Sunday 19 April 2009

Iman Mutiara

Mutiara Nan Indah

"Dia itu takpelah,dari keluarga baik-baik.Saya ni bukan dari keluarga yang bagus agamanya.Segan saya nak bawa title Islam,saya takut akan malukan Islam nanti," jawapan dari satu sisi.

"Anta tengoklah dia tu.Mak ayah Ustaz,pergi hantar siap sekolah agama lagi.Dulu masa sekolah bukan main dakwahnya,ketua naqib tu. Sekarang, macam haram je perangai...beza amat dengan ayah dia,"dari sisi yang lain pula


Diatas dialog-dialog yang sering kita dengar.Saya tidak bercadang untuk mengulas panjang lagi berkenaan hal ini.Cukup saya tinggalkan satu lagu yang cukup memberi kesan. Dengarlah secara santai dan tumpukan pada bait-bait lirik.

Satu pesanan ringkas,kita bertanggunjawap atas diri kita sendiri.Jika mak ayah tidak mampu bawa Islam, kita anaknya yang harus berusaha membawanya.Dan jangan rasa selesa dengan title keluarga Islamic tanpa mahu untuk mencari agama.Saya lebih selesa agama yang DICARI dari agama TRADISI.

Masihkah kita ingat sirah Nabi Musa yang dibesarkan di Istana Firaun?

Masihkah kita ingat sirah Nabi Nuh yang anak dan isteri tenggelam dek air banjir?

Kerana Iman itu tidak dapat diwarisi...

Iman Mutiara

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah





Nasyid yang ada Allah dalamnya.

Nota 1: Imtihan just around the corner,yuk study.

Nota 2: Selamat berimtihan pada sahabat-sahabat yang lain.

Nota 3: Lempar kelapa,tidak kena sutey habuk botol.Salah kelapa,salah botol atau salah penganjur? Mungkin juga salah maskot.Pelempar dah ok...ahaks


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

18 comments:

Dr Hana said...

Lagu best...tapi ramai yg menyanyikannya sebab lagu tu sedap bukan sebab menghayati maksud di sebalik lagu...uhuk3

nk komen psl nota tu:
terer la dr.amad men bowling kelapa...
tp sy lg terer! haha=p
slh pmukaan yg x rata..huh alasan.

Dr Amad said...

Farhana-Oleh kerana itu saya nasihatkan dengar lagu ini dalam keadaan releks dan hayati bait demi bait liriknya. Insyallah akan memberi kesan.

Agar tidak jadi "Touch n Go"

Saya rasa salah ref la...haha

sinar_islami said...

realiti yang sllu dihadapi..hatta kita pun mungkin pernh mengalami..

tertarik dgn agama yg dicari dari agama tradisi..fact yg perlu kita sendiri renung renungkn

teringat dulu kecik2 suka nasyid lagu ni..siap gaya lagi ye.. :)buat-buat hayati tapi bila dh besar mmg mesti hayati bukn buat buat dah..

DiNi aZiZ said...

salam

saya pun pernah alami sendiri situasi.pernah ada pengalaman kwn sndiri anak tok imam, naqibah, tapi last2 mabuk di bius cinta dgn seorang kristien.

bukan dia x tahu,tahu. apa yang kami buat cuba ingatkan dia kembali dan bimbing dia.alhamdulillah.

itulah, mmg iman itu tidak diwarisi.

tak perlulah judge dia anak ustazah ke,imam ke,dari sek agama ke. yang plg penting diri kita sendiri.

jangan juga kita terlalu 'bangga' akan iman kita skrg, namun doalah moga ALLAH ttp bersama kita melindungi iman kita yg ada pasang dan surutnya.

insyaAllah ^_^

Dr Amad said...

Sinar- kalau kecik,nyanyi orang kata comey,besor-besor,nyanyi sorang2 siap gaya,org kata buang tebiat..hehe.

Dr Amad said...

Dini- Saya ada pengalaman pribadi dari orang yang berkopiah,bertudung labuh sampailah kepada si seluar koyak rabak dan bertindik keliling telinga. Saya tidak mengamalkan label-label orang.

Bagi yang sudah tahu,tiada apa yang mampu kita kata melainkan "Ko ni tidak takut Allah kah?" itu sahaja. Mahu baca ayat al-quran,silap2 mereka lagi hafal,mahu baca hadis,silap mereka boleh bebel sampai rawi.

Pendekatan saya pada yang faham adalah KERAS...

nurira ~* said...

Salam.
perkongsian yang menarik.
saya pun sering juga guna kisah2 nabi seperti di atas ketika berhadapan dengan dialog2 tersebut.
itulah, memang betul, iman yang jitu tidak dapat diwarisi..
btw, apa nama penuh kamu ya? nak link ke blog sy. boleh?

Dr Amad said...

Nurulfirdaus-Sejarah bukan untuk diulang-ulang gambar wayang...ia perlu diambil iktibar oleh generasi masa depan..=)

DiNi aZiZ said...

tu ler..mmg pun. masa nak nasihat mcm rasa patut ke sbb dia lg tau.entah dia lg kluarkan dalil2 plak ke huhu.tp itulah,kita cuba ingatkan apa yg mereka lupa.buatlah yg terbaik semampu kita.
saya nih pun bkn jenis pandai nak nasihat org huhu. maunya ada smpai sy sendiri yg nangis lps tu hehe.
smg diberi kekuatan utk slalu menasihati antara satu sama lain insyaAllah.

Dr Amad said...

Dini- Huhu..perempuan tetap perempuan.Untuk legakan tekanan,alih-alih nangis je jawapnya.Tiada masalah,dicipta untuk dikeluarkan..=)

Nasihat itu penting,tang hidayah serah pada Allah.

sinar_islami said...

dh perempuan..nangis tu ada gunanya jga :)at least bukn la sesaje nangis..backup dini pula

manusia berjenis dan byk ragam so nak hadapi mcm2 la dugaan..yeap apa2 pun serah pada Allah..doa byk2..agar Allah pelihara kita dan kurniakn hidayah pada yg dikehendakiNya..

Dr Amad said...

Sinar- Dah nama pun sama spesies,so backup le..hehe.

anasolehah_7 said...

Salam Amad:

Mungkin sekadar bahan untuk dikongsi. Kita kadang-kadang melihat seseorang yang dalam kejahilan sedangkan keluarganya "habis" warak, cepat sahaja mulut melatah "Apalah dosa/bala menimpa keluarga tu?". Pernah akak dengar dan lihat mulut yang lancang berkata bila melihat dari setandan pisang, ada yang rosak. Sedangkan sewaktu melihat situasi tersebut, kita harus muhasabah, beristighfar dan jangan jadi jurucakap Allah meletakkan hukum dan alasan suatu kejadian terjadi. Berdoalah agar kita dan zuriat keturunan dijauhkan dari kemaksiatan dan zina.

Wallahualam

Akhi Farid Rashidi said...

Salam ziarah pertama kali..

Alhamdulillah, saya sukakan lagu itu sehingga kini. Mendalam maksudnya.

Sebab itulah Nabi pernah mengatakan seandainya anak kesayangannya mencuri baginda tetap melaksanakan hudud tanpa pilih kasih.

Jemputlah ke blog saya.

Dr Amad said...

Anasolehah- Wslm, sama-sama menjaga utk kehadapannya.Oleh kerana itu jangan kita cepat menlabel org...

Dr Amad said...

Akh Farid- Ahlan singgah ke blog ana.Insyallah akan singgah ke sana

nil said...

Salam,
Ada kesilapan sikit kat lirik.
"Di dalam hari manusia"

Di dalam hati manusia...

Dr Amad said...

Nil- Syukran,detail orgnya...akan diubah