Thursday 17 September 2009

Jangan Celaka, Kembalilah Kepada Fitrah

Sehari sebelum pulang, dapur rumah saya sudah tidak berasap. Tukang masak hatinya sudah di Malaysia. Jadi selepas selesai tutorial di fakulti, saya terus ke kedai makan. Hasratnya mahu membeli juadan berbuka puasa. Saya mungkin berbuka puasa berseorangan. Natijah bercouple dengan Cik Canon dan bukan manusia.

Sampai dihadapan kedai, gambaran ikan patin masak pedas dan begedil sudah rancak menari didalam fikiran. Kedai itu ditutup dengan kain langsir, mungkin belum sampai waktu lagi untuk dibuka untuk menjual juadah berbuka. Saya parkir (parking) motor dan melangkah masuk kedalam kedai.

" Ya Allah, celaka sungguh," itu yang terpacul dalam hati tanpa mampu terbendung-bendung.

Satu kedai, penuh dengan jantan yang sedang enak menyantap juadan buka puasa saya. Ikan patin sudah tinggal tulang, begedil sudah lama habis.

"Celaka sungguh," kali kedua ungkapan ini dituturkan.

" Mas, makan apa? bungkus atau disini?," tanpa budak perempuan yang menjadi pelayan kedai.

" Erm, bungkus teteh. Nasi sama ikan patin tu," jawap saya dengan mendatar.

Dengan hati berkata...

" Wat apa makan kat sini dengan orang celaka ni! Baik adik jiran aku yang umur 6 tahun puasa habis. Ni misai boleh sangkut baju, tidak puasa, celaka."

Menyusut pahala puasa saya hari itu. Dengan hadirnya ungkapan "celaka" kali ke 4. Pantas terkenang negara itu sering dirundung malang dan bencana setiap saat. Lantaran maksiat yang merebak dikalangan masyarakat dia. Saya cuba bersangka baik dengan setiap manusia yang makan disitu,mungkin ada kekangan atau kelonggaran dari segi syarie'.

Jadi...

" Disini semuanya jantan, jadi mungkin darah haid keluar ikut hidung kot. Celaka sungguh," datang lagi celakanya.

Usah dibangga dengan Malaysia, sini masih ramai adik-adik lelaki yang berumur 50 tahun yang ponteng puasa. Tetapi masih dibanggakan kerana penguatkuasaan masih berkuatkuasa. Tetapi tidak dibumi saya belajar itu. Selamba "badak" makan ditempat umum tanpa ada kemaluan. Masih berat tugas ikhwah-ikhwah disana untuk membetulkan senario ini.

Siapa sangka di bumi Jatinangor diselamatkan dari gempa yang kuat, kerana puasa budak 6 tahun jiran sebelah itu walaupun asbab untuk Allah datangkan bencana sudah tidak terkira.

Sungguh, Allah maha pengasih dan penyayang.

" Manusia ini ada 4 golongan, salah satunya Celaka didunia,dan Celaka diakhirat. Didunia hidup merempat, miskin, muflis semuanya, dan di akhirat juga mereka juga miskin, merempat dan muflis. Dicampakkan oleh Allah ke api neraka!," Ustaz Ismail Kamus.

Syawal itu bulan Fitrah

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bulan tarbiah, bulan jihad, bulan kebajikan dan bulan rahmat semakin ke penghujung. Tiap yang mula ada akhirnya. Berakhir Ramadhan, datangnya Syawal. Kedatangan dirai, pemergian ditangisi

Sudah menjadi adat dan tradisi masyarakat kita umumnya, Syawal disambut dengan airmata da ditambah pula dengan takbir yang penuh syahdu, menuntun hati setiap orang.

Haruskah begitu?

Bulan syawal adalah bulan kemenangan, bulan yang disambut dengan penuh syukur. Dan seharusnya takbir yang diungkap adalah dengan penuh semangat dan gembira. Semoga Ramadhan yang berlalu ini mendekatkan kita dengan TAKWA dan dapat mengembalikan diri kita seperti bayi kecil, suci dari noda dosa.

Kembali fitrah

Selamat Hari Raya

Saya Ahmad Fahmi Bin Sulaiman dengan ini ingin mengucapkan selamat Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung amadanaksoleh ini. Jika ada salah dan silap disepanjang menulis disini yang membuat hati tersinggung dan terkasar bahasa, sepuluh jari saya hulurkan dengan berjuta kemaafan.

Baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu jua dari Dia tetapi disandarkan pada batang tubuh saya sendiri.

Sulaiman Bin Mohd
Fatimah Bt Chek
Dr Nur Suriati binti Sulaiman
Dr Ahmad Fardi bin Sulaiman
Ahmad Fahmi bin Sulaiman
Ahmad Fakhri bin Sulaiman
Nur Shamilah binti Sulaiman
Nur Sakinah binti Sulaiman
Ahmad Fakhruddin bin Sulaiman

Dengan ini, ingin mengajak semua muslimin dan muslimat datang berkunjung ke open house pada hari raya ke-2 nanti.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Nota 1 : Mengikut data, article ini mempunyai 7 kali celaka. Jadi jom jangan jadi manusia celaka dihadapan Allah.. ( Opss, kali ke-8).

Nota 2 : 7 tahun beraya tanpa anak dan isteri. Kali ini beliau mendapatkannya... Tahniah! Sini

Nota 3 : Kepada pelajar UNPAD yang pulang, jaga kesihatan baik-baik. Di Bandung sejuk dan di Malaysia panas, terutama yang mengambil flight sebelum ayam berkokok itu. Badan anda mungkin terkena "terkejut beruk" dan mengakibatkan DEMAM seperti saya. Khifarah dosa mungin.

Nota 4 : Ya Allah, andai kata ini Ramadhan terakhirku, terimalah amal ku, dan ampunkanlah segala dosaku. Berikanlah kesempatan untuk ku bersua dengan Ramadhan akan datang.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

9 comments:

Rafahiah Haron said...

Slalu gak nampak laki2 yg dah besar pnjg mkn2 kt kdai waktu siang bulan pose ni, muka mcm islam tp xtau la..huhu..

kalau tak silap, "rasul melayu" tu pun ditangkap tgh mkn sarapan kan, pelik betul.

Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Dr Amad said...

Rafahiah- Rasul melayu kan...dia mesti kene lebih sikit. Sahur time breakfast...ekeke.

Itu pun ada orang ikut. Nanti ada rasul cina,rasul india, rasul iban.

Badan je besor panjang, aqal ciput.

Selamat hari raya yah!!!

sinar_islami said...

Lagaknya...kurang daya tahan kot bapak2 tu...
anak2 skrg pula kuat berpuasa...
dan kita yang berpuasa pula, harapnya tidak sia2...Moga ada pengampunan di sisi-Nya

Salam aidilfitri..puasa dah nk abes, but bukan tiket melayan nafsu makan namun station utk kemudi 11 bulan yg akan datang

Dr Amad said...

Sinar- Kurang daya tahan? hehehe. Semoga amal kita tidak sia-sia.

Salam Aidilfitri

duha said...

salam (menjelang) aidilfitri..
ampun n maaf dipinta..

hurm..harap amal sepanjang ramadhan yang dah hampir pergi ni dan juga amalan ramadhan2 yang lalu diterima..

dan moga kita berjaya istiqamah dengan amalan di bulan ramadhan ni..

selamat ber'graduate' dari madrasah tarbiyah ramadhan..perjalanan masih panjang di hadapan~

:)

Dr Amad said...

Duha- Sama-samalah... Ampun dan maaf juga dipinta jika ada salah silap.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

p/s: Igt byk lagi kerja KITA...

duha said...

insyaAllah kerja banyak tak dilupakan (tapi kalau lupa ingatkan)

and one more thing takkan lupa adalah duit raya!!

p/s:tiada alasan belum kawen atau belum kerja akan diterima :D

Dr Amad said...

Duha- Lain kali xnak ingatkan pakai lisan dah...nak rotan je sape2 wat main2 dgn kerja-kerja neh...

p/s: saya belum cukup umur...belanja baju raya pun ibu masih tanggung...ekeke. So lain tahun naa