Kg Pening Lalat kot..hehe

Anonymous said...

hahaha..
xkesah lah yb kg mn pun...
janji leh masuk parlimen...
xleh masuk parlimen sidang PPSMI bawah pokok pun jd la=)

Dr Amad said...

Muniri- Mungkin x kot...ramai lagi yg berbakat.Kita buat kerja kita islah n D&T